Bahan²
2 biji kentang - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili (x de kak rose ganti ngan serbuk kari)
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
Cara²
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Kak Rose....tak yah susah2 pegi KFC ....boleh masak seniri je kan....jimat belanja.... :-)
ReplyDeletemas pernah buat wedges ni..memang sedapp...
ReplyDeleteakak kata sejuk jadi lembik...nape gitu..
sedap tu k rose...klu ade cheezy sos tentu lagi sedap...
ReplyDeletekak rose..wedges kfc tu pun kalau sejuk lembik gakkan..kire standard la kot..ececehh..pandai je..buat pun tak pernah lagi neh..haha..nanti saya nak try lak la..kot anak2 suke
ReplyDeleteyey...nak kuor beli potato........:) mmm kak rose kita dah wat mee wudang tau!!!
ReplyDeletecik cek... sungguh jimat, 2 biji kentang dah kenyang tuk 2 orang makan!
ReplyDeleteMas, dah sejuk ilanh la rangup dia.... lembik tp ttp gebus!
Fiza, x de lak sos yg tu... bantai je apa yg ado!
izah, betul tu... lagilak kak rose yg keras tangan ni buat! tryla, pasti anak2 suka
Ayu, high carb nih. mee wudang tu sedapkan? brapa mangkuk dah abes?
tak leh share di fb ker?
ReplyDelete