Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa....

Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuanya.... ramai yang dah bersopping untuk hari raya agaknya since esok dah nak stat puasa.... ramai yg amik kesempatan bersoping dihujung minggu cenggini sampaikan kl jem teruk sangat semalam.... kak rose pulak semalam dan hari ni ada jemputan yasinan dirumah kawan2 sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak ni.... semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat keberkatanNya.... dan pada kawan2 yg sudi, terimalah ucapan dan kad Ramadhan dari kak rose ni dan selamat berpuasa....pada kawan2 yg sudi bagi kad tu nnti kak rose datang angkut ya dan didahulukan berbanyak2 terima kasih....

dan ini iklan dari mesjid kawasan perumahan kak rose.... banyak jawatan kosong disitu.... so sama2lah kita meramaikan mesjid ini sepanjang bulan yang mulia ini...

Friday, July 29, 2011

Kuih bakar durian

kuih musim durian untuk minum petang semalam.... masa musim ni lah memacam kuih yg berasaskan durian timbul kan... mmg keratif sungguh lah pencipta resepi masak2 ni.... dan kak rose tolong kopi dan sebar2kan sbb x le pandai nak cipta resepi sendiri! so resepi kuih bakar ni kak rose cnp dari Myr oleh kak fida..... terim kasih ya kerana kongsi resepi ni dan izinkan kak rose kongsikan kat sini lak kalau ada kengkawan yg nak mencuba.....


Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. atau acuan baulu )

  • 250 g isi durian
  • 1700 ml santan (600ml santan kotak+1100ml air)
  • 600 g tepung gandum (5 cawan rata)
  • 400 g gula pasir
  • 6 biji telur (kalau kecil guna 7 biji)
  • 1 sk garam
  • 2 sk pewarna kuning lemon + 1/2 sk pewarna hijau (jika suka campur)
  • 1/2 sk pewarna hijau (jika suka) (kak rose guna kaler orange+kuning jer)
  • (kak rose buat 1/2 dpd adunan ni n guna loyang 8x8)

Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 kedalam sebuah mangkuk dan kacau rata.Tuang pula adunan kedalam pengisar dan kisar bahan2 hingga halus.Tuang semula adunan yg telah dikisar kedalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
  2. Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pd suhu 180C.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau hingga masak.(kak rose bakar 1jam n 15 mts)
kak rose buat separuh dari adunan diatas, dan tu dia.... penuh loyang 8x8... 2/3 dah bagi kat jiran2 merasa kuih bakar durian yg lemak manis ni.... bakar garing2 lagi la sedap!

Thursday, July 28, 2011

Ayam lada hitam berampai

home sweet home.... dah balik dari meronda2 dan berjimba2 tu malas pulak nak stat kedapur. yalah dah 4 hari x masak... dan akhirnya dapat jugak nak makan nasi kandar line clear tu, barulah puas ati dan balik dengan aman.... macam lah kat shah alam ni x de nasik kandar kan?... dan sekarang ni kenalah stat perasapkan dapur tu.... dan menu tengahari td yg kak rose intai kat dapur Yatie.... ayam lada hitam berampai... tp lada benggala tu cuma ada yg ijo jer, x kisahlah kan.... terima kasih pd yatie kerana resepinya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya....

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dgn 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
  • 5 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Hiasan- di hiris2
  • 1/4 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji lada benggala kuning
  • 1/4 biji lada benggala merah
  • 1 labu bawang besar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
  5. Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
  6. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
  7. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

Wednesday, July 27, 2011

Bye bye Penang

4 hari disini dan tiba masa nak balik dah...... bye bye gurney drive, bye bye padang kota.... yg pasti sebelum balik nak pekena nasi kandar line clear dulu sbb mlm td g tapi tutup lak kedai tu... pas tu makan nasi beriani kat restoran Hameedia yg direkomenkan oleh orang2 penang.... tp hampeh x sedap langsung, ayam dia pun keras semacam jer... tp tagline dia ialah "the best nasi beriani in Penang" .... hishhhh!!!! jauh lebih sedap nasi beriani insaf tu kan wpun pas makan tu pasti insaf masa nak mmbayarnya....

tp x tau lg kul brapa nak bertolak sbb tukang drive sambung zzzzz pas subuh td....makin tarik selimut tebal lak.... adeiiiii!!! ok la nak kemas beg lak....

Monday, July 25, 2011

Penang day 2

2nd day in penang.... just go for leasuring around.... cuci mata n poket sikit2... jalan2 sampai sakit kaki pun ya jugak... and most of the time just stay in the hotel, ya lah nama pun bercutikan.... so manjakan diri dengan bermalas2an....

the hotel yg kami duduk.... berhadapan dengan tepi laut gurney drive yang tidak ada pantai dah... masa kak rose duk sini 20 yrs back, sepanjang jalan gurney drive ni semua semak samun je.... sekarang ni dah x de ruang.... even keliling Gurney hotel ni pun semua bangunan hotel n apartment yg melebihi 30 tingkat....

the room .... studio suite, bilik yg sangat luasn selesa, siap ada jacuzzi .... best!

iciban coffee house.... bekpes kat sini.... macam2 ada, tp x daya nak makan banyak2 pun....

potato wedges, samosa yg cenonet, french toast and american pancake.... makan cenggitu jer without any topping....and fresh orange juice.

porridge yg sedap.... rasa macam nak amik 2nd helping.... tp x daya nak makan la...

puff with red bean filling yg x brapa sedap, and satu lagi with strawberry.... x larat nak abes dah...

pas bekpes.... g ronda kat tepi laut gurney drive yg dah x de pantai.... lama x tengok suasana pantai dipagi hari.... ramainya mat2 n minah2 salleh kat sini.... derang ni mmg suka cuaca yg panas cenggini kan... pakai pun cekci2 jer....

the high rise apartment next to the hotel.... 36 floor apartment, sama tinggi dengan hotel gurney ni.... boleh nampak kan laut dari hotel n apartment ni.... sayup kalau tengok dari bawah.... ni kak rose just capture dari bilik kami di tingkat 12...

lunch hari ni kat the chicken rice shop di Gurney Plaza.... nasi ayam with bbq ciken n pai tee... alhamdullilah kenyang....esok x tau nak g mana lak.... x plan lg....

Sunday, July 24, 2011

Hello dari Pulau Mutiara

selamat malam dan short update dari pulau mutiara..... kami sedang berehat2 di The Gurney Resort n Hotel Residence.... bertolak dari shah alam jam 2.30 dan sampai di penang dalam 5.30..... (harap2 x de la kena speed trap.... ya ampun pak polisi sbb mmg laju drive td....) singgah kat gerai dekat stadium untuk isis perut jap dan terus cari hotel..... sesaknya jalan kat penang ni kan.... apalagi hotel ni dijalan yg sangat sibuk terutama dipetang2 hari minggu.... Gurney Drive kan.... menjelang senja baru dapat check-in.... ni pas makan2 nak solat dulu n zzzzzz.... gud nite everyone!

Saturday, July 23, 2011

Pengat pisang dan durian


hmmmm... sedapnya buat pengat pisang campur durian ni.... sambil menaip dah abes semangkuk... mmg rugi la kalau sapa2 yg x makan derian ni kan... sejak musin durian ni dah berlambak2 sana sini dah x larat nak makan lak.... mula la godek2 cari resepi yg guna durian, and sejak pisang pun ada jadi lah pengat pisang ni.... tp kak rose derhaka sikit sbb tambah cha cha dalam pengat tu.... walaweiiiii.... lemak, manis sedapnya.... dan berebut2 jugak lemak nak menempek dibadan yg sedia berlemak2!!!!

resepi kak rose jumpa kat Myr oleh faizah85.... sllu x terpk nak wat pengat pisang buh durian dan cubaan ni sungguh x menghampakan.... so kalau kengkawan nak cuba meh kak rose tepek resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan ( 2 )
  • 5 ulas durian
  • 5 biji pisang belah dua secara serong (kak rose guna sebiji pisang tanduk)
  • 1/2 cawan gula melaka dipotong halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar sagu-direndam 5 minit dan ditapis
  • 3 helai daun pandan -dicuci bersih dan di ikat
  • secubit garam
  • (kak rose tambah 3 sudu besar cha cha yg sudah direbus empuk)

Cara-cara

  1. 1-masukkan air dalam periuk bersama-sama dengan gula melaka, daun pandan, garam.kacau sampai gula hancur
  2. 2-masukkan sagu dan biar sagu kembang
  3. 3- masukkan pula durian dan pisang juga cha cha
  4. 4- akhir sekali masukkan santan tadi dan kacau sentiasa. kalau tak kacau, santan pecah jadi berbiji-biji tak cantik tau..

Friday, July 22, 2011

Famous amos choc chips cookies resepi 11

salam petang semuanya.... memenuhi permintaan anak yg nak makan cookies, ari ni kak rose buat lagi cookies ni, tp menggunakan resepi yg berlainan dari yg hari tu punya.... sangat muai dan sangat rangup gitu.... bila dah siap sdunan tu tu nampak lembik kak rose pun tambahkan tepung jagung spt yg disuggestkan resepi tu.... alamak sudahnya jadi sedikit keras la pulak... tp camner pun tersangatlah rangup cookies ni.... x tau nak beza dengan resepi yg memula tu....

meh tengok resepi oleh syari@Myr ni.... terimakasih ya share resepi yg mabeles ni.... x yah kuor duit bli famos amos yg sangat mahei tu.... ( sah kedekut punya pasal la ni...)

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan padat gula perang *
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar (kak rose x de ni.... so x letak)
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Jus kedondong asam boi

selamat tengahari yg sangat panas semuanya….nak pasang ekon pulak….. baru je terima bil api bulan ni….sejak tarif dah naik ni bil api jugak mencanak2 naiknya… camner lah depa kata kenaikan tariff letrik ni x membebankan…. dah cukup berjimat pun bil masih beratus jugak…. ekon pasang masa nak tido je.... lain masa bertahan dengan kipas kiri kanan atas jugak kasi pusing laju2…..so kena lah bertahan dengan keadaan cuaca yg sangat panas ni…. mari sejukkan hati dan tekak yg panas dengan jus kedondong asam boi ni… first taim minum jus ni masa makan kat Lanai dan terus jatuh centa dengannya... juga jus buah soursop yg sedap tu....

kak rose buat jus ni senang je…. basuh bersih2 buah tu dan buang biji kat tengah tu dan terus blend dengan kulitnya sekali untuk dapatkan warna yg sedikit hijau tu…. tapis dan buh asam boi n ice cube….. kak rose x buh gula sbb nak manis dari asam boi tu je….. voila dah dapat menikmati minuman sejuk yg nyaman ni…. hmmm sedap!

Thursday, July 21, 2011

Apam beras, lagi...

menu untuk minum petang ni dah siap.... ni sebenarnya kes nak selamatkan nasik yang dimasak tp x de sapa nak makan! kesian kan.... amiklah secawan dan buat apam ni dan yang selebihnya cik ts yang kenyang. akceli semalam dah lepas masak tu kak rose g ke woksop di Nilai nun... amik keta yg sakit dah lebih sebulan dah tersadai kat sana.... masa g collect keta tu semalam mmg banyak la yg x puas ati, mekanik tu buat keja macam x bersungguh2 je.... banyak sangat yg kena touch-up semula dan kak rose n hubby kenalah tunggu sampai selesai... balik dah senja terus g makan kat luar dan sudahnya nasi terbiar x termakan.... so jadikan sesuatu yg boleh mengurangkan pembaziran..... resepi asal oleh cha@Myr, tp kak rose buat separuh adunan je, tu pun dapat banyak... penah wat dulu kat sini.....

Bahan-bahan ( 5 org )
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

jemput minum petang semua....

Wednesday, July 20, 2011

Ayam kicap lada hitam

salam semua..... lama x merempit kat rumah cikgu hana yg sangat bz sejak balik ke mesia tu.... kerana nak melepaskan kerinduan dengan menu2 yg best kat rumah dia tu, kak rose pun godek resepi ayam kicap yang sedap dan mudah nak buat ni.... semua gedebum dalam koli dan tunggu hingga masak.... mekasih ya nduk kak rose cnp resepinya kat sini pulak.

AYAM KICAP LADA HITAM
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional (kak rose x letak)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
  • (kak rose tambah sebijik kentang)
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

Pudding orange jelly

ishhhhh x tahan dengan godaan kengkawan yang menayang pudding jelly orange ni.... memula semalam nampak kat rumah sifu masak2 Nor secubit garam tu, ari ni lak kat rumah Yani dan Sheila.... dek tergoda dengan keayuan tayangan amal tu kak rose pun nak jugaklah mencuba.... tp kejadian tu ikut standad kak rose la ya.... x pandai nak buat cantik2 macam sifu2 yang sangat keratif dengan decoration bagai.... kak rose main taruk je la apa yg ada.... kiwi fruit n orange balance perah tu.... he he he...

mekasih pada semua yg sudi share resepi pudding yg cantik ni.... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya.... terima kasih suma...terutama pada Juwita Fariz yg nun berada jauh di bumi sakura....kak rose cnp dari rumah Nor n thanks for tips untuk melapis tu....

resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (kak rose guna kaler oren)

cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

hmmmm... best sangat. laju je masuk molot!

cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)

Sup ikan merah

masak sup sempoi untuk kak rose yg malas nak masak... hirup kuah dengan nasik panas2 sedap gak... pas tu buat pulak sambal kicap jawa.... mmg ngam la pada kak rose..... sendiri masak dan sendiri yang nak makan kan.... asalkan perut kenyang. resepinya kak rose copy dari Myr oleh intanredha. mekasihya share resepi simple nih!

Bahan-bahan

  • 3 kelar ikan merah
  • 4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • Setengah peket rempah sup serbuk (adabi)
  • rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)
  • lobak merah dan daun sup.
  • 2 mangkuk air

Cara-cara

  1. Cuci bersih ikan dengan air asam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan halia yang dimayang
  5. Masukkan rempah sup, biar sebentar dan masukkan air
  6. Apabila sup telah mendidih, masukkan ikan, dan garam serta lobak merah. Jangan masak ikan terlalu lama.

Monday, July 18, 2011

Goreng pisang or pisang goreng?


selamat bertemu kembali setelah 3 hari x bersiaran.... nak mulakan balik tersangatlah malasnya... malam semalam baru sampai rumah semula dari kg di johor... balik kg sbb rumah mak buat kenduri nak menyambut bulan puasa... menu petang ni kak rose goreng pisang yang dibawa dari kampung.... sangat manis dan gebu je pisang ni.... tp mak ai beratnya beg nak ngusung sbb pisang ni.... teringat anak yg sangat suka dengan pisang goreng ni tu yg bawak jugak. kalau dah jawa, x sah kalau makan pisang goreng ni x de sambal kicap kan.... jemput minum semua....

Thursday, July 14, 2011

Kena siapkan homework.... huhuhu

dapat award bersama dengan tag dari Madiha aka Ratna dan juga CT Norarizah....tp kak rose x pandai nak menjawap dan membuat homework ni.... jadi apa yg kak rose tulis kat sini tu lah dia....merapu meraban pun kira ok la tu kan...

sori banyak2 pada Madiha yg berikan kak rose homework ni….bukan x nak buat tp ada je alasan yg membuatkan x sempat nak selesaikan nya…. 2 hari ari tu berulang g incometax office…. nak buat clarification… kenapa lah derang charge sampai 6k++ walhal tiap tahun bulan buat caruman melalui potongan gaji…. bila dah cek tu rupanya ada tambahan2 yg kat bawah borang J tu yg kita x perasan…. hishhhh!!!!! derang ni satu sen pun x nak waive tp duit kita dia guna pada benda2 yg rasanya macam nonsense! so sekarang ni dah settle… terbang 6.5k …. Busu kata ma, boleh beli moto busu dah ni!... nnti la nak oi, mama settel yg ni dulu…

banyaknya merapu…. asal nak wat homework tp dah lencong jauh lak… ya lah homework lambat siap kena bagi reason kat cikgu la kan….harap cikgu x marah...... sambil melayan sakit gg lagi…. he he he… nak citer apa ek ttg kak rose yg kawan2 x tau lg….

seorang SAHM --- stay at home mother…. punyai seorang anak yg dah bujang tp he will always be my baby…. dan disayangi oleh suami yg sangat sporting…..tiap pagi sebelum g keja mesti kis2 dulu…. silalah muntah ya tp itulah kenyataannya…

berasal dari Batu Pahat, Johor dan hubby pulak berasal dari Kelantan…. kalau hari raya sllunya kami akan beraya di BP dulu pas tu barulah ke Kelantan pulak…. tp x semestinya kan…. mana2 pun sama gak sbb yg penting nak jumpa mak bapak kan… x baik nak gaduh2….

dulu penah kerja bank selama berbelas tahun, pas tu dah berenti keja plk ngan construction company yang listed kat mainboard KLSE, office ni depan rumah jer, so kak rose lenggang kangkong g keja 5 minits to the time…. tp bila derang pindahkan pejabat jauh dari rumah kak rose mintak berenti dan tukar ke company yg lain…. construction jugak dan kak rose buat purchasing…. mengendalikan projcet menyiapkan 3812 unit rumah untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya…. dari sekecil2 bolt n nut hinggalah kren dan segala macam bahan binaan…. paling banyak order ialah steel bar, concrete, timber, scaffolding n cements… masa tu semua harga barang2 ni dah dalam ingatan jer…tp bila hubby kena pindah ke Langkawi terpaksalah berenti… dan sampai sekarang ----SAHM! tp ngadap komputer ngalahkan orang yg keja pejabat…. pagi sampai malam! x jemu2!

masa duk di Langkawi dan punyai banyak masa terluang barulah berjinak2 dengan blog setelah berbulan2 menjadi pengikut jer…. nak buat blog sendiri x pandai, hubby lak memanjang sibuk so pandai2 lah godek sendiri dan akhirnya sampailah sekarang dan harap akan rajin mengupdate sampai bila2 selagi terdaya! tu yg blog kak rose ni jarang2 nak ubah apa sbb x pandai pun…nak tuko langsir pun malas! terima kasih pada kengkawan2 dialam maya ni yg banyak memberikan tips dan dari situlah kak rose belajar sikit2…. maklumlah buta IT!

setelah ada blog ni barulah rajin mencuba segala menu yg terjumpa…. dulu masa sekolah menengah duk ngan arwah nenek, x de peluang nak masak, makan aje taunya… takat jerang air dan buat kopi itam tu kak rose tau la…. kopi kegemaran arwah. sayang sangat arwah nenek.. Al-Fatihah buat nya…. tugas utama masa duk dengan nenek ni ialah setiap petang sebelum maghrib mesti kena amik daun sirih untuk dia makan waktu malam…. jangan lah sampai terlupa… yalah duk kat kg, walaupun pokok sireh tu depan pintu jer tp punyalah takut nak kuor malam2…. takutkan gelap malam…. penakut dari dulu sampai sekarang!

selingan jap.... hantu naik beskal... takuttttt!

dulu2 rajin ikut arwah g petik kopi kat kebun…. tp yg banyaknya panjat pokok dan duk atas tu sambil nyanyi2 dengan sepupu ala2 bawang putih bawang merah…. aku nak kawin dengan anak raja! sampailah waktu nak balik…. bawak turun baldi kosong jer… mulalah pot pet arwah dengan perangai kami….manis sungguh kenangan itu….bila kak rose dah duk KL kami masih sangat rapat… sehingga semasa arwah nazak kak rose ngan hubby je lah cucu yg ada disampingnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya…. arwah meninggal sama dengan birthday hubby! tarikh yang sangat menjadi kenangan.

masa pergi sekolah naik basikal reramai…. Maklumlah sekolah kg, mana ada bas sekolah kan… kalau hujan siap pakai baju lain dan baju dan kasut sekolah bungkus dalam beg yang dibalut plastik…beg dulu2 yg cam kotak tu… tp masa tu happy je naik basikal ramai2… x de rasa penat pun…. suka adalah…

apalah punya merapu kan…. kak rose ni seorang yg sangat pentingkan waktu…. kalau janji mesti accurate… janganlah nak janji2 melayu bagai. memang kak rose x suka…. satu lagi kak rose cukup x suka dengan orang yg suka buang sampah merata2 dan jump q walhal orang lain elok je berbaris…. camner nak educate orang2 yg camni?

sekian saja kak rose nyer merapu meraban malam2 nih.... harap2 Madiha dan ct norarizah x jemu baca kak rose yg banyak merapu nih!

Roast ciken kedai mari punya...

ni menu lunch orang sakit gg yg sangat x rajin nak masak!.... sementelah hubby g outstation dan tinggal 2 beranak je kat rumah kemalasan nak masak tu lagi lah banyak kan.... panjang langkah g kedai jer bli seekor ayam yg dah siap, balik rumah cuma sediakan coleslaw dan sos lada hitam yg mmg dah ready..... voila.... lunch dah ready.... blackpepper roast chicken n homemade coleslaw cicah ngan homemade blackpepper sauce.....hmmm nyum nyum.... alhamdullilah kenyang.

Wednesday, July 13, 2011

Adoyaiiiii laaaaa

semalam seharian melayan sakit gigi.... da hari ni pepagi kenala g dentist ..... (ari ni dentist yg sllu buat kak rose nyer gigi tu x de lak, so jumpa je la dentist yg lain ....) lubang x de, rosak pun tidak tapi adoyaiiiii la, sakitnya..... sungguh x selesa so bila check td dentist tu kata gigi graham tu yg menyebabkan sakit.... td dia buat treatment dengan mengorek tampalan ari tu dan menggantikan dengan yg baru....siap buat scalling lg..... krrreekkkk.... ngilu sangat! tp katanya dia x jamin, kalau masih sakit ada 2 pilihan kena buat.... either buat rawatan akar or cabut jerk! tp dia kata sllunya gg graham susah sikit nak buat rawatan akar tu..... maknanya kena cabut gak gigi tu....! so kak rose kata kalau boleh x nak la yg cabut tu.... dia kata apa susah pakai je gg palsu! hampeh tul doktor tu! ubat pun x nak bagi...

so pas kuor dari dentist tu g pulak klinik lain... looking for 2nd opinion.... mengadu kat doktor ni.... dia bagila ubat untuk tahan sakit n antibiotik. harap2 x lah melarat sakit gigi ni....

Tuesday, July 12, 2011

Makan abok2

apa lah nama kuih ni jadi abuk2 lak kan.... x de lak nampak macam abok, habuk ke. keratif sungguh orang dedulu kasi nama kuih ni kan... dan menjadi salah satu kuih kegemaran kak rose.... orang jawa selalu la buat kuih ni, buatnya pun senang dan bahan x banyak cumanya kekadang tu daun pisang je yg payahnya.... resepi ni kak rose cilok kat rumah Yat yg dia amik dari bro. Rozzan..... sedap sangat kuih ni .... pada kak rose penggemar sagu!... tp ada orang x suka sagu kan?

Abok2 ~ Source : Bro Rozzan

Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis.

Monday, July 11, 2011

Ayam harum thai

masak lauk simple n sedap, tp ni adalah lauk semalam yg x sempat nak buat tayangan amal kat sini.... wpun dah tinggal bekas je tp nak jugak tepek kat sini kan.... boleh gitu? akceli dah x tau nak masak apa dengan ayam ni... so buat je la yg senang2 dan sedap dimakan bersama nasik panas2 kan.... meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari Nor dan resepi asal adalah dari Oshin Myr... terima kasih semua...

AYAM HARUM THAI by Oshin MyR

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis

1 biji air perahan limau nipis (hu hu hu x de kak rose guna limau kasturi)
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)

Panaskan minyak didalam kuali tumiskan
Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis, daun sup dan lada bengala/capsicum...


** spt biasa K.Nor suka goreng dulu ayam yg diperap dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak tp tak garing ya.. (kak rose ikut cara nor ni...)

***** ada perasan x kengkawan, dah 2 tiga hari ni gambar kat follower tu x timbul2... kenapa ek? hilang kemana agaknya? ada problem lagi ke blog ni... ada sapa2 tau dan dapat bantu kak rose ni? didahulukan ucapan terima kasih ya.


Sunday, July 10, 2011

Telor dadar bermayonis

asalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.... lauk lunch emergency dan cepat disediakan... anak punya pasal nak g keja cepat, so goreng ayam dan telor ni je la.... nasib baik ada baki kuah kari ikan tongkol ari tu, just panaskan jer.... siap dah lauk untuk lunch dia... sebenarnya ayam tu kak rose nak masak lain, tp sbb nak cepat makan cenggitu je la... dan ada baki banyak lagi nnti kalau rajin kak rose buatlah..

masa tengah godek2 cari resepi ayam, ternampak telor dadar mayonis ni nampak kat rumah Nor... teruskan projek emergency ni la... mekasih ya nor kak rose cnp resepinya....

TELUR DADAR BERMAYONIS

3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak
(kak rose tambah green capsicum didadu)

Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.

Stinky n3

kepada tuan punya kucing, sediakan lah JAMBAN untuk kucing anda!

salam semua…. ni bukan sticky entry ya kawan kawan…. tapi ia adalah sangat stinky…. nak meluahkan perasaan dipagi minggu ni..... ni lah yang kak rose hadapi setiap pagi sejak duk kat sini…. tiap pagi ada saja menda ni kat laman kak rose yg sekangkang kera ni… pantang ada tanah habis dicakar buat jamban dia…. atas tanah, atas rumput yang baru trim cantik2 pun dia buat jamban! atas batas yang kak rose tanam pokok terung pun ada jugak….di luar pagar dekat tong sampah pun ada…. bawah keta..... pagi ni sampai 2 longgok! adoyaiiiiiii!!!!! pas tu bila kak rose tengah tertonggek2 nak buangkan dia punya buangan tu, datang pulak sekor lagi nak melepas kat rumah sebelah lak.... kak rose pun cepat2 masuk amik kamera konon biar dapat capture red handed la kan... tp bila kleuar balik dia dah cabut lari lak.... tinggalah buangan dia dihalaman rumah jiran .... tanah baja yang kak rose bli banyak habis terbuang sebabkan x larat nak menghidu bau ni setiap pagi….

kalau kawan2 yg kena cam ni apa nak buat ek? tak kan nak marahkan kucing yg x tau apa2 ni? wahai kucing2 yang banyak berkeliaran, membuang lah dirumah tuan mu…. laman rumahku bukan lah JAMBAN untuk ko nak melepas setiap hari….grrrrrr!!!

sekian rambling dipagi hari.

Saturday, July 9, 2011

Sarapan pagi tadi..

salam dan selamat berhujung minggu..... x rajin nak masak lak hari ni... bekpes dengan oat n susu omega dan roti bakar sapu butter n strawberry jam.

ni pulak rezeki dipagi hari.... balik dari berbriskwalk jiran bagi bekpes sedap nih.... terima kasih ana.

Friday, July 8, 2011

Rendang ikan

salam semua.... x tau pulak ikan leh wat rendang cenggini.... dan bila terjumpa resepi nak la mencubanya.... sedap gak sesekali buat ikan rendang cam ni. selalu kita buat rendang daging or ayam je kan.... apa kata kali ni tukar kepada ikan lak... pada yg nak mencuba kak rose sharekan resepinya kat sini yang kak rose cnp dari rumah ady.... macam2 menu ikan ada kat dapur dia ni... terima kasih ya Ady kerana share resepi ikan ni....

Bahan2

800 gm ikan [ ady gunakan ikan tenggiri ] (kak rose guna ikan merah)

2 helai daun kunyit _ d mayang

4 helai daun limau purut _ d mayang

4 keping asam keping / gelugur

1 paket serbuk santan + 300 ml air _ guna santan cair pun boleh

4 tbsp kerisik

Serbuk kunyit

Garam

Gula

Minyak untuk menggoreng


Bahan2 kisar

3 batang serai

1 cm lengkuas

2 cm halia

2 cm kunyit

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah yer ) (kak rose buh 3 biji jer pas tu + sesudu cili kisar)

Cara2

Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.. Perap selama 30 minit.

Panaskan minyak d dalam kuali.. Goreng ikan d dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

Kemudian.. d dalam periuk yang lain.. masukkan santan, bhn² kisar, kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Masak sehingga mendidih.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.

Masukkan ikan goreng dan masak sehingga kuahnya pekat.

Tutupkan api dan hidang. Taburkan sedikit hirisan daun kunyit.

Thursday, July 7, 2011

Chocolate chip famous amos cookies

chocolate chip famous amos cookies yg tersangat lama diidamkan..... baru ni terrajin nak buat kan… resepi ni kak rose kopi dari rumah tun nun di sarawak tu…. sejak dia tayang ari tu terus teringin nak mencuba….. tp kenapa kak rose nyer nampak macam keras je adunan tu kan, bila dah masak nampak x smooth permukaannya wpun sangat rangup kejadiannya…apa pun mekasih ya tun…

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
Resepi : mrnamie.com
Sumber: Kak Naz COSK,
Sumber: Tun Telani


Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin (kak rose x letak - guna buttercup)
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose guna gajus)
walaupun menggerutu permukaannya tp sangat rapuh n rangup!

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Buah saja...

aik! buah saja, nasik2 tak de? (pinjam ayat si ajis dalam pendekar bujang lapuk....) dayet ker?.... x de lah.... disebabkan malas nak masak, lunch pun tapau jer. so kak rose idang buah2 je untuk sapa yang singgah kat rumah kak rose ni... banyak ni, jangan rebut2 tau...... orange, red n green apple, pear, fragrant pear dan kiwi fruits.... bekalan untuk seminggu!

stoberi pun ada gak.... fresh lagi.... masa bli tadi baru kuor dari kotak, tp x rasa lg masam ke manis? harap2 manislah kan untuk menceriakan hidup ini...

Wednesday, July 6, 2011

Som som pandan

resepi dari hana dan penah jugak kak rose tepek kat sini.....

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Tuesday, July 5, 2011

My rambling

nak citer semalam nya rambling….. ade ke sapa2 nak dengan kak rose nyer pot pet ni.... saja nak luahkan perasaan yg terbuku dihati..... pagi2 g lah briskwalk yang dah lama sangat kak rose tinggalkan…. sejak x berapa sihat ari tu terus malas nak mulakan balik. liat sungguh nak jalan pepagi… petang hari pulak … mak ai panas sangat cuaca sekarang ni kan. dah tentu x larat nak jalan…. so semalam pagi gagahkan diri ajak abang g jalan sama. bila ada kawan tu rasa semangatlah sikit nak jalan kan…. tp pulak step-o-meter yg kak rose bli ari tu macam dah go haywire…. kak rose jalan 20 pusing taman tu dia rekod cuma 2k ++ step jer. ape ke halnya…. padahal satu pusingan tu _+ 360 step dah.... ingatkan beteri nya lemah ke apa, bli lah bateri kecik senonet tu pun dah 8 hinggit! tp bila pg ni jalan 20 pusingan pun masih 2k++ step jugak…. nak kena campak je agaknya menda nih! kat mana lah nak cari yg cam kat bawah ni agaknya…. brapa guardian dah g tanya tp x de jugak… ada sapa2 tau kat mana nak dapatkannya, tolong lah mai habaq kat cek no! nak sangat dapatkan satu tuk teman jenjalan....

kat mana la nak bli menda ni ya?

tengahari pas zohor g pulak buat kunci untuk penyewa rumah yg kehilangan kunci peti surat. punyalah lama tunggu…. tengah q tu pulak ada polis datang nak buat kunci jugak…. agaknya derang ni x reti berbaris ker agaknya… x nampak ke orang lain tengah tunggu, tetiba datang terus je nak dulu… apek tu pun terkebil2 x kata apa terus je buat tuk dia… apa? bila dah pakai baju uniform tu dah x boleh nak tunggu? macamlah dia saja yg nak cepat…. dah lah paking keta pun accupied 2 lot!..... hishhhh!!! bengang betul dengan orang2 yg cam ni….

dah settle pasal kunci tu terus g ke Nilai nak tengok keta yg dalam woksop tu…. x siap2 lg…janji boleh buat dalam masa 3 minggu tp ni dah sebulan lebih pun x siap lg…. dah siap cat tinggal nak pasang2 balik segala komponen tu… tp bila g tengok semalam teruknya derang buat… sangat x puas hati dibuatnya… komplen dengan mekanik tu dan dia janji nak rectify… tengok je lah nnti camner bila dah siap sepenuhnya… banyak sangat yg x memuaskan ati!

nampak kan dia pasang lampu belakang tu yg herot merot!

lampu depan pulak.... ada renggangan yg luas antara atas dan bawah lampu tu...

balik dari Nilai singgah kat R&R dengkil, bli tapau satay kajang yang lama dah x makan…. cari pulak air durian belanda…. masa ni lak x de jual! kempunan lagi…. nampak gaya nak kena pegi jugak ke R&R Awan Besar tu…. tah bila lah sampai sana agaknya..

on the way balik tu singgah kat rumah penyewa tu nak bagi kunci yg buat td tu…. bayar jugak maintenance fees untuk 3 bulan, Jun – Aug. rasa x nak bayar fees ni pun ada gak…. sbb ramai penghuni kat situ x bayar pun dan masih boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak management. Kemudahan semua nak guna tp bayar x nak! adil ke camni? pernah pihak management tu kunci meter air barulah derang ni nak bayar fees tu…. tp x kan lah setiap kali nak buat cam tu kan…. wahai tuan punya pangsapuri tu, pikir2kan lah….

sekian rambling semalam.... banyak sangat yg x kenanya, saja nak luahkan kat sini....