Friday, July 8, 2011

Rendang ikan

salam semua.... x tau pulak ikan leh wat rendang cenggini.... dan bila terjumpa resepi nak la mencubanya.... sedap gak sesekali buat ikan rendang cam ni. selalu kita buat rendang daging or ayam je kan.... apa kata kali ni tukar kepada ikan lak... pada yg nak mencuba kak rose sharekan resepinya kat sini yang kak rose cnp dari rumah ady.... macam2 menu ikan ada kat dapur dia ni... terima kasih ya Ady kerana share resepi ikan ni....

Bahan2

800 gm ikan [ ady gunakan ikan tenggiri ] (kak rose guna ikan merah)

2 helai daun kunyit _ d mayang

4 helai daun limau purut _ d mayang

4 keping asam keping / gelugur

1 paket serbuk santan + 300 ml air _ guna santan cair pun boleh

4 tbsp kerisik

Serbuk kunyit

Garam

Gula

Minyak untuk menggoreng


Bahan2 kisar

3 batang serai

1 cm lengkuas

2 cm halia

2 cm kunyit

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah yer ) (kak rose buh 3 biji jer pas tu + sesudu cili kisar)

Cara2

Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.. Perap selama 30 minit.

Panaskan minyak d dalam kuali.. Goreng ikan d dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

Kemudian.. d dalam periuk yang lain.. masukkan santan, bhn² kisar, kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Masak sehingga mendidih.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.

Masukkan ikan goreng dan masak sehingga kuahnya pekat.

Tutupkan api dan hidang. Taburkan sedikit hirisan daun kunyit.

10 comments:

  1. Salam Kak Rose...

    Rendang ikan dah sampai rumah kak rose...patutla dok terbau rendang sampai rumah cek...sedapnya...lapo...lapo....

    ReplyDelete
  2. rendang ikan..
    lama dah tak makan..
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak Rose, ok jugak kan rendang ikan. Kdg2 taktau nak masa ikan2 yg ada dlm peti. Boleh cuba ni....
    Rasanya lebih mudah rendang ikan dari ayam dan daging kan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak..
    wah dah cuba dah yer akak.. terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie.. juga terima kasih kat abg ady..

    ReplyDelete
  5. Wahhh menarik, kan? Makan dengan nasi panas-panas, terangkat nih!

    Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

    ReplyDelete
  6. cik cek... cubalah buat... sedap taw.

    ReplyDelete
  7. Mas, sesekali tukar selera ngan rendang ikan ok gak..

    ReplyDelete
  8. zanafahmi... mempelbagaikan resepi ikan... cubalah!

    ReplyDelete
  9. Diana, terimakasih share resepi ni yg kak rose cnp dari blog Ady...sedap. tq sangat2

    ReplyDelete
  10. Azie, rendang yg ada kelainan.... guna ikan jerk!

    ReplyDelete