Thursday, July 28, 2011

Ayam lada hitam berampai

home sweet home.... dah balik dari meronda2 dan berjimba2 tu malas pulak nak stat kedapur. yalah dah 4 hari x masak... dan akhirnya dapat jugak nak makan nasi kandar line clear tu, barulah puas ati dan balik dengan aman.... macam lah kat shah alam ni x de nasik kandar kan?... dan sekarang ni kenalah stat perasapkan dapur tu.... dan menu tengahari td yg kak rose intai kat dapur Yatie.... ayam lada hitam berampai... tp lada benggala tu cuma ada yg ijo jer, x kisahlah kan.... terima kasih pd yatie kerana resepinya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya....

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dgn 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
  • 5 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Hiasan- di hiris2
  • 1/4 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji lada benggala kuning
  • 1/4 biji lada benggala merah
  • 1 labu bawang besar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
  5. Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
  6. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
  7. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

11 comments:

  1. Salam...Wahhhh dah jumpa lah ya nasi kandar idaman itewwww..Ayam ni pun nampak sedap...Masuk list lagi.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Rose,
    uwaaa dah sampai sini menu ringkas Yatie...tq kak sudi mencuba...pasni kenalah rajin2 panaskan dapur kak setelah cuti lama....hehehehe..

    ReplyDelete
  3. salam..waah sedapnye nmpak..tgh xde selera nk mkn ni tp terliuyr jgk~heh

    ReplyDelete
  4. Sue, setiap kali ke penang line clearlah yg dituju... cam x de tempat lain ek?

    ReplyDelete
  5. Yatie, resepi simple yg sedap... tq sharing ya..

    ReplyDelete
  6. aesh came... cubalah, makan ngan nasik panas2 ngam sangat!

    ReplyDelete
  7. Orchid, cubalah... pasti x menghampakan!

    ReplyDelete
  8. unk berbuka..bulan puasa nanti ok gak menu ni
    kan kak

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak..
    tgk ayam lada hitam tu punya ler sedap... terliur tgk...

    ReplyDelete
  10. Kak Rose.....

    Malam2 ayu dtg ni...nak mamam ayam lada hitam tu....woooish...ni lauk owang balik honeymoon ni....muehehehe...

    Anyway kak.....thank u for the wish for Aisy. Appreciate it a lot! :)

    ReplyDelete