Sunday, July 10, 2011

Stinky n3

kepada tuan punya kucing, sediakan lah JAMBAN untuk kucing anda!

salam semua…. ni bukan sticky entry ya kawan kawan…. tapi ia adalah sangat stinky…. nak meluahkan perasaan dipagi minggu ni..... ni lah yang kak rose hadapi setiap pagi sejak duk kat sini…. tiap pagi ada saja menda ni kat laman kak rose yg sekangkang kera ni… pantang ada tanah habis dicakar buat jamban dia…. atas tanah, atas rumput yang baru trim cantik2 pun dia buat jamban! atas batas yang kak rose tanam pokok terung pun ada jugak….di luar pagar dekat tong sampah pun ada…. bawah keta..... pagi ni sampai 2 longgok! adoyaiiiiiii!!!!! pas tu bila kak rose tengah tertonggek2 nak buangkan dia punya buangan tu, datang pulak sekor lagi nak melepas kat rumah sebelah lak.... kak rose pun cepat2 masuk amik kamera konon biar dapat capture red handed la kan... tp bila kleuar balik dia dah cabut lari lak.... tinggalah buangan dia dihalaman rumah jiran .... tanah baja yang kak rose bli banyak habis terbuang sebabkan x larat nak menghidu bau ni setiap pagi….

kalau kawan2 yg kena cam ni apa nak buat ek? tak kan nak marahkan kucing yg x tau apa2 ni? wahai kucing2 yang banyak berkeliaran, membuang lah dirumah tuan mu…. laman rumahku bukan lah JAMBAN untuk ko nak melepas setiap hari….grrrrrr!!!

sekian rambling dipagi hari.

12 comments:

  1. hahaha...sama jugaklah ngan kisah saya dulu...kucing jiran datang untuk melepas...dan kucing saya plak kena tuduh padahal kucing saya tu sah2 dah membuang kat pasir khas yg saya beli..last2, untuk elak masam muka, saya buang jer kucing saya tu...cian Si Hitam, jadi mangsa !!! huhuhuh....

    ReplyDelete
  2. Aduhhh.. payah juga tu, kan?

    Saya antara jenis manusia yang tak minat nak bela binatang peliharaan termasuk kucing. Tak begitu rajin nak uruskan kehidupan kucing.

    Bila jadi macam ni, tentulah nak marah juga, kan?

    ReplyDelete
  3. Noorma, mmg kak rose tau tu kucing jiran... tp ttp dia x ngaku kucing dia melepas kat rumah kita.. kalau kak rose bising2 dia senyap je dalam rumah!

    ReplyDelete
  4. azie, mmg payah! x nak masam muka dengan jiran, last2 sendiri kena tanggung!

    ReplyDelete
  5. kat kampung selalu jd camni.. umah tun kt kg tu mmg selalu jd mangsa kucing jiran wat jamban dia. mmg stress tahap tinggi! lagi2 kalau ada tetamu dtg, ada pulak bahan buangan dia depan umah kita =( mmg xde cara penyelesaian lah. tun kt sini ada jugak bela kucing, tp reti bahasa, gi membuang kt toilet (hebat x kucing tun? hihi).. pastu kucing tun ni mmg x suka kuar umah. kuar umah 5 minit je, golek2 atas simen pastu bising mintak masuk umah.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Rose, ubat yang paling mujarab ialah jika kucing caca/berak kan diatas dataran ber-cimen atau ber-tiles, selepas dibersihkan tempat yang dijadikan jamban itu siram dan sental kan dengan clorox bleach bau caca kucing akan hilang dan bertukar bau clorox bleach rasanya tidak akan kembali ditempat yang sama jika tidak cara nenek-moyang disini Peranchis ialah taburkan lada hitam/pepper ditempat jamban kucing itu atau ditanah berumput Kak rose tanam pokok bawang putih kerana kucing tidak suka baunya juga lebihan kulit limau nipis/oranges/lemons atau apa juga nama keluarga citrus letak kan betul2 diatas tempat yang dibuat jamban itu, voilà ... Kak rose cubai yang mana yang terpaling senang dan tengok reaksi ada mujarab ke tidak jika tidak mujarab juga kena-lah Kak Rose ke vet/pet store beli itu product seperti Ssccatt yang super mujarab!
    Selamat mencuba semoga problemas jamban ini akan terhapus!
    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  7. tun, tu lah yg kak rose alami sekarang.... tiap pagi kena bersihkan walhal bukan kucing kita pun!

    bertuah tun dapat kucing yg bijak cam tu....

    ReplyDelete
  8. Ratna, terima kasih banyak2 pada petua yg diberi... akan kak rose cuba nnti ya.. harap pas ni x lah stress lagi!

    ReplyDelete
  9. hahahah..
    sangat faham perasaan tu.
    kenapa diorang ni ha?
    kalau nak bela kucing, bela la elok2.
    x baik dia aniaya jiran2
    kan kak rose?

    ReplyDelete
  10. k.ros... cara paling mudah supaya laman rumah tak menjadi jamban...
    langkah 1: k.ros cuci tempat pembuangan tue dulu (tak kira la simen atau rumput atau tiles)

    Langkah 2: k.ros blend limau purut dgn kulit2nya (apa2 citrus family)

    Langkah 3: curahkan hasil blend (tak yah tapis2 bukan k.ros nak minum) di tempat kucing membuang...

    insyaallah sgt mujarab... sebab eden sendiri dah cuba... ntah kucen sapa suka sgt membuang kat my laundry area.. tertokan den..

    selamat mencuba k.ros

    ReplyDelete
  11. Terus tringat umah cousin saya.Diorg bela kucing dlm 5 ekor dan letak dlm sangkar kat porch umah diorg.Adoiii....cousin saya ngadu jiran2 asyik bising busukkk busukk.Saya senyum jer cos dia tu bukan terima nasihat org.Dia je yg betoi pastu ckp jiran2 suka nak ganggu hidup dia...dia tak ganggu pun jiran dia.Saya kalau jd jiran cousin saya tu mau pegi cari rumah lain.PAsir taik kucing2 tu dah la kecik pastu taik berlambak tak buang + kencing.Imagine camna baunya tu.Sebab tu saya tak pegi sgt visit umah dia. Pening bau!Kalau pegi tu sebab kena suruh dgn emak saya ler. Tensennn

    -Shira-

    ReplyDelete
  12. nasib saya pun lebih kurang sama, sampai sekarang saya tak dapat nak kenal pasti kucing mana satu yang berak di depan simen rumah saya. dan lagi satu pandai pulak dia pilih time nak berak bila saya keluar baru dia berani masuk dalam pagar then berak. ada dalam dua tiga ekor kucing yg ada tuan and maybe ada yg liar. tapi 4sure jiran depan rumah saya ni bela kucing pastu selalu usha je umah saya cam standby nak mlepaskan hajat padahal kat rumah tuan dia sendiri taknak plak berak. sakit jugak la hati ni,jadi satu keje lak nak kena basuh hasil2 berak dia tu padahal bukan kucing saya pun.ikutkan hati nak je umpan letak racun kat depan rumah tu tapi saya ni geram mcamana pun ttp sayngkan kucing. yela sedangkan Rasulullah pun sangat sayangkan kucing.
    dah cuba banyak cara dah, bubuh serbuk pencuci, letak ubat gegat, dn mcm2 lagi tapi still gak berak. dan dari hari ke hari makin lawa pulak hasil buangan dia macam cup cake aku tengok...ishhh sampai tak lalu la nak makan bila aroma semerbak dia datang dri luar.somebody pleaseeee help meeeeee macmana caranya nak elak kucing2 ni tak berak sesuka rasa.

    ReplyDelete