ishhhhh x tahan dengan godaan kengkawan yang menayang pudding jelly orange ni.... memula semalam nampak kat rumah sifu masak2 Nor secubit garam tu, ari ni lak kat rumah Yani dan Sheila.... dek tergoda dengan keayuan tayangan amal tu kak rose pun nak jugaklah mencuba.... tp kejadian tu ikut standad kak rose la ya.... x pandai nak buat cantik2 macam sifu2 yang sangat keratif dengan decoration bagai.... kak rose main taruk je la apa yg ada.... kiwi fruit n orange balance perah tu.... he he he...
mekasih pada semua yg sudi share resepi pudding yg cantik ni.... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya.... terima kasih suma...terutama pada Juwita Fariz yg nun berada jauh di bumi sakura....kak rose cnp dari rumah Nor n thanks for tips untuk melapis tu....
resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (kak rose guna kaler oren)
cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan
lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan
cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.
** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)
Salam kak Rose...gojeeesss tengok puding tuh...menawan sekali lapisannya...aihhh dah merata2 jangkit ni...hehe
ReplyDeletewahhh sedapnya!...dah sampai sini dah puding ni kak..semlm baru jer nengok kak Nor buat nk kena try jugalah..:)
ReplyDeletehaaaaa..... cantiknya... malu lak dibandingkan dengan yang kita buat semalam...
ReplyDeletecaya lah k.rose! dalam tak reti nak buat la.. tak rajin la.. tak pandai la.. tengok tu cantik apa! hehe.. tahniah k.rose.. tak susah sgt melayer tu kan.. bila letak dlm air berais, kejap jer boleh melayer :)
ReplyDeletecantik! :)
Ummi, yg ni berjangkit x pe... jgn penyakit udah le....
ReplyDeleteNieza, derang tu semua penggoda... dan kak rose turut tergoda! tp mmg sedap. x rugi mencuba.
ReplyDeleteCheq Sue, apalak x cantiknya... ijo lagi...yg penting sedap ... kalau cantik je tp x sedap pun x guna jugak kan!
ReplyDeleteNor, tengoklah sapa cikgunya! siap ada tips bagai tu yg berani nak mencuba! tq for the compliment.
ReplyDeletecantikkkkkkkknyaaaaaaaa.....jeles tawwww....bilalah nak merajinkan diri ni...
ReplyDeletecantiknya colour dia kakkk...
ReplyDeleteYatie, kalau yatie yg buat lagi la cantikkkkk sangat!
ReplyDeletekasih, kak rose boh kaler orange n sunquick mandarin orange sikit... jadila cam tu!
ReplyDeletesalam kak rose cayalah cantik akk punya siap ada kawi lg...sdp kan nnt ingat nak buat perasa lain pulak
ReplyDeletesheila, x de apa nak letak... tu yg kiwi pun jadik!
ReplyDeletewah...dah 2 3 hari tengok kat rumah kengkawan...hari ini kita nak wat gak.kebetulan ada oren kat rumah tu....
ReplyDeletecantikk la kak puding tu...
ReplyDeletemenawannn....
Nazrah, kak rose pun dek tergoda dan bahan pun mmg ada... tp x rugi mencuba....
ReplyDeleteMas, cantik n sedap sangat!
ReplyDeletewaaaaa.. cantik! byk lapisan dia ^^ kalau tun mesti dh comot2 n x sama tebal.
ReplyDeletetun, ni pun terkucil2 tangan nak melapisnya! maklumlah keras tangan!
ReplyDeletecunnyeeeeeeeeeeeeee!!!!
ReplyDeleteas-salam kak rose
ReplyDeleteterancam selera lah ni....cantik hiasannya..sedap ni kan kak rose mkn sejuk2