Friday, July 22, 2011

Famous amos choc chips cookies resepi 11

salam petang semuanya.... memenuhi permintaan anak yg nak makan cookies, ari ni kak rose buat lagi cookies ni, tp menggunakan resepi yg berlainan dari yg hari tu punya.... sangat muai dan sangat rangup gitu.... bila dah siap sdunan tu tu nampak lembik kak rose pun tambahkan tepung jagung spt yg disuggestkan resepi tu.... alamak sudahnya jadi sedikit keras la pulak... tp camner pun tersangatlah rangup cookies ni.... x tau nak beza dengan resepi yg memula tu....

meh tengok resepi oleh syari@Myr ni.... terimakasih ya share resepi yg mabeles ni.... x yah kuor duit bli famos amos yg sangat mahei tu.... ( sah kedekut punya pasal la ni...)

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan padat gula perang *
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar (kak rose x de ni.... so x letak)
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

21 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..sedapnyaaaa,,baru tahu kena ltk fridge spy biskut xleper :) tq for the tips

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak rose buat cookies...nampak sedap tu. nieza ni malas tul nk buat kak.. mkn jer rajinnya..haha order sebalang ngan kak rose lah yer..hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak rose,terima kasih share resepi kat sini pulak..saya mmg ada resepi cookies yang saya ambik dr sepupu saya yang tinggal di london.memang menjadi feveret tetamu bila dtg beraya ke rumah..tapi kan sayang resepi tu mesti guna butter golden churn yang katanya sudah di haramkan..tahun ni rasanya nak cuba buat yang kak rose punya ni..nampak mcm mudah je bahan2nya tu dan jimat jugak rasanya tu kan?:)

    ReplyDelete
  4. kukis! kukiss!! nk kukis sebalang kak..

    ReplyDelete
  5. bukan kedekut tu kak..x berbaloi beli mahal2 tp pandai buat sndiri..hihi..
    tp kalo yg femes amos ni sy suka yg lembik tu..yg harga rm4.90 kot seketui?mahai beno kan FA nyer kukis tu..huhu..
    nak tumpang mkn sini jelah kak..untung2 akak bg pree ke kan..ekeke

    ReplyDelete
  6. Betul tu Kak Rose, kalu pandai buat, tak perlulah beli lagi. Walau pun cantik dan sedap, tapi buat sendiri tentulah jimat.

    Saya tak pandai bab-bab baking atau cookies nih. Tapi kami dah lama tak beli karipap lagi, sebab saya pandai buat karipap. Hehehehe (nak citer jugok tu).

    Apalah Maknanya..

    ReplyDelete
  7. sedapnyer akak, saya suka sekut ni...dh banyak respi cuba...

    ReplyDelete
  8. nineynur, sama kita blajar dari resepi yg dikongsikan...

    ReplyDelete
  9. Nieza... ha dapat 3 balang ni, tp nak anto jauh bebeno lak...

    ReplyDelete
  10. Anim, ada banyak resepi ccc ni... dan kak rose nak buat pun pilih mana2 yg bahannya mudah didapati... dan senang nak buatnya!

    ReplyDelete
  11. Ha Sue, sekarang ni kalau lalu kat gerai FA tu pun dah x nak amik bau pun... mmg berbaloi2 kalau rajin wat sendirik kan?

    ReplyDelete
  12. azie, kak rose pun dah lama x bli karipap sbb dah pandai buat sendiri.... he he he

    ReplyDelete
  13. Noorma, anak suka sangat dengan cookies cenggini... pun banyak resepi kak rose dah cuba...

    ReplyDelete
  14. Kak ros.. sukanya tengok. Hajat memang nak buat lagi ni. alat2 pun dah beli. Tapi bila nak siap pun tak tau.

    ReplyDelete
  15. wauuu kak rose...saya rasa mcm dah nak raya.
    best nya

    ReplyDelete
  16. anak kita pun suka famous amos, mana larat nak membeli je kan? harga bukan seringgit dua...
    zana pun buat jugak tp yg mkn dia sorang....maleh le...

    ReplyDelete
  17. Sam, buat untuk anak makan2... bahan dah ada apalagi mulakan lah projek...

    ReplyDelete
  18. kasih, nak makan ni x kira lah... kalau bau kat gerai FA tu sangat menggoda, kita balik buat sendiri la...

    ReplyDelete
  19. zana, kalau sorang tu larat le bli lagi.... kalau ramai baik buat sendiri kan...

    ReplyDelete
  20. tgh cube buat tp itulah .. terlebih manis sikit.. terlupe bc tips2 n komen2.. manis bangat....

    ReplyDelete