Tuesday, March 31, 2015

Sira labu

 hari ahad tu g tesco nak beli barang2 dapo....nampak labu ni murah pulak 1.90/kg tapi semua bapak main beso2 buahnya... so mintak pekerja tu tolong belahkan, amik separuh pun dah dekat 3kg beratnya....cadangnya nak buat pengat labu, tapi en asben kata cuba buat sira ni... so menggogle lah resepi sira labu, x pernah tau pulak nak buat sira ni tak perlu letak air semasa membakar tu... ingatkan rebus dengan air gula cam tu jer! punyalah tak amik pot kan.... so mencubalah kita....

 disebabkan buah yang beso dan tangan pulak tak kuat nak motong nipis2, so tebal beso gedabak jadinya potongan labu ni.... nasib baik dapat buah labu yang sangat halus texturenya.... resepinya kak rose cnp dari blog Azie Kitchen, mekasih ya... banyak jugak tengok blog yg lain2... ade yang guna gula merah/nise dan ade yg guna gula putih saja..

Sira Labu

Bahan bahan
1/4 biji labu - buang kulit
Segenggam gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan - potong
Sedikit air kapur


Cara cara:
Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.

Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.

Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.


Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Monday, March 30, 2015

Ikan siakap goreng tom yam

ikan siakap goreng dan curah dengan kuah home made pes tom yam.... something different for ikan siakap yang selalu kak rose buat tu.... asik2 tiga rasa, masam manis dan kukus jer. kali ni cuba dengan perasa tomyam pulak... hmmmm sedap, makan pulak dengan nasik panas2....sehingga menjilat jari tau! kak rose guna home made pes tomyam, jadi rasa memang ikut tekak kita la kan, tak pedas sangat...pernah beli yang ready made tu ya Rabbi, pedasnya! sudahnya sebotol besar tu jadi rezeki kawan. resepi home made pes tomyam tu kak rose pernah tepek kat sini ya, kalau ada yang nak mencuba buat sendiri....

Instructions

  • 1. Siakap yang telah dibersihkan kemudiannya dilumurkan dengan tepung dan digoreng..
  • 2. Kemudian,asingkan siakap tadi didalam pinggan..
  • 3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,cili padi,limau purut,daun selasih,tomato dan serai hingga naik bau..
  • 4. Selepas itu,masukkan perencah tomyam..tumiskan hingga sebati..
  • 5. Campurkan sedikit air jikan kuah terlalu pekat..
  • 6. Masukkan bahan perasa-gula dan garam secukupnya..
  • 7. Akhirnya setelah mendidih..tuangkan kuah tumisan tadi ke atas ikan siakap tadi..
  • 8. Siap untuk dihidang..

Sunday, March 29, 2015

Cucur kelapa

Asalamualaikum dan selamat pagi dihari minggu.....
buat entry sambil pening2 tunggu giesti!

 pagi2 hari kak rose nak tepek cekodok kelapa yang dibuat untuk minum petang dua hari lepas.... apa saja cekodok memang jadi pebret kak rose, apa lagi dengan penyediaan yang cepat dan mudah dengan apa saja bahan yang ada didapo.... kita yang buat dia kan, so letak jer la apa yang terasa tekak nak makan... dan cucuq kelapa ni kak rose gandingkan dengan sambal kicap jawa ku. ngan sekali!

nak resepi mudah ni, adaptasi dari CMG punya.... mekasih ya mat!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan kelapa parut putih
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 camca teh baking powder
1 1/4 cawan air atau secukupnya
1/2 camca teh garam atau secukup rasa
Sos cili atau sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, kelapa parut, baking powder dan garam. Gaul rata dan tuang air sambil diadun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat (adunan yang boleh di'jemput'). Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 3/4 camca besar adunan ke dalam minyak panas, atau anda boleh 'jemput' adunan tadi guna jari. Kemudian goreng hingga kuning keemasan pada keseluruh bahagian, guna api sederhana.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis, untuk minum petang/sarapan pagi. Sedap dimakan panas..

Saturday, March 28, 2015

Ikan talang masin masak asam

 seminggu sekali masak nasik dan ini lah lauk yang paling sedap yang kak rose masak tengah hari semalam... digandingkan dengan ayam paprik dan kerabu mangga. tapi ikan masin ni tetap jadi pilihan, makan dengan nasi panas2.... wallaaaa, tak payah lauk yang lain dah! simple yet sooooo nice. pada yang tak ada idea nak masak untuk lunch hari ni, apa kata cuba buat lauk ni.... pasti laku.

resepi sempoi dari sini sebagai rujukkan.

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin - rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering - kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar - hiris bulat
bawang putih - hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.

Friday, March 27, 2015

Kek marble susu kopi

Asalamualaikum dan salam jumaat yang penghulu segala hari... cepatnya masa berlalu dah nak sampai ke hujung minggu sekali lagi... dan tak berapa hari lagi kita semua akan terpaksa membayar cukai pada almost of barang keperluan... apa daya kita nak menolaknya kan.... apa pun hidup kena diteruskan...meh hiburkan hati dengan makan kek sedap nih...

resepi kak rose kopi dari blog annaqawina, mekasih ya kongsikan resepi kek sedap dan moist ni...

KEK KOPI SUSU
Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A - di ayak
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
Bahan B
  • 1 cawan mentega
  • ½ cawan gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 3biji telur - Gred A
  • 1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe - di bancuh dengan 1 sudu besar air panas
Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.
2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.
3. Didalam bekas yang lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.
4. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.
6. Tuang adunan di dalam loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar dengan api 150'c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut kesesuaian.

Thursday, March 26, 2015

Jeruk mangga asam boi

jeruk mangga asam boi yang dah tak jadi fenomena.... bila terjumpa mangga muda nak jugak buat lagi.... tapi sayang mangga apple putik yang kak rose beli ni dah ada yang hampir masak... kekuningan dan tak serapuh macam yang baru dipetik.... beli pun dah memang berbungkus dalam plastik, so tak boleh la nak pilih2 bagaikan... tamak membeli sampai tiga peket sekali amik....  tapi nak makan jeruk asam boi ni, buat jugak la jadinya... buat pun sket jer dan yang lain tu kak rose bagi kat jiran buat nyicah!

pucat jer mangga apple ni, nampak tak menarik sungguh kaler dia kan.... tapi tak pe la dapat jugak makan... pada yang teringin nak buat jeruk, meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan
1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam (kak rose omit yg ni)
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara
1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

Wednesday, March 25, 2015

Puding roti marble

 lama dah tak buak puding mudah dan sedap nih... musim panas yang berbahang ni kalau dapat makan yang sejuk2 memang ngam sangatkan...dan kebetulan ada roti yang nak tamat riwayatnya dan bahan2 yang lain pun ada.... maka tertransform roti nak sampai ajal menjadi puding marble yang sedap. pagi kak rose buat ni dan petang tu ada pulak kawan dari kl datang singgah kat rumah, maka jadilah hidangan untuk minum petang yang panas tuh... kalau kak rose berdua jer memang tak kan terhabis seloyang puding nih....

 resepinya yang dah banyak kali kak rose kongsikan kat sini....


Bahan-bahan


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

WW: Menanti GST


April 2015 yang dinanti2...hmmmm....terpejamkah mata?

Tuesday, March 24, 2015

Kuih talam sememeh!

 
 kuih talam gula merah yang kak rose buat petang semalam.... ni dah kali kedua kak rose buat kuih talam ni yang tak menjadi.... ari tu buat lagi lak tak nak set langsung, tak tau dimana silapnya lapisan atas tu tak nak mengeras walaupun dah diwapkan sebelum masuk dalam loyang dan kukus hingga setengah jam pulak tu! pas tu try pulak masuk dalam fridge bagi sejuk mana tau kok boleh diselamatkan..... hampeh!, sudahnya cik tong jer yang dapat. pertama kali buat ari tu elok jer jadinya kat sini.... dan kali ni buat sekali lagi sememeh la pulak.... entah bila la nak jadi dengan elok macam yang 1st tu.... apa pun memang sedap kuih ni, so walaupun sememeh tetap laju kena ngapnya!

resepinya, dari blog CoratCoret Nina, mekasih ya..

Talam Gula Merah
 
Lapisan Bawah:

200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.
3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Monday, March 23, 2015

Mee udang Tanjung Dawai

 hari minggu untuk diri sendiri.... seminggu cuti sekolah, kak rose sibuk menjadi tuan rumah untuk keluarga dan kawan yang datang berkunjung ke pulau mutiara ni...seronok sangat bila ada keluarga yang sudi datang jenguk kita kat sini...tapi tang nak bawak berjalan tu memang tidak la sbb kak rose sendiri pun tak mahir tempat dan jalan2 kat penang ni... nasib baik ade kemudahan waze yang sangat membantu mencari tempat yang nak dikunjungi.... tidak lah asik tersesat dengan keadaan jalan yang one way dan sangat sibuk ni.. bila dah bukak sekolah, rumah kak rose pun dah sunyi semula dan masa untuk diri sendiri pulak...

 lepas bekpes semalam, mula plan nak g jenjalan tapi tak de tujuan nak kemana pun.... so encik asben ajak g ride moto g sungai petani... panaskan enjin katanya. kak rose ni memang penakut nak naik moto, tapi bila dia dah belikan segala safety gadget, ikut lah jugak. hati sangat lah reluctant nak ikut.... baca Bismillahirohmannirohim dan ayat Kursi banyak2 semuga dipermudahkan perjalanan kami dan dengan syarat jangan bawak laju2.... tapi bila dah atas moto tak kan nak bawak macam kapcai katanya! terbang hilang segala syarat tadi tu! tawakal aje la, peluk ketat2 dan pejam mata rapat2.... tau2 dah sampai...

 lepas Sungai Petani terus pulak ke Tanjung Dawai.... nak tengok laut katanya. dan ni lah upah ride moto temankan dia....mee udang tanjung dawai. beso gedabak udangnya, tu yang mintak pinggan untuk perisi udang, sbb susah jugak nak kopek udang dalam mangkuk berkuah tu kan...

 welcome sign kat jeti tanjung dawai tu... tak amik gamba pulak sepanjang jalan kedai2 yang jual ikan kering beso2 bergantungan berbungkus plastik....tapi kak rose tak bli apa pun sbb susah nak bawak bila naik moto ni kan...

 the jetty.... boat kecik2 mengambil dan menghantar penumpang keseberang sana... Kuala  Muda.

dan masa nak balik, ternampak tetamu tak diundang dibawah tempat kami menikmati mee udang tadi... nasib baik jer dia tak naik ke darat kan. biawak or bini awak bak kata my nephew!

Saturday, March 21, 2015

Apam cokelat

 apam cokelat yang mudah dibuat dan sedap dimakan.... tapi kenapa kali ni kak rose buat semuanya tak nak tersenyum kembang.... jadi bolat2 gitu jer.... muskil kat situ! apakah kerana kak rose guna telo dan susu yang sejuk baru kuor dari fridge, jadi apam pun kesejukkan tak mo kembang! entah lah... ada kala buat elok jer kejadiannya dan kadang2 cam ni la...  maklumlah amatur kan!

resepinya.... masih guna yang sama pernah buat dulu....cuma kejadiannya jer yang tak sama!

APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

Friday, March 20, 2015

Kuih cara manis gula melaka

 Bila berjalan2 kat blog kawan2 maka jumpa macam2 menu yang kadang2 kita tak terpikir pun... macam kuih cara manis ni.... selalu yang kita buat dengan inti gula pasir putih, sekali terjumpa pulak versi gula melaka dan apa lagi, terus lah nak mencuba.... resepi asal dari sini.

 gula nise yang kak rose guna, didatangkan khas dari terengganu...

 gula yang melted, menjejeh2 bila makan.... tapi sedap. lain dari yang biasa dok buat tu!

meh kak rose kongsikan resepinya

Kuih Pandan Cara Manis (gula Melaka version) 


Ingredients
100g cake flour (kak rose guna tepung gandum je)
100g coconut milk
100g pandan water or 15g homemade pandan paste + 85g water
1 egg
A pinch of salt

Cooking oil
Gula Melaka (palm sugar ) or coarse white sugar Kuih Bahulu mould , flower pattern Satay skewer


Method

  1. Mix all ingredients in a mixing bowl, strain the batter.
  2. Heat up the Kuih Bahulu mould over a gas stove.
  3. When the mould is hot, grease the cavity with cooking oil.
  4. Spoon batter into each cavity half full (about 1tbsp), fill gula Melaka (about 1/2tsp) at the centre of each batter.
  5. Spoon batter to completely cover each of the cavity. Close with a lid, cook till golden brown (take about 3-4mins, and no more seen uncooked (white) batter).
  6. Remove the kuih with a skewer.
  7. Serve warm or cold with coffee or tea.

Thursday, March 19, 2015

Cucur susu lemak manis

 salam dan selamat pagi Khamis yang ceria.... pagi2 ni kak rose nak kongsikan cucur yang buat untuk minum petang semalam.... simple yet sooooo nice, garing diluar but so moist dan lembut didalamnya... even dah sejuk pun masih lembut gitu. lemak dan manis, memang sedap sangat lah pada kak rose yang memang pebret segala cucuq walau apa pun isinya!

kak rose copy resepinya dari fida@myr... mekasih ya. banyak dah kak rose cuba resepi dari fida ni dan Alhamdullilah semuanya tidak mengecewakan....terima kasih sekali lagi. dan yang ni kak rose buat double the adunan tapi sukatan untuk soda dan baking powder tu masih tetap sama, masih jugak jadi bolat bolat cucuq ku itu! cantik dan sedap!

Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
Masukkan susu manis dan tuang susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.

Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan
Angkat cucur dan hidangkan.

Tuesday, March 17, 2015

Apam gula melaka

 nak buat apam gula melaka yang guna brown sugar jer.... apakah namanya tetap juga apam gula melaka? tu pasal la kaler pun sangat lah bright instead of brown kan. tak kisah lah, asalkan apam ni menjadi dengan kembangnya, hati pun berkembang2 jugak la jadinya... meh check resepinya....

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam


Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Saturday, March 14, 2015

Masak lemak ciliapi nenas+udang

 gulai lomak kaw2 punya....marilah menternak lemak dihujung minggu, supaya nanti bila weekdays kita boleh berbriskwalk dengan penuh semangat untuk nak membuang balik lemak2 tu... boleh caya ka statement cam tu?....angan2 dulu tak per kan, yang penting dapat makan gulai lemak ni dan digandingkan dengan ikan kurau masin goreng.... memang bertambah2 nasik!

resepi kak rose amik dari blog Nennie Khuzaifah, asalnya guna ikan masin... tapi kak rose dah tukarkan dengan udang sbb kak rose cuma ada isi ikan kurau masin jer... takut hancur pulak bila masuk dalam gulai, so udang jadi penderhaka resepi ni... maaf ya.



BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas
Ikan talang masin secukupnya (kak rose gantikan dengan udang)
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .
Bersihkan tulang dan isi ikan talang masin ni tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ikan masin dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila ikan masin masak dan biar nenas dah masak cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.


BAHAN-BAHAN : 1 biji buah nenas Ikan talang masin secukupnya 3 cawan santan - boleh tambah 2 batang serai dititik 1 helai daun kunyit dicrik-carik Garam secukup rasa BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya 3 cm kunyit hidup CARA MEMASAK : Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dam boleh la dipotong kecil buah nenas ni . Bersihkan tulang dan isi ikan talang masin ni tos dan ketepikan dulu . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ikan masin dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih . Bila ikan masin masak dan biah nenas dah masak cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Friday, March 13, 2015

Crab sticks celup tepung

 Tu dia aih!!! crab sticks. padahal nya cumalah cucuq jejari ketam celup tepung untuk minum petang semalam... apa2 je lah, asalkan dapat makan dan melayan mata dan tekak yang tak boleh nampak menu yang sedap2 kat dapo kawan2! gigih mencari bahan untuk mencubanya... memang sedap, tak rugi mencubanya...

 nampak resepi kudapan ni kat blog Maz Ilham Dapur dari hari tu lagi baru semalam berkesempatan mencuba... kak rose kongsikan kat sini ya... mekasih share resepi ya Maz.



Jejari Ketam Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com



Bahan-bahan
1/2 cawan tepung beras

1/4 cawan allpurpose flour

1 sudu kecil baking powder

50ml susu segar

1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam

1-2 titik pewarna kuning

air sejuk peti secukupnya

sedikit serbuk pati ayam @ garam

jejari ketam secukupnya - yg dah lembut

minyak untuk mengoreng sos pencicah



Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, jangan cair sangat, biar bila celup jejari ketam tu lekat gitu), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan jejari ketam dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.
ejari Ketam Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com Bahan-bahan 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan allpurpose flour 1 sudu kecil baking powder 50ml susu segar 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 1-2 titik pewarna kuning air sejuk peti secukupnya sedikit serbuk pati ayam @ garam jejari ketam secukupnya - yg dah lembut minyak untuk mengoreng sos pencicah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
ejari Ketam Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com Bahan-bahan 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan allpurpose flour 1 sudu kecil baking powder 50ml susu segar 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 1-2 titik pewarna kuning air sejuk peti secukupnya sedikit serbuk pati ayam @ garam jejari ketam secukupnya - yg dah lembut minyak untuk mengoreng sos pencicah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

ejari Ketam Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com Bahan-bahan 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan allpurpose flour 1 sudu kecil baking powder 50ml susu segar 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 1-2 titik pewarna kuning air sejuk peti secukupnya sedikit serbuk pati ayam @ garam jejari ketam secukupnya - yg dah lembut minyak untuk mengoreng sos pencicah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Jejari Ketam Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com Bahan-bahan 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan allpurpose flour 1 sudu kecil baking powder 50ml susu segar 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 1-2 titik pewarna kuning air sejuk peti secukupnya sedikit serbuk pati ayam @ garam jejari ketam secukupnya - yg dah lembut minyak untuk mengoreng sos pencicah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

 ada baki tepung batter tu kak rose gorengkan bebola ayam pulak....

dah siap... boleh lah menikmati jejari ketam dan bebola ayam celup tepung bersama home made sos dan nescafe o kurang gula untuk kak rose dan nescafe pekat kaw2 untuk en. asben.

Doa untuk usir jin

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari...

hari ni kak rose nak kongsikan doa ini kalau terasa2 ada yang tak kena dalam rumah.... ada terdengar bunyi yang pelik2 dari rumah jiran sebelah atas... bunyi alih kerusi meja, terdengar bunyi guli jatuh kelantai dan juga terdengar bunyi macam menumbuk sambal walhal kat rumah atas tak de sapa pun.... seram jer bunyinya kan.... so untuk hindari ni semua meh kita amalkan doa ni..... semuga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dan dijauhkan segala yang tak baik, Insya Allah. terima kasih kawan2 fb yang kongsikan doa2 untuk kita semua amalkan.



Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali doa ini di dalam rumah yang anda terasa ada gangguan jin dan syaitan.




Terjemahannya:

 Wahai Ifrit (Golongan Jin) aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat oleh Nabi Sulaiman kamu keluar dan nyah dari rumah aku dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini.

Thursday, March 12, 2015

Pulut mangga

 dah beberapa hari dok teringat nak makan pulut+mangga ni... hari khamis lepas g cari beberapa kedai tapi satu pun tak de yang jual mangga, jadi bila hari ahad lepas g menyoping barang dapo kat tesco, ternampak lah mangga jenis water lily ni....walaupun sebenarnya nak cari mangga yang emas hitam tu... tapi dek ini jer yang ada, amik jugak la... tapi sayang, a bit masam yang rasanya memang kurang sesuai dimakan dengan pulut.... adoyai la!!!!!

 apa pun bila dah kena dengan kuah santan yang lemak manis ni, dapatlah jugak memenuhi tekak yang teringin sangat nak makan pulut mangga... cuma kurang puas hati sbb mangga yg a bit masam tu!resepi dari citarasawan, mekasih ya.

Bahan-bahan 
2 biji mangga - potong ikut suka
250gm beras pulut - rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan

Sos santan
150ml santan KARA (kak rose guna santan fresh)
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air


Cara-cara :
1.  Tos pulut dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Gaul bersama santan hingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3.  Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4.  Sos santan :  Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5.  Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Wednesday, March 11, 2015

WW: Reminder

Busy Bodhi Cafe ... anybody bother to comply?

Tuesday, March 10, 2015

Bubur candil

 bubur candil kaler maler yag kak rose buat 3 hari lepas.... bila terpandang kawan post kat fb pasal bubur candil ni, terasa nak buat jugak.... entah apalah kena mata dan tekak ni, tak boleh nampak tayangan amal dari kawan2. gigih mencari tepung pulut yang sangat mahal sekarang.... baru ni bli kat tesco rm5.99/500grm... sejak pindah ke penang ni la kali pertama bli tepung pulut ni, rasanya dulu harga tak la semahal ini.... ke kak rose yang dah tertinggal ketapi, tak tau that harga barang2 dah naik begitu tinggi?

walaupun mahal nak jugak buat bubur candil ni... dapat jugak mengulang2 makan, dan yang pastinya memenuhi selera sendiri kan.....  resepinya kak rose kongsikan kat sini ya....

bahan2nya.

  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  • kak rose tambahkan sagu biji
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangka