Tuesday, March 31, 2015

Sira labu

 hari ahad tu g tesco nak beli barang2 dapo....nampak labu ni murah pulak 1.90/kg tapi semua bapak main beso2 buahnya... so mintak pekerja tu tolong belahkan, amik separuh pun dah dekat 3kg beratnya....cadangnya nak buat pengat labu, tapi en asben kata cuba buat sira ni... so menggogle lah resepi sira labu, x pernah tau pulak nak buat sira ni tak perlu letak air semasa membakar tu... ingatkan rebus dengan air gula cam tu jer! punyalah tak amik pot kan.... so mencubalah kita....

 disebabkan buah yang beso dan tangan pulak tak kuat nak motong nipis2, so tebal beso gedabak jadinya potongan labu ni.... nasib baik dapat buah labu yang sangat halus texturenya.... resepinya kak rose cnp dari blog Azie Kitchen, mekasih ya... banyak jugak tengok blog yg lain2... ade yang guna gula merah/nise dan ade yg guna gula putih saja..

Sira Labu

Bahan bahan
1/4 biji labu - buang kulit
Segenggam gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan - potong
Sedikit air kapur


Cara cara:
Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.

Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.

Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.


Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment