Monday, March 30, 2015

Ikan siakap goreng tom yam

ikan siakap goreng dan curah dengan kuah home made pes tom yam.... something different for ikan siakap yang selalu kak rose buat tu.... asik2 tiga rasa, masam manis dan kukus jer. kali ni cuba dengan perasa tomyam pulak... hmmmm sedap, makan pulak dengan nasik panas2....sehingga menjilat jari tau! kak rose guna home made pes tomyam, jadi rasa memang ikut tekak kita la kan, tak pedas sangat...pernah beli yang ready made tu ya Rabbi, pedasnya! sudahnya sebotol besar tu jadi rezeki kawan. resepi home made pes tomyam tu kak rose pernah tepek kat sini ya, kalau ada yang nak mencuba buat sendiri....

Instructions

  • 1. Siakap yang telah dibersihkan kemudiannya dilumurkan dengan tepung dan digoreng..
  • 2. Kemudian,asingkan siakap tadi didalam pinggan..
  • 3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,cili padi,limau purut,daun selasih,tomato dan serai hingga naik bau..
  • 4. Selepas itu,masukkan perencah tomyam..tumiskan hingga sebati..
  • 5. Campurkan sedikit air jikan kuah terlalu pekat..
  • 6. Masukkan bahan perasa-gula dan garam secukupnya..
  • 7. Akhirnya setelah mendidih..tuangkan kuah tumisan tadi ke atas ikan siakap tadi..
  • 8. Siap untuk dihidang..

5 comments:

  1. ha'ah.. tun pon duk ulang kukus ngan tiga rasa bila beli siakap.. tp sbb ikan siakap ni mmg sedap, goreng bodo2 pon lajuu je meratah. wat kuah tomyam mcm ni sedap jugak kan.

    ReplyDelete
  2. Sham terliurkan goreng sayur bende kat sebelah piring ikan siakap tu.
    - Errrr.. goreng sayur bende tu kan K.Rose?

    ReplyDelete
  3. tun telani... nak jugak try lain2 resepi... mekasih pada sifu masak2 yang pelbagaikan menu!

    ReplyDelete
  4. Sham, ya bende goreng telo bodo2... tp tu yg sodap!

    ReplyDelete