salam dan selamat pagi Khamis yang ceria.... pagi2 ni kak rose nak kongsikan cucur yang buat untuk minum petang semalam.... simple yet sooooo nice, garing diluar but so moist dan lembut didalamnya... even dah sejuk pun masih lembut gitu. lemak dan manis, memang sedap sangat lah pada kak rose yang memang pebret segala cucuq walau apa pun isinya!
kak rose copy resepinya dari fida@myr... mekasih ya. banyak dah kak rose cuba resepi dari fida ni dan Alhamdullilah semuanya tidak mengecewakan....terima kasih sekali lagi. dan yang ni kak rose buat double the adunan tapi sukatan untuk soda dan baking powder tu masih tetap sama, masih jugak jadi bolat bolat cucuq ku itu! cantik dan sedap!
Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa
Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
Masukkan susu manis dan tuang susu
segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
Angkat cucur dan hidangkan.
Rasa nak ambil ngap satu jer cekodok tu Kak rose :)
ReplyDelete