Monday, January 31, 2011

Kek oren perawan

kek oren.... tapi tuan empunya resepi dah tambah nama jadi kek oren perawan... sweet gitu orang bujang bagi nama kek ni.... kalau nak tau kisah kek oren perawan ni mendapat nama sila lah ke blog CMG yg glamour tu....bacalah kisah disebalik nama kek oren perawan tu.... tapi kak rose nyer kismis hitam sangat kekurangan sbb yg ada tinggal seciput jer.... hari2 makan kismis ni dengan oat tu yang stok pun dah nak pupus... tp disebabkan kemaruk nak buat sikit pun jadilah... asalkan ada tahi lalat kat situ. jom kak rose nak cnp resepinya dari rumah CMG ni. Mat, terima kasihya share resepi ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
200 gram gula halus (mat letak 150 gram)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1 camca besar parutan kulit oren
1 camca besar jus oren
250 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbinate*(*digaul rata dan diayak)
1/2 cawan kismis, gaul dengan sedikit tepung, agak2 dalam 1 camca teh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga kembang, masukkan parutan kulit oren dan jusnya, putar sebati. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masuk kismis dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate di tengah2 kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
yg ni kak rose bakar dalam bekas kecik..... best!

Sunday, January 30, 2011

Nasi lemak pandan

salam dan selamat berhujung minggu semuanya..... wah pagi2 hari dah hujan ni memang perut pun rasa lapo jer kan.... meh kita bekpes dengan nasik lemak pandan yang harum semerbak ni. sebenarnya dah lama teringin nak makan nasik lemak ni tp asik x kesampaian nak buatnya. tapi hari ni dengan rajinnya kak rose menyediakan nasik lemak pandan yang sudah lama ku idamkan ni....ha... sekali dapat makan boleh kenyang terus sampai lunch... so x yah pk pasal lunch dah. senang keja kan.... resepi asal amik dari rumah hana, tp lauk nya kak rose cuma buat sambal tumis, ikan bilis n kacang goreng, timun dan telor mata goreng.... sempoi kan! resepinya....

Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba (kak rose x letak pun)
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)
nasik lemak pandan untuk bekpes yang kenyang sampai lunch!

Tahniah buat Yatiememories

salam dan selamat pagi semua..... terima kasih dan tahniah buat yatiememories...... ni nak kongsi kegembiraan dengan rakan maya yang telah berjaya mengumpul follower yang begitu ramai dalam masa setahun saja dalam dunia blogging.... sungguh hebat kan dunia masak2 ni..... kagum dengan yatie yang begitu sinonim dengan berbagai kuih talam yang menyelerakan.... bila la agaknya kak rose nak pandai buat kuih2 talam cam yatie ni kan? sekali lagi tahniah buat Yatiememories... semuga akan lebih berjaya dengan resepi2 yang superb! biar nanti kak rose akan dapat belajar dari yatie. sekali lagi tahniah!

Saturday, January 29, 2011

Moist chocolate cake

cuba buat lagi moist chocolate cake ni untuk kesekian kalinya..... minggu ni je dah 2 kali buat ni.... memula ari tu buat untuk bawak buah tangan g penang dan yang ni atas permintaan anak buah yang nak kan chocolate cake ni..... harap derang suka dengan kek ni, maklumlah kak rose bukan pandai nak buat, sekadar seadanya saja.... tapi dengan resepi CMG ni, harap2 dapat memuaskan hati lah ya.... terima kasih ya CMG dan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100 ml susu cair)
(=,xt ti3, s4s4 c2i$ x,=2 x4$2=9x2= sixit 32y6, s,/2$48 s272)
1 camca teh mentega


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.


Tepung pisang goreng

salam semua..... dah dah pagi rupanya ya baru ada masa nak masukkan entry. sebenarnya hari ni sibuk rewang rumah jiran yang nak buat kenduri pernikahan anaknya..... sibuknya mengalahkan orang nak kenduri kan? yalah jiran kan jadi kenalah sama meraikan dan hari ni x de lah masak2 kat rumah ni.... tepung goreng pisang resepi dari rumah Ayu ni kak rose buat petang semalam, tapi kak rose buat dengan keledek.... itu je yang ada kat rumah ni. memang sedap rangup krup krap..... kak rose selalu saja fail bila nak buat better cenggini, tp yang ni kira berjaya lah... so len kali boleh stick dengan resepi nih. terima kasih ya Ayu kak rose nak share kan kat sini ya.....

Ingredients:-
1-2 sisir pisang nipah/tanduk/rajah atau pisang2 yang sewaktu dengannya.
(kak rose gantikan ngan keledek)

150g tepung naik sendiri
100g tepung beras
1/2 sudu kecil kapur
1-11/2 cawan air(janagn terlalu air)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Method:-
Campurkan semua bahan2 dan kacau rata. Bila dah sebati, gorenglah pisang macam biasa.
Sources:-From berita harian

Thursday, January 27, 2011

Shrimp pancake

meh minum petang dengan lempeng udang nih..... selalunya buat cucur udang je tapi kali ni teringin nak cuba buat pancake pulak bila dah tertengok resepinya kat rumah My Kitchen Snippets tu....not bad la, tp pada tekak kak rose lah lebih enak buat cucuq udang.... but for a change n x dak minyak2..... baik untuk kesihatan kan.....makan cicah ngan cili sos macam cucuq jugak. meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Gertrude Patane.... Thank you sooo much for sharing the recipe....

Ingredients :

1 1/2 cup of flour
1 1/2 cup of water
1 egg
1 tsp salt
1 tsp pepper
1/2 tsp of sugar
150 gram of shrimps (roughly chop)
Some diced green onions
Some chop cilantro (kak rose gantikan ngan daun sup)
2 small chillies (chopped)
1 small onions (cut small)

Methods.

1) In a small bowl mix flour, salt, sugar and pepper together. Make a well in the center and add in egg and water. Mix it into a smooth batter.
2) Add in shrimps, diced onions, spring onions, cilantro and chillies.
3) Set aside for 30 minutes.
4) Pour a little bit of oil in the non-stick pan. Just enough to oil the pan.
5) When the oil is hot pour 1/4-1/2 cup of batter (depend on the size of your pan) and pan fry the pancake until both side are golden brown. Repeat until batter is finished.
6) Serve warm with chili sauce.

makan ngan cili sos.... nyum nyum....

Wednesday, January 26, 2011

Sup bebola daging

salam semua..... ha dah berapa hari tuan rumah x update apa2 entry.... tersangatlah malasnya sejak balik dari berjalan ke Alor Star dan Penang ari tu, badan pun rasa penat jer tu yang menambahkan lagi vit m tuh. tapi ari ni rasa dah segar sikit dam perut pung asik mintak diisi jadi masaklah jugak..... tp hanya buat sup ni jer untuk lunch tadi, nasi n lauk nanti petang nak masak jugak. tu pun kalau rajin le!

resepi ni kak rose amik kat rumah hana, tp kak rose dah gantikan dengan chicken meat ball yg ready made. x de nak rajin macam hana tu yang meat ballnya dia buat sendiri. x pe kan hana, nak masak dengan bahan apa yang ada dan senang untuk dingap! meh tengok resepi yg kak rose cnp dari nduk hana nih...

RESEPI SUP BEBOLA DAGING
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball
  • 200g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
  • (kak rose omit yg ni dan guna ready made chicken meat ball jer!)
Bahan Sup
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 kiub daging/ayam/ikan bilis
  • 1 batang saleri - potong serong
  • sayuran pilihan - hana buh kubis (kak rose buh cauliflower)
  • fishcake - optional (ni kak rose x dak!)
  • carrot
  • daun bawang/sup
  • garam
Cara-cara
  • Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Air rebusan daging simpan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub. Masukkan carrot. Biarkan hingga carrot empuk.
  • Masukkan sayur2an lain, batang saleri, dan juga meatball. Didihkan. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup.
my simple lunch...... mazni, pinggan ada cantik kah? len kali nak lagi .... ramekin lak ya!

Saturday, January 22, 2011

Akhirnya bermulalah....

Bismilahhirohmannirohim..... at last.... bermula lah langkah pertama atas treadmill yang telah begitu lama menunggu.... ialah sejak 1.1.11 kononnya dengan azam yang berkobar2 nak memulakan... tapi! tapi asik ada jer vit m yang sangat banyak dan azam tinggal azam jer sehinggalah hari ini. harap2 ini bukan lah hari pertama dan terus lipat semua treadmill tu.... yang pasti esok dah x dapat nak buat sbb nak g ke Alor Setar hantar busu g balik ke Kolej... janji pada diri sendiri nak stick to the janji la kan..... tengoklah nanti terbuat ke idak? takutnya hanya hot hot ciken shit jer!

the reading..... speed 6.2 je. kenalah jalan pelan2 maklumlah 1st day nak try, kang laju2 kang ada yang terus terbongkang, sapa yang susah kan....(akceli mmg x larat nak jalan laju2 sangat.... bukan berlari ya... brisk walking pun idak gamaknya..... x terdayo den! kalau dulu.... dulu2 ya! kak rose akan pastikan within 25mts mesti boleh jalan sejauh 3km!) dengan jalan lenggang lenggok mak limah selama 22 minit jauh perjalanan hanyalah 1.97km jer.... (agaknya kalau ada hantu kak limah kejo dibelakang mau laju sikit kak rose jalan kot) siput vavi kalau nak lawan dengan kak rose pun boleh menang kan? hishhhh..... tapi betul ke kalori yang dah terbakar sebanyak 152 tu.... kalau benar kak rose akan sangat gumbira kerana memang dah berpoloh2 sakan.....

tapikan.... pas jalan tu ni bekpes kak rose pagi ni..... baby bread pudding yang kak rose buat petang semalam dengan semug susu omega.... berbaloi x kak rose nyer brisk walk pagi ni?....

Friday, January 21, 2011

Sambal ikan bilis n kentang

ari ni masak sambal ni.... ni lauk yg jadi pebret kalau tapau nasik kat sek 18 tu selain ayam goreng berempah, pajeri terung/nenas dan pegedil.... sempoi kan lauk kak rose bila tapau nasik! tapi ari ni rasa nak masak sendiri.... buat sebiji je kentang yg besar, campur dengan ikan bilis dan bawang suma jadi banyaklah sudah! cukup untuk kami anak beranak sekali makan.... kebetulan ada 2 orang kawan busu datang dan makan sesama..... alhamdulliah cukup semuanya....

resepinya kak rose amik dari Myr oleh lina_pg. tq ya sedap sangat... last ratah gitu jer.....kak rose nak kongsikan resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

sayur goreng bodo2 (pinjam hananyer code word!)

ikan siakap bersos asam jawa

sambal ikan bilis kentang, sayur goreng dan ikan siakap bersos asam jawa... ikan siakap ni besar sangat, 1kg beratnya, tu yang terpaksa potong 2 masa nak goreng.... maklumlah koli yg ada suma kecik2 jer! pinggan pun nak yg beso jugak! makan dengan nasik panas2 dah alahai..... bila la nak stat naik treadmill yg dah lama menunggu tu?

Thursday, January 20, 2011

Popia otak otak

menu minum petang ari ni..... didatangkan khas dari johor.... jauh mali popia otak otak ni..... rasa ok la not bad tp mungkin ada yang lebis sedap lagi kot... x rasa sangat ikannya.... mungkin filling nya hanya guna perasa ikan jer, maklumlah orang bisness kan.... nampak pun merah semacam jer kaler isi popia tu kan? memula makan tu cicah cili sos jer tp bila dah cicah dengan sos yang homemade barulah ada rasa yang enak.... mungkin kah sos kak rose buat tu yang menjadikan popia otak otak ni sedap? bangga gitu!

dah goreng nampak cantik jer.... sedap bila cicah dengan homemade sos.

bli sampai 3 pack ni 30pcs/pack.... banyak tu.... tapi dah bagi kat jiran2 sebelah rumah!

Ikan tenggiri masak kicap

salam dan selamat bercuti ari ni kan... selamat meraikan hari Thaipusam kepada yg menyambutnya teutama buat Love n family.... kak rose yg duk rumah masih bermalas2an sbb abang x balik lagi... pagi tadi kak rose ada jemputan untuk Yassinan dirumah Pak Imam yang akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya .... jadi bila dah makan2 kat sana, balik rumah nak masak pun malas sangat, maklumlah dah kenyang! dan ni adalah lauk lima hari lepas yang dah jadi baja... x pe lakan nak jugak post kat sini... pasti semua orang tau dah nak masak kicap ni kan, walaupun simple tapi mmg sedap! resepi amik kat Myr oleh marjina. terima kasih ya...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning (kak rose guna ikan tenggiri)
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang (kak rose blend semua sekali)

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.

Wednesday, January 19, 2011

Beef lasagna

ari ni seharian bermalas2an sebab hb g outstation.... x de bz2 nak masak.... buat nasik goreng daging jer.... sejak jumpa resepi dari rumah AlongRoz tu mmmg selalu buat.... penyelamat masa2 malas nak masak lauk segala. yang penting rasanya sangat kena dengan kami anak beranak!

dan ni beef lasagna yang kak rose beli kat Lanai ari tu buat makan masa dinner semalam.... senang keja kan... just reheat and ready for dinner! busu memang suker benar dengan lasagna ni.... sampai bila ada leftover tengah malam pun dia panaskan dan makan! sooo full of beef n sooo cheesy too! x rugi beli sampai 2 pack, kami makan 3 beranak pun x abes tu yang tengah malam busu mengulang makan!

dinner semalam..... hmmm yummy yummy

mmg sedap.... len kali boleh bli lagi! so big portion yet sooo cheap!

terbalik.... nampak sooo thick kan, berlapis2 beefnya. nak? jangan ditanya dah abes!

Tuesday, January 18, 2011

Daging kandar

lauk untuk lunch ari ni.... dah lama x masak daging so pepagi lagi dah godeh2 cari resepi yang berkenan dihati.... yg penting resepi tu mestilah yang senang nak menyediakan dan sedap ditekak....nasib baik pakcik google laju je carikan dan jadilah daging kandar ni....dulu penah buat tapi guna ayam - ayam kandar memang sedap dan kali ni ikut resepi asal yang gunakan daging. memang sedap dan x rugi mencuba.... pada sapa2 yang suker lauk2 cengginilah....

resepinya kak rose amik dari Myr oleh kakasma.... tengok daripada response yang mencuba tu pun dah tau mesti sedap nih.... jom kita tengok resepinya....

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • (kak rose tambah 1 tsb cili blend nak kan rasa pedas sikit)

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

daging kandar.... mmg sedap!

makan lak dengan nasik panas2 dan salad orang malas - cherry tomato, timun jepun n batang celery gaul dengan mayonis.....hmmmm best!

Monday, January 17, 2011

Makan lagi.....

hari ni kak rose 3 beranak g makan kat Lanai.... asik masak je penat jugak kan... so sesekali nak gak orang hidang kat kita pulak! actually kononnya nak makan2 untuk sambut belated birthday buat kami bertiga yang berselang seminggu.... Alhamdullilah, masih diberikan peluang untuk menyedut udara dibumi Allah yang mana berkuasa ini. Syukur sangat2 dan makan2 ni untuk sambut kenikmatan yang Allah berikan.....

the appetizer.... salad garden, gado-gado n mushroom soup

the colourful drinks.....
kedondong juice with asam boi, soursop juice yg sangat thick n sedap n laici special


the main course..... mine, chicken chop in milky mushroom sauce

busu's.... NZ lamb chop yg katanya mana nak cukup makan one portion jer!
tamak sungguh kan....

hubby's.... nasi goreng jer

anak mama sedang menikmati lamb chop yg sangat sedap, katanya!
x toleh kiri kanan dah!

the desserts.....
healthy bowl, banana bowl yg penuh dengan icecream vanilla,
strawberry & chocolate and embun menitik


and since we are kononya celebrating our belated birthday, hotel tu hadiahkan kami dengan cute cup cake ni....chocolate cupcake in cream cheese. thank you soooo much n tersangatlah sedap! dan kami makan until like there is no tomorrow! bila nak balik tu sempat lagi order 2 nos of beef lasagna untuk bawa balik.

Mari berkenalan dan award




Apakah status anda??
dah bergelar isteri dan punya seorang anak bujang dah!

Ceritakan tentang diri anda...
seorang yang sangat simple, dulu penah keja tp dah 5 tahun jadi SAHM.... jadi pejabat kat dapur je la, dengan jawatan manager dapur!

Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
x de yg apa istimewanya blog masak2 dan cerita merapu meraban kak rose ni.... buat blog ni pun suka2 jer untuk isi masa lapang sebab SAHM kan banyak masa terluang.... eh betul ke ni? dan yg bestnya dapat ramai kawan maya dalam masa yg sama... sangat best!

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
memudahkan bertukar2 info tentang apa saja... segala info dihujung jari jer... kalau rajin mencari le!

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
x pandai lak nak nasihat, sbb kita pun baru.... tp sendiri punya blog sendiri mau ingat le.... berhati2 dengan apa yang dicoretkan agar tidak mengguris hati mana2 pihak!

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
x de apa yg uniknya.... blog masak2 yg semua resepinya cnp dari sifu2 masak diluar sana... terima kasih pada blog guru2 masak ni!

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
sekaran ni pun kekadang dah malas sangat nak update, jadi x tau le sampai bila boleh menulis diblog ni.... impian? muga nnti blog seripayaku ni akan jadi tatapan anak cucu.... cam ramai anak jer kan?

Akhir sekali, kena tag org yg anda nak kenal sgt :
yg ni kak rose serahkan pada sapa2 yang rajin nak buat homework tu sila la amik, jangan malu2 ya




dan award keratip ni juga dari hana, macih ya. tp keratip ke kak rose ni? malu lak nak terima...sbb kita tau kita tak keratip!


:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCILyang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Tugasan seterusnye....kena tag 5 orang... jika sudi la yer... tak buat takpe... tiada paksaan.. yang penting semuanya mmg kretipp...

kepada yang rajin nak buat homework ni.... sila la terima Creative Blogger Award ni.... dipersilakan ya.

Meraikan tetamu.....

almost done... masih dalam oben. panas! panas!

ni menu semalam semasa ada tetamu datang rumah..... saja buat makan2 untuk keluarga kak Rofisah yang sudi datang kerumah kami.... dan menu ni permintaan dari anaknya yg nak makan ayam panggang.... harap dapat memenuhi cirasa derang la.... ya la kak rose ni bukan pandai nak masak, setakat untuk kami anak beranak tu ok la tapi bila untuk tetamu mula lah menggelabah nak menyediakannya!

pelakun tambahan untuk ayam panggang tu....
nasi goreng, fries yg masih dalam koli dan coleslaw

dah ready untuk dingap...
lupa lak nak amik gambo bila dah buh cili sos atas fries tu....


hidangan tengahari untuk tetamu semalam..... segala kekurangan kami sekeluarga mohon ampun dan maaf lah ya..... maklumlah tukang dapur amatur!

Sunday, January 16, 2011

Tepung pelita

dah lama x makan kuih ni.... sejak bulan posa ari tu.... buat ni untuk dessert pas makan2 dengan tetamu tengahari tadi. suka dengan resepi ni yang senang nak menyediakan dan menepati citarasa kak rose dan keluarga.... tp x de la kotak2 daun pandan yang cantik tu sbb mmg x reti nak buat..... kalau buat pun sememeh semacam jer... jadi cari jalan yg paling senang dan buat spt yang tuan punya resepi tu suggest ..... guna mangkuk kecil2 ni , nak simpan pun senang sbb boleh letak bersusun2...... resepi dari Myr oleh Yani, terima kasih ya.

RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

sedap, lemak manis gitu..... tp x de air gula yg cair didalamnya...

Friday, January 14, 2011

Siew pak choy dalam sos tiram

hmmm..... sayur yang sangat mudah disediakan dan sedap pulak tuh.... cuma celor dan siapkan kuahnya.... dah siap. sayur untuk makan tengahari tadi bersama ikan masam manis tu.... tp busu memang x makan sayur, jadi mama ngan ayah saja yang menghabiskan sayur ni.... ratah gitu jer pun sedap. resepi nya sangat mudah.... tp kak rose ni kalau x tengok resepi memang x reti masak... so meh tengok resepi yang kak rose amik dari rumah hana... mekasih ya nduk jalok resepinya.... leh jugak tengok sini, kak rose penah tepek dulu....

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!
simple yet so sedap!

Ikan bawal sweet n sour

lauk lunch hari ni...ikan bawal masak masam manis.... lama dah x masak ikan masam manis ni sejak ada banyak resepi yg lagi ummmmph untuk dicuba, terutama ikan dalam sos daun limau purut dan ikan dalam sos asam jawa yang sangat sedap tuh..... sesekali buat camni sedap gak.... dengan segala bahan sampingannya..... tp kak rose x letak bunga kubis tu sbb nampak dah banyak sangat..... mmg betul bila dah curah kuah atas ikan tu.... ayo yo itu ikan sudah tenggelam dalam sayuran!.... tp x pe kan banyak sayuran lagi menambahkan kesedapannya!

resepi kak rose amik dari Myr oleh junjs11, terima kasih ya tuan punya resepi dan kak rose nak cnp kat sini.... sedap, sok lain kali boleh buat lagi....

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang2
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • sedikit bunga kobis(x letak)
  • sedikit nenas-dipotong dadu
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.

the preparation for pelakun tambahans.... bawang, carrot, timun, tomato, green capsicum n nenas...... ikan goreng yang nyaris hangus dan yg ready untuk dingap!