Monday, January 31, 2011

Kek oren perawan

kek oren.... tapi tuan empunya resepi dah tambah nama jadi kek oren perawan... sweet gitu orang bujang bagi nama kek ni.... kalau nak tau kisah kek oren perawan ni mendapat nama sila lah ke blog CMG yg glamour tu....bacalah kisah disebalik nama kek oren perawan tu.... tapi kak rose nyer kismis hitam sangat kekurangan sbb yg ada tinggal seciput jer.... hari2 makan kismis ni dengan oat tu yang stok pun dah nak pupus... tp disebabkan kemaruk nak buat sikit pun jadilah... asalkan ada tahi lalat kat situ. jom kak rose nak cnp resepinya dari rumah CMG ni. Mat, terima kasihya share resepi ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
200 gram gula halus (mat letak 150 gram)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1 camca besar parutan kulit oren
1 camca besar jus oren
250 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbinate*(*digaul rata dan diayak)
1/2 cawan kismis, gaul dengan sedikit tepung, agak2 dalam 1 camca teh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga kembang, masukkan parutan kulit oren dan jusnya, putar sebati. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masuk kismis dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate di tengah2 kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
yg ni kak rose bakar dalam bekas kecik..... best!

8 comments:

  1. akak, tukar ngan kek pisang mas nak tak...
    nampak sedapp tu kek oren akak...

    ReplyDelete
  2. Mas, boleh sangat tu...ada banyak ni!

    ReplyDelete
  3. Akak..terbau sampai bukit jalil ni..meh sepotong, nk rasa skit jer..kita diet...hehe

    ReplyDelete
  4. kak rose, jom kita tukar ngan kek kukus 7up saya pula...sedap dan berbau harum dah kek akak ni..hehe

    ReplyDelete
  5. noorma, atkiners x leh makan nih, kena kuat disiplin tuh... tahniah dah turun 2kg in 4 days!

    ReplyDelete
  6. nieza, cantiknya kek kukus tu.... tengah tadah piring.....bila nak sampai ni?

    ReplyDelete
  7. Salam Rose, dah bau sampai sini kek yang cantik tu, hantar kat akak ya....

    ReplyDelete
  8. TnT, alamak takut x sampai lak sbb posto kan cuti cny.... hi hi hi

    ReplyDelete