Friday, April 30, 2010

Angkara siapakah ini?

Selamat petang dan salam semua..... eee ari ni geram sungguh nengok pokok yang kak rose siram setiap hari dan baja tetiba jer jadi cenggini....pagi tadi semasa abang reverse kereta pokok ni masih subur tegak berdiri dan seperti biasa setiap pagi akan kak rose siram .... untuk pastikan tidak akan kekurangan air.....tetiba lebih kurang jam 4 petang tadi punyalah terperanjat tengok keadaan pokok cili ini.... dah terkulai layu....tapi tak de cacat celanya kat pokok tu.... mungkinkah kerana kencing kucing seperti kata jiran sebelah rumah kak rose tu....

pokok daun sup yang subur ni pun pernah jadi mangsa kucing tu....selama ni ak rose biarkan je dia lepak2 bawah kereta, menumpang teduh...tapi tengoklah apa dia dah buat pada pokok kesayangan kak rose ni.....

selepas beberapa lama dan kak rose dah bela semula, adalah sedikit tumbuh sikit tapi jauh dari keadaan asal
pokok serai dan halia serta kunyit pun pernah mengalami keadaan yang sama. pokok serai yang kak rose tanam ni dah kali yang ke 4, siap pagar semua barulah nampak tumbuh elok....kalaulah jiran kak rose tahu yang kak rose marahkan kucing dia....entahlah....

Thursday, April 29, 2010

Murtabak mee segera maggi

huh akhirnya.... dapat jugak kak rose merasa nak makan murtabak maggi ni.... dah lah dapur masih x siap lagi.... dengan habuk segala.... x leh nak masaklah.... so petang ni bila dia orang dah balik barulah kak rose dapat mulakan projek nak buat murtabak ni.... kira ni untuk lunch dan dinner sekalilah.... tengok hana buat punyalah cun melecun tu yang teringin sangat nak makan tu.... tapi biasalah bila kak rose yang buat jadi sememeh semacam jer.... apa pun asalkan rasa nya ummmph ok la tu kan... kak rose ni tamak, buh telor sampai 4 biji tu yang daging dan segala condiments terus hilang tenggelam ....ramai dah buat ni dan izinkan kak rose nak copy resepi yang sedap ni.... terima kasih pd watie, mamfami juga hana

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee segera (hana & k.watie gune Maggi Kari)
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
  • 1 biji cili merah - dadukan halus
  • daun sup@daun bawang (kak rose gantikan denga batang celeri)

Cara-cara

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

Wednesday, April 28, 2010

Konnyaku jelly medly

salam semua..... ai.... bak kata CMG nak mulakan ayat ni selalu sama jer....stereotype? eh entahlah.... apa pun malam tadi kak rose buat jelly ni.... bila dah kemaruk nak buat bahan tak cukup pun belasah aje....instead of longan kak rose buh jelly sumi jer... dan kelakarnya rendam biji selasih tu pun macam tak sempat kembang.....(dah siap tu baru cari camna nak rendam biji selasih tu.... rupanya rendam ngan air panas... barulah kak rose tau! uwa uwa... .)akhirnya orang buat cantik2 kak rose nyer jadi cenggini.... uih...tak tau nak kata apa dah....nnti lain kali nak try lagi dengan bahan yang cukup....mudah2an jadi cantik macam Ummi dan CMG nyer..... tima kasih pada anda berdua dan kak rose mintak cnp resepinyer ya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air
1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  2. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
  3. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly. Tuang no 2 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

lihatlah jelly ku dengan biji selasih yang x kembang dan sumi jelly yang dah melt.....

Tuesday, April 27, 2010

Cucur badak

Salam petang semua.... ha hari ni hujan.... harap2 akan sejuk lah cuaca ari ni.... tak lah berbahang je macam selalu tu..... dan hari ni kak rose buat kuih cucur badak untuk minum petang.... kenapa ya nama dia cucur badak... sikit pun tax de iras macam badak tu... apa pun kuih ni simple dan sedap ..... buat doh dia lembut2 je, jangan terlalu banyak tepung nnti jadi keras bila dah goreng.... kalau doh dia melekat sapukan sedikit minyak ditangan semasa nak membentuk tu...insyaallah kuih akan tetap lembut walau dah sejuk.... nilah petua kawan yang bagi.... inti kak rose bubuh serunding udang kering resepi asal dari CMG yang femes tu....(pernah buat dulu leh tengok resepinyer kat sini).... ok jom mari minum sama...

cucur badak yang berbagai saiz.... x pandai sungguh nak wat cantik2... x pe la kan biar buruk dimata asalkan sedap di tekak (ni kes nak pujuk ati sendiri la tu he he he....)

Monday, April 26, 2010

Breaded chicken fingers

Salam semua..... ari ni kak rose buat chicken breaded fingers.... since ari tu beli banyak chicken fillet dan belum masak lagi jadi sepagi ni asik godek intenet cari resepi chicken fingers ni.... nak masak pun cari resepi yang senang jer dan bahan semua ada .... jadi ni lah dia yang kak rose dapat buat.....nama pun breaded chicken fingers jadi resepi pun dalam omputehlah....mai kita tengok resepinyer.... boleh tengok resepi asal kat sini

Ingredients
  • 6 skinless, boneless chicken breast halves - cut into 1/2 inch strips
  • 1 egg, beaten
  • 1 cup buttermilk
  • 1 1/2 teaspoons garlic powder
  • 1 cup all-purpose flour
  • 1 cup seasoned bread crumbs
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 quart oil for frying

Directions

  1. Place chicken strips into a large, resealable plastic bag. In a small bowl, mix the egg, buttermilk and garlic powder. Pour mixture into bag with chicken. Seal, and refrigerate 2 to 4 hours. (kak rose marinate sekejap jer pun dah ok)
  2. In another large, resealable plastic bag, mix together the flour, bread crumbs, salt and baking powder. Remove chicken from refrigerator, and drain, discarding buttermilk mixture. Place chicken in flour mixture bag. Seal, and shake to coat. (kak rose coatkan satu per satu biar sekata)
  3. Heat oil in a large, heavy skillet to 375 degrees F (190 degrees C).
  4. Carefully place coated chicken in hot oil. Fry until golden brown and juices run clear. Drain on paper towels.

makan cicah dengan cili sauce jer.... malas nak buat dia nyer dipping tu

buat jugak ikan kembong goreng bercili dan sayur campur....makan dengan nasi panas2.... asik sayur ni je kan.... nak wat cam ner ini yang kami anak beranak suka nak makan....jadi jangan lah muntah nengok ya.....

Sunday, April 25, 2010

Kuih lapis cokelat

selamat malam semua..... ahhhhh dapur kak rose masih x siap lagi.....tapi oleh kerana teruja sangat nak merasa kuih lapis cokelat yang ditayang kat rumah azatie tu, kak rose pun curi2 masa buat ni..... konterktor tu siap cakap ....kakak, tak mau masak la....banyak abuk.... jadi masa diaorang berenti untuk lunch break, kak rose pun cepat2 bancuh dan kukus....nasib baik siap dalam masa 1 jam tu.... buat 1/2 adunan jer....jadi cepat jer siapnyer.... dapatlah kak rose merasa.... x lah ngences bila tengok kuih tu kat rumah atie.... kak rose guna cokelat emulco ....pucat je nampaknya.....mungkin kena letak banyak baru terserlah kaler dia....ishhhh tak pandai sungguh nak buatnya.... atie, tima kasih dan kak rose amik resepinyer ya....

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir}atie guna 3/4cwn je.
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko.}atie guna coklat emulco.
4 sb air suam utk bancuh koko.}


Cara-cara:
1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian biarkn warna asal dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan asal selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.

buat 1/2 adunan, dapatlah 2 mangkuk kecil ni....

Saturday, April 24, 2010

Under renovation

gambar cantik ni cik google yang carikan....

Salam dan selamat petang semua.....Ohhhh what a day today. actually it was since yesterday I have to put on this facemask....(tapi x la secantik macam dalam gambo tu) macam doktor je kan....not because of H1N1 or dust from the Iceland volcano eruption either.....but from my bathroom which is under renovation process and the paint smell they have to do at my small cramp kitchen... so the whole area is soooo messy... luckily they do it one at a time....no bathroom problem lah since the downstairs still can be used.

so today no masak2.....tapau je untuk lunch. senang keja kan....but I still cannot tahan with the dust and paint smell....kenapalah diaorang ni x guna paint yang x de smell tu....x de le kak rose terseksa dengan smell ni....How I wish that is going to end soon.... tapi kata kontrektor tu amik masa dalam 2 minggu jugak untuk buat atas dan bawah bathroom tu.....terseksalah jiwa dan raga kak rose kalau macam nih....kalaulah buat keja tu tak de debu segala alangkah seronoknya ....terus je jadi cantik bathroom tu kan..... boleh gitu? apa pun layan je la gambo2 depa tengah buat keja dan dapur kak rose yang so messy ni..... jangan muntah ya tengok keadaan dapur yang sangat serabut tu....


Kontrektor tu tengah sapu cat dinding ....disebelahnya 2 buah fridge yang berselubung plastik

Bahagian dapur yang so messy... diorang selubung dengan plastik jer...

lagi sebahagian yang diselubung dengan plastik....

diluar dapur.....susunan tiles yang akan di gunakan nanti....

bilik air sebelah atas yang dalam proses dismantling....

Friday, April 23, 2010

Lovely bouquet from atie

Terima kasih bebanyak..... terima this lovely roses bouquet dari atie yang baru sembuh dan kembali bersiaran di alam maya ni..... muga atie terus diberi kesihatan yang memuaskan dan walaupun belum sembuh sepenuhnya atie sanggup meluangkan masa menggubah jambangan bunga yang cantik ini untuk kawan-kawan. terima kasih sekali lagi ya atie....muga persahabatan yang terjalin dialam maya ini akan terus berkekalan seperti harumnya bau jambangan bunga rose ini..... salam sayang dari kak rose.

Udang cendawan butang

ni lauk tengahari tadi, makan bersama ikan sumbat tu.... sebenarnya x tau nak masak apa dengan cendawan butang ni.... godek2 intenet.... tula kan, mudahnya zaman sekarang semua info boleh dapat di hujung jari jer.... akceli kan macam2 resepi yang guna cendawan butang ni.... dan salah satunya jadi pilihan abang ..... instead of ayam kak rose tukar dengan udang.... nanti lain kali boleh cuba dengan ayam pulak kan....resepi nyer kak rose amik dari blog Resepi Raidah... terima kasih ya dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini....

Bahan-bahan:
150 gm cendawan butang segar ~ dihiris
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil (kak rose gantikan dengan udang)
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ditumbuk
1 inci halia ~ dihiris
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Serbuk pati ayam ~ kalau suka (x letak)
3 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah serta halia.
2. Masukkan ayam dan goreng ayam sehingga masak.
3. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk pati ayam, cendawan dan bancuhan tepung jagung.
4. Tambahkan sedikit air jika ingin berkuah.
5. Masukkan garam secukup rasa, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

sedap.... sekali nagadap jer dah abes. tima kasih sekali lagi ya tuan punya resepi.

Ikan cencaru sumbat kelapa

selamat tengahari semua.... dah lunch ke? ari kak rose buat ikan cencaru sumbat sambal kelapa....sebenarnya semalam g carefour nampak ikan ni fresh sangat....kak rose pun beli lah.... 2 ekor je.....sebab ikan siakap dan ikan bawal yang beli ari tu pun ada lagi, jadi semalam cuma beli ikan ni udang dan ayam jer.... sesekali buat ikan bakar sumbat ni pun sedap gak....ari tu ada beli ikan sumbat ni di gerai makan di SA ni, dah la mahal (mahal ke rm5 seekor?), hampeh x sedap langsung... buat sendiri barulah puas hati nak makan...tapi kenalah merajinkan diri....jom tengok resepi yang kak rose buat ni...

1 ekor ikan cencaru
3 sudu besar kelapa
3 biji cili padi* (nak pedas leh tambah lagi)
1 batang serai (potong halus)*
1 biji bawang putih*
1 biji bawang merah*
sedikit asam jawa, garam n perasa jika suka
sedikit hirisan daun kunyit dan daun limau purut

Ikan dibelah belakang dan cuci bersih
perasakan dengan garam kunyit
tumbuk semua bahan bertanda * dan gaul rata dengan asam dan daun kunyit n limau
bakar atas kuali jer....sambil balik2 kan biar masak sekata
dah siap.... hidang dengan potongan tomato dan zucchini....ermmmm sedap.

Thursday, April 22, 2010

Pengat labu

Selamat petang..... jom kita minum petang dengan pengat labu ni.... panas2 nih.... tapi sayang labu ni texture nya tak berapa halus....frustla jugak sebab tak pandai nak pilih masa beli tadi.....masa tengok tadi macam ok jer tapi bila masak cam ni lak jadinyer.... ada sapa2 tau tak macam mana nak pilih labu yang halus isinya? mai la kongsi dengan kak rose.... ari tu masa beli buat kuih bakar tu bukan main halus lagi isi dia....tapi yang ni....apa pun dah jadi pengat ni makan je la kan.... sayang pulak kalau tak makan....kak rose bubuh sagu mata ikan dalam pengat tu...... jom minum semua....

Udang goreng oat

salam semua..... wah ari ni tengok kat rumah hana ada udang goreng oat kak rose pun jadi jeles je.... dengan segeranya menkopi resepinya.....suma sama tapi kejadian mengoreng tu yang tak pandai sampai kegesengan ireng2 gitu..... kerana excited sangat nak buat, masa peram tu terlupa bubuh garam la pulak.....hu hu hu....tawar je sudahnya udang ku....apa lagi makan cicah dengan sos cili lah jadinya..... apa pun kak rose nak kopi resepinya yang hana amik dari dak jiya tu...tima kasih pada anda berdua....

Bahan-bahan
  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur- hana campur jerk telur kuning
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Wednesday, April 21, 2010

Mari belajar ya adik2....

seripayaku.blogspot.com atas mee udang. x clear laks

Selamat malam semua..... ehh dah pagi dah.... kak rose tengah belajar nak wat cap sendiri.... dah tua2 ni barulah nak belajar.... tapikan...it is never too late to learn kan.... jadi ari ni kak rose belajar yang senang2 jer.... tu pun puas baca tutorial and buat dari trial and error.... maklumlah baru nak belajar.... kawan2 suma jangan gelak sampai guling2 ya.... kalau nak muntah pun g lah bilik air dulu.... jangan termuntah kat kibod ya.....kang salahkan kak rose lah bila kibod dah kotor..... apa pun ni lah yang kak rose cuba buat tu....almaklumlah nak oder macam kawan2 tu kak rose x mampu?????...... ke ada yang nak bagi percuma? x per lah kak rose wat sendiri je dulu.....

seripayaku.blogspot.com atas puding roti.... ok ker?

seripayaku atas sayur bendi.... macam ok jer.... (sediri bikin kenalah sendiri agree kan kan kan)

Mee Udang

Selamat tengahari semua.....jom kita lunch dengan mee udang nih....sebenarnya puas lak asik makan nasi jer...jadi sesekali tukar menu dengan mee.... ok la jugak pada tekak kak rose ni....aaa sendiri masak sendiri makan mestilah ok kan....apa pun resepi ni amik dari rumah ros@jintanmanis tu....dulu dah pernah sekali buat dan dah tahu hasilnya tu yang nak buat lagi tu...tima kasih ros kerana resepinya dan kak rose nak tepek kat sini ya..... (tapi maafla ya ros kak rose ni memandai ubah sikit resepinyer mengikut bahan apa yang ada dalam fridge jer....)

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1 pack 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan ( x de - gantikan dengan crab stick)
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (pun x de - ganti dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Alhamdullilah ..... dah kenyang

Tuesday, April 20, 2010

Terung sambal bilis kicap

Selamat tengahari semua nya.... dah lunch ke belum? ari ni kak rose duk rumah sorang2 je....jadi masak pun sangatlah simplenya....maklumlah untuk tekak kak rose sorang....dan masa g blogwalking terpandang resepi ni... terus je berkenan dan kebetulan semua bahan pun ada... dan tara.... ni dia sambal terung kak rose yang terlebih buh kicap kut.... tu yang jadi itam semacam jer....apa pun sedap sangat tapi buat pun sikit je....kak rose makan sekali ngadap je....ratah2 gitu....resepi amik kat teratak dayang jack yang pandai masak segala macam tu....tima kasih ya dan kak rose minta halal nak kopi resepinyer kat sini....

Bahan-bahan : hidangan utk 1-2 org.
  • 1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • segenggam ikan bilis *
  • 3 biji cili padi *
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk/kisar tadi hingga garing. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan terung dan kicap manis. Gaul2kan sehingga rata atau hingga terung lembik. (Boleh tambah garam jika perlu).
  4. Setelah masak, hidangkan panas2

Monday, April 19, 2010

Kuih bom

Selamat petang semua..... ari ni kan kan kak rose nak masukkan entry yang dah tertunggak nih.... buat kuih ni dah lama dah tapi baru ari ni ada kesempatan nak masukkan kat sini.... kira ni first taim buat kuih bom ni dan menjadi..... suker nya.... walaupun tak lah secantik dan se bolat2 macam tuan punya resepi tapi kak rose dah bangga.... percubaan pertama dan menjadi... walaupun kak rose tak de keledek dan ganti dengan kentang je....rasa masih ok...suka sangat! Memula tu takut juga kalau2 meletop.... tapi Alhamdullilah tak de kejadian bom meletop tu..... Resepinya kak rose amik dari dapur hana yang di kopi dari rumah Along. Tima kasih buat anda berdua dan kak rose nak cnp kat sini ya....laen kali nanti leh wat lagi....tapi kali ni nak tunggu ada keledek lah.....bila ya?

INGREDIENTS:
  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!

Sunday, April 18, 2010

Tom yam udang

Selamat berhari minggu aka hari cuti untuk yang berkerja.... macam kak rose ni berkerja sepanjang masa tak de cuti2.... sbb memang x berkerja.... eh eh surirumah tu bukan kerja ke? entahlah....sbb selalunya bila duk rumah je orang kata tak berkerja.... betul ke cam tu....sebenarnya duk rumah lagi banyak keja kan......tapi camna pun nak masak pilih je yang sempoi dan ringkas....asalkan sedap dianak tekak kak rose dan keluarga.... so ari ni masak tomyam udang ni....masuk segala sayur mayur kan senang keja.... tak payah nak goreng sayur dah....tinggal nak goreng ikan je.....masak pun ikut apa yang ada dalam fridge jadi resepi nya campak2 je la...dan selamat menjamu selera semuanya.....

Friday, April 16, 2010

Bendi goreng bercili

Salam semua.... ni sayur untuk lunch tadi.... malas sungguh nak masak tapi kan sebab nak makan kena jugaklah masak.....(kalau x masak berlapau la jawapnya... xde sapa yang nak belikan....) masak yang sempoi2 je....bendi goreng bercili dengan isi ayam....senangkan....2 dalam satu....lauk dan sayur sekali....tapi masak jugak tumis air labu air dengan soon.....lama teringin nak masak labu air ni....tapi kak rose sorang je nak makan, jadi buat pun sikit je la....cukuplah untuk seorang makan...Alhamdullilah kenyang.

Thursday, April 15, 2010

Bingka labu

Selamat petang semua..... pagi tadi g blogwalking rumah kawan2 dan ternampak bingka labu ni kat rumah Chik Mi tu..... udah terasa2 di tekak kak rose ni....kebetulan ari tu ada beli labu dan belum buat apa2 lagi....cadangnya ari tu nak wat pengat labu....sudahnya ari ni kak rose jadikan bingka .... tapi kak rose x bako dalam loyang, sebaliknya bakar dalam acuan muffin...jadilah kecit2 dan banyak kerak2 hangus ditepi2nya...garing geseng gitu.....punya la x sabo nak rasa...panas2 lagi kak rose dah kuorkan dan apa lagi ngap la..... oh nikmat sekali dapat makan bingka yang buat sendiri dan yang paling penting sedap.....tima kasih Chik Mi dan CMG kerana share this superb recipe....dan kak rose nak cnp resepinya kat sini ya.... (tengok Chik Mi punya ada tabur bijan tapi kak rose lupa da.... mesti lagi sedapkan kalau ada bijan tu....)

Bingka Labu ~CMG
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara


  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Jemput semua....mari minum teh O dengan bingka labu ni.... ada banyak ni....

Lemak cili api ikan bawal

Salam semua.... masak ikan ni adalah lauk 2 hari lepas..... masa tu kan malas sangat nak buat entry....jadi simpan je lah....tapi bila ari ni ada terajin sikit tu yang kak rose nak tayang jugak lauk apa yang kak rose masak tu....x pe gulai tu dah abes nak gak tempek gulai dah jadi baja ni... resepi x yah lah kan....masak pun main hantam je....dulu ada belajo masak dengan kakak dari negeri 9...tu yang selalu je ada masak lemak cili api.... negeri 9 nyer style!!!!!!

taruk bendi banyak2.....ada terbaca artikel yang bendi ni boleh buat ubat sakit lutut sebab lendirnya tu.....wallahualam.....tapi memang kak rose suka kalau masak lemak lemak cili api atau kari ni bubuh bendi ni.....masak asam pedas pun sedap gak.....

Wednesday, April 14, 2010

Courier dari DELL

Posto..... posto.... ari ni kak rose terima bungkusan courier dari DELL.... sudah pastilah isinya komputer.... abang nyer latest toy... DELL New Inspiron 15.... eee banyaknya komputer kat rumah ni....boleh bukak kelas komputer le gamaknya.....

Siap dengan Targus Soft Hug Backpack 15.6"... senang nak bawak keulu ke hilir....

Bismillahhirohmannirohim....bukak dengan berhati....

tara.... inilah dia DELL New Inspiron 15.... kaler ungu lagik....

dan pandangan bila di buka lebar.....so sleek....

harap2 lepas ni x de la nak beli komputer lagi....guna je mana yang dah ada tu....desktop dah ada 4 dan lappy 2.... cukup2 lah tu.....hanya kerana lappy yang ada tu kak rose bawa balik kampung....jadi ada la alasan nak beli yang baru pulak....hai abang...nak buat apalah banyak2....asik keja nak godeh komputer je.....kalau pasal new gedget ni memang dia sanggup berabis2an.....

Apam beras ku tersenyum ari ni....

Salam semua..... lama sungguh rasanya kak rose x masukkan gambo masak2.... ari tu duk kampung ada jugaklah masak tapi x de intenet connection....jadi lupakan sajalah hal masak2 tu.... dan sekarang ni dah balik barulah nak merajinkan diri nak masak2 semula..... ari ni cuba buat apam beras yang kak rose cnp resepinyer dari yatie yang kat USA tu.....tapi kak rose buat 1/2 adunan je....nak try dulu....haaa tengok tu....tersenyum dia ari ni....suka sangat walaupun senyumnya sikit je....ok la tu untuk percubaan pertama ni....tq yatie for the recipe...sedap sangat....izinkan kak rose nak tepek resepinya kat sini ya....

Bahan-Bahan

2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:
  1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
  5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.


I'm back

Salam semua..... lama sangat rasanya x update blog ni.... bersawang merata2 dan dah jadi malas pulak nak memvacuum kan nya.... Anyway I'm back now setelah hampir tiga minggu berulang ke kampung jadi mum to my mum yang sakit.... Alhamdullilah sekarang dah ok dan bolehlah kak rose menjalani kehidupan seperti biasa semula bersama keluarga di Shah Alam ni....

Sebenarnya mak kak rose terjatuh dihadapan rumah je....tergelincir dilantai yang licin....dan retak tulang belakang.....Kami rujuk mak ke Kluang Utama Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan......tetapi dengan teknologi perubatan yang serba canggih.....keretakkan tu boleh disimen dengan pembedahan yang tak perlukan bius sepenuhnya.....sehinggakan masa doktor buat procedure tu d OT emak masih boleh berborak dengan doktor tu.....dan yang paling bestnya procedure tu tak menyakitkan.....(macam amik jab je tapi jarum dia besar macam batang pen....begitulah kata dokor pakar tulang tu....and it cost rm2k/jab)....siap dalam masa kurang 1 jam emak dah disorong keluar dari OT....dan warded selama sehari je for observation.... cuma mak perlu rehat banyak dan tak boleh membongkok untuk menguatkan tulang tu semula.....tu yang kak rose kena duduk kampung tu....harap mak dah sihat sepenuhnya sekarang dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Nak masak pun masih belum ada mood lagi.....nanti kalau rajin kak rose akan masak....cuma sekarang ni asik g jenjalan blog kengkawan.....banyak yang dah ketinggalan.....ada bawa balik pc ke kg tapi cuma boleh main game je.... cian kat kg x de intenet connection..... (ade ke orang tua macam kak rose main game? tapi that's me.... berjam2 pun x pe) and tengok post yang lama2 yang dah save tu....ada gak wat journal untuk tatapan sendiri....apa apa pun until then .....bye