Thursday, April 22, 2010

Udang goreng oat

salam semua..... wah ari ni tengok kat rumah hana ada udang goreng oat kak rose pun jadi jeles je.... dengan segeranya menkopi resepinya.....suma sama tapi kejadian mengoreng tu yang tak pandai sampai kegesengan ireng2 gitu..... kerana excited sangat nak buat, masa peram tu terlupa bubuh garam la pulak.....hu hu hu....tawar je sudahnya udang ku....apa lagi makan cicah dengan sos cili lah jadinya..... apa pun kak rose nak kopi resepinya yang hana amik dari dak jiya tu...tima kasih pada anda berdua....

Bahan-bahan
  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur- hana campur jerk telur kuning
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

No comments:

Post a Comment