Thursday, April 15, 2010

Bingka labu

Selamat petang semua..... pagi tadi g blogwalking rumah kawan2 dan ternampak bingka labu ni kat rumah Chik Mi tu..... udah terasa2 di tekak kak rose ni....kebetulan ari tu ada beli labu dan belum buat apa2 lagi....cadangnya ari tu nak wat pengat labu....sudahnya ari ni kak rose jadikan bingka .... tapi kak rose x bako dalam loyang, sebaliknya bakar dalam acuan muffin...jadilah kecit2 dan banyak kerak2 hangus ditepi2nya...garing geseng gitu.....punya la x sabo nak rasa...panas2 lagi kak rose dah kuorkan dan apa lagi ngap la..... oh nikmat sekali dapat makan bingka yang buat sendiri dan yang paling penting sedap.....tima kasih Chik Mi dan CMG kerana share this superb recipe....dan kak rose nak cnp resepinya kat sini ya.... (tengok Chik Mi punya ada tabur bijan tapi kak rose lupa da.... mesti lagi sedapkan kalau ada bijan tu....)

Bingka Labu ~CMG
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara


  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Jemput semua....mari minum teh O dengan bingka labu ni.... ada banyak ni....

No comments:

Post a Comment