Bahan-Bahan
2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering
Cara-caranya:
- Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
- Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
- Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.
salam kakrose..
ReplyDeletewah wah..cantik apam tersenyum mekar..saya dah try buat nih..tapi kene sumpahan apam..tak mo jugak senyum..dah la tak senyum..keras lak th..ceeeh
izah, kekadang kak rose pun cam tu gak, percubaan pertama sllu x menjadi... try lagi jgn putus asa....sedap apam nih...
ReplyDelete