Thursday, January 31, 2013

Nak memotivasikan diri....

 salam dan selamat petang semua.... tu dia punya tajuk kan... kononla nak motivasikan diri agar rajin2 g brisk walk pepagi tu... sanggup la pepagi amik gambo masa nak stat jalan....selalu je ada alasan nak memalaskan diri, so kalau ada kasut baru tu maunya kot rajin g jalan kan.... dah lama bli tp masih elok je tersimpan dalam kotak,  kiranya pagi ni nak mulakan dan berharap esok2 pun masih rajin nak berbrisk walk.....jalan lenggang lenggok kak limah jer pun, mana daya nak laju2 takut pancit kang x de sapa nak tolong kan....diri sendiri yg susah.  apa punya alasan!

 upah dari brisk walk yang sejam tu.... berge daging sempoi2 bersama secawan susu omega.

 dan lunch pulak.... tauhu singapura. lama dah x buat ni, bila ada bahan terus la membuatnya. puas dapat makan apa yang kita suka dari air tangan sendiri.... nak resepi leh tengok sini dari CMG

nasik goreng+udang+salad dengan sos cili n mayonis untuk anak n ayahnya. tengak pk nak wat apa pulak untuk minum petang ni.... hishhhh... poning palo tukang masak ni!

Wednesday, January 30, 2013

Kuih lopes

 buat kuih lopes untuk minum petang semalam.  yang sebenarnya nak guna gula nise yang bli kat terengganu ari tu.... yg kak rose guna ni ialah nise campuran gula putih... tu yang sangat manis semacam. apa pun  sedap jer makan engan kuih lopes ni ....

 resepinya kak rose masih guna yg pernah buat dulu dari tulip77, sekali lagi nak sharekan kat sini...

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula (omit this one)
  • 3 cawan air

 gula nise nganu mari.... yg nipis tu pure nira n lebih mahal dari yg tebal taw...

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose guna acuan goreng telo!)
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
 
 gula nise yang kak rose guna.... mmg manis sangat. kena buh sket2 kalau takut nnti kena kencing manis!

dah selamat dah pun kuih lopes yang sedap nih.... nasi x makan, tp pulut belasah jugak. boleh gitu?

Tuesday, January 29, 2013

Ubi getuk di Primula Beach Hotel

 sarapan hari kedua di Nganu kite.... jangan x caya, ada ubi getuk cicah sambal ikan bilis/kelapa brown sugar kat hotel ni... bila nampak ubi ni as one of the menu, orang kampung macam kak rose mmg lah suka sangat. sebenarnya susah jugak nak dapat ubi yg kuning cenggini kan.... sedap, lemak2 rasa dia. pernah bli sekali je masa kat shah alam ni dan ubi ni agak mahal le pd kak rose, rm6/kg. dengar kata ubi kuning ni la yang digunakan untuk buat ajinomoto. betul ker?

nama jer cuti2 mesia, tp kami x banyak berjalan ketempat2 yg suppose dilawati.... mmg betul2 unplanned punya vacation, so mmg bercuti dan bermalas2an jer la....tp makan ttp x malas punya!

 nama je bekpes, tp makan bagai x hengat.... wedges ni share dengan anak. maknya yg terlebih2 makan. yg si tukang bayar dimana2 pun asik makan bun with butter n jam n anak pulak asik sandwich dan cerealnya.

dan apalah terengganu kalau tidak dengan nasik dagangnya.... rasa so so aje, kalau MIL yg buat lagi kaw kaw punya rasa.... macam busu kata..."kalau mok buat lagi sedap kan ma" terus teringat nasik dagang masakan mek yg sedap tu!

sarapan 1st day.... hash brown n scramble egg yang sedap....


tuan tanah dah kekenyangan, pas ni g soping2 kat pasar payang lak.... cuci mata jer pun!

Monday, January 28, 2013

Hujan dalam dapo!

 salam dan selamat bercuti2 lagi.... pagi2 hari kontrektor yg buat dapo ni dah datang nak baiki kebocoran di bahagian dapo yg baru buat ni.... masa kita tunggu x datang2, bila kami g bercuti2 kat terengganu ari tu, dia called dah ada depan rumah nak baiki bumbung katanya! padan muka la kan.... so kena tunggu sampai kami balik lah. dan ari ni pepagi lagi dah sampai... so kak rose tunjuk la tempat mana2 yg bocor tu.... nasib baik ada amik gambo masa hujan, so dia tau mana nak rectify.... sebenarnya masa derang buat ari tu, dia pijak2 tang bumbung tu n ada crack sana sini... bila hujan air menitik, siling pun dah ada kesan bintik2 hitam....

 lama dah complaint pasal air menitik ni.... gambar ni amik masa baru buat lagi, dan dah baiki tp ada satu spot tu yg masih ada menitik. ya lah bila hari x hujan kita pun terus lupa pasal bocor tu, dan bila hujan complaint lagi dan lupa lagi..... harap lepas ni x de lagi lah kisah air menitik dari siling tu lagi.... insyaallah.

sarapan untuk kang mas yg datang baiki siling tadi.... pancake + strawberry jam n nescafe.

Sunday, January 27, 2013

Ikan siakap dlm sos daun limau purut

salam hujung minggu pada semua.... dah habis bercuti nganu kite sekarang kena lah sambung rutin macam biasa....merajinkan diri  masak untuk lunch sementara en somi dan anak ada dirumah. kalau dah tinggal sorang nnti mmg x de nya nak masak untuk makan tengahari cenggini. makan apa jer yg ada depan mata. biskut kering pun jadi jer untuk orang malas macam kak rose ni kan.... tp ari ni kak rose masak ikan siakap dengan sos daun limau purut, resepi dari Nor secubit garam... meratah pun sedap. kak rose cnp resepinya kat sini lak ya..

resepinya.

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (kak rose guna ikan siakap)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan. 

 

 Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan (kak rose buh sket je sbb x I don't like the smell!)
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat


sayurnya..... terung goreng dengan cili dan udang kering. resepi dari AlongRoz leh tengok sini .  Alhamdullilah kenyang.

Friday, January 25, 2013

Pasar Payang


spoil for choice.... rambang mata di pasar payang yang sangat stuffy....

Thursday, January 24, 2013

Di Nganu kite

Primula Beach Hotel, gambar pinjam cik google punya

Asalamualaikum dan salam Maulidur Rasul dari Primula Beach Hotel. lewat pagi bertolak dari shah alam dan sampai di Nganu kite lebih kurang jam 4.30 petang. banyak berenti diperjalanan, lunch n solat zohor  kat kawsan rehat bukit batu, tp sayang macam x terjaga jer kawasan tu....very de kotor! pas tu teruskan perjalanan melalui highway pantai timur yg masih free jer. jalan ok tp ada 3 ekor lembu tergolek.... bahaya nya disepanjang lebuhraya ada lembu berkeliaran dan nampak banyak sangat kesan kenderaan skidded kat railing sepanjang highway tu.... takut nengoknya.

sampai kat pusat bandar pusing2 jugak cari hotel ni....x booking pun, main redah jer nasib baik ada bilik n akan stay kat sini sampai sabtu. sebelum check-in td ada ronda kat pantai batu buruk jap,  nama je buruk tp pantai dan scenery yg cantik. cemepedak goreng yang sangat manis 7 biji for 2 hinggit compare kat shah alam ari tu mmg mahal giler! ok lah,  drebar dah kepenatan, pas asar terus zzzzz, second drebar yg x penat pun zzzz jugak..... esok je la g ronda2 cuci mata lagi..... kalau rajin nnti update lagi.

Sagu gula melaka

 Salam Maulidur Rasul buat semua....

sagu gula melaka.... all time pebret buat kak rose sekeluarga. makan sejuk2 mmg ngam sangat apa lagi dihari panas2 cenggini kan... permintaan anak yang nak makan dessert pas makan nasi tp x tau nak makan apa, jadinya mamanya yang rajin ni buatkan lah sagu ni.... yang paling senang nak sediakan dan bahan pun sedia ada kat rumah. jadilah untuk lepaskan kempunan, sllu bila mama buat dia x de kat rumah...

 resepi yang sama pernah kak rose buat dulu dari rossitamz, mmg ngam resepi ni dengan kak rose la kiranya... sekali lagi kak rose kongsikan kat sini la ya. mekasih.

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan tepung beras (yg ni kak rose tambah)
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
 

Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!
 
kalau menda yang pebret ni mmg cepat jer abesnya,  dan masa ni kak rose di terengganu.... amik kesempatan cuti en somi yang back to back... g jenjalan cuci mata. cuti2 mesia jer.

Wednesday, January 23, 2013

Siakap sweet sour

 masak untuk dinner petang semalam.... ikan siakap yg ditangkap ditesco tempoh hari tp baru ni dapat memasaknya. buat sweet sour yang simple n merah menyala ni cilok resepi dari Yatie sinar kehidupanku, mekasih ya dan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini  pulak...

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
  • garam dan kunyit
  • sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah
Bahan untuk sos:
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6) (kak rose cuma ada cherry tomato yg merah menyala tu jer...)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk mengoreng ikan dan menumis
 
Cara- Cara
  1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan
 
makan dengan nasi panas2 dan sayur apa yang ada dalam fridge ni....suma taruk n goreng dah siap.

Reward for brisk walk

 salam dan selamat pagi semua..... dah sarapan ker? atau kak rose je yg dah nak menjelang tengahari baru nak bersarapan. lama dah tinggalkan oats ni, tp terasa nak makan pulak ari ni. kiranya reward for satu jam brisk walk pagi ni la....  kalau g brisk walk pagi2 tu mmg ak rose pastikan at least satu jam baru boleh rehat and warm down tp pas tu santap bagai x hengat.... so the calories that burnt kejap tadi tu bertambah lah dengan banyaknya.... camner la nak kurus kan? nak shed that excesses stubborn fat yang banyak tu mmg la susah sangat, bila nak menepeknya bukan main senang jer!

pujuk hati sendiri.... pelan2, nnti hilang la tu.... atau makin bertambah2. apa lagi kalau berpergian bercuti2 malaysia. mesti nak makan yg sedap2 jer, x kan nak pandang jer orang lain makan. x aci la cam tu!

Tuesday, January 22, 2013

Masak2 yg biasa je!

 salam dan selamat petang.... petang2 gini nak buat entry menu tehgahari pulak... buat jugak sagu gula merah unruk minum petang nnti, tp masih x ready lagi, so post masak yang bisa2 ni dulu la ya.... bila dah x tau nak masak apa, buat je la... yang paling penting cepat jer disiapkan dan sedap ditekak kami anak beranak.... resepi main taruk, blend bawang merah, bawang putih, tomato cherry n cili merah, pastu tumiskan hingga garing, tambah garam dan masukkan ayam yg dah digoreng, gaul2 n masuk kacang. dah siap

makan bersama nasik panas dengan sayur goreng sawi+ tauge+udang,  mmg meletops.... tapi anak bujang ttp x makan kacang tu, pilih ayamnyer je!

Udang lemak kesom

 

Asalamualaikum dan selamat pagi..... dah nak tengahari pun. kak rose nak tepek menu yang dah semalam punya. kalau kawan2 yg x de idea nak masak tu boleh la mencuba gulai udang daun kesum ni. lain sket dari gulai yg biasa tu sbb ada daun kesum.... nak rasa cer la try masak, baru tau camner rasa dia kan. resepi kak rose amik dari rumah Azlina@ Terminl Hijrah, tp kak rose guna udang besa2 jer n x de nenas pun, gantikan dengan kacang panjang pulak! mekasih dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

BAHAN BAHANNYA :
  • 20 ekor udang harimau (dibersihkan seperti biasa) (kak rose guna udang besa2 jer...)
  • 5 tangkai daun kesom
  • Sepotong nenas  dipotong2 kecil (x dak, kak rose gantikan ngan kacang panjang)
  • 1 tangkai cili merah dibelah dua
  • 1 batang serai diketuk2
  • Semangkuk santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
BAHAN2 YANG DIKISAR :
  • 10 tangkai cili padi (guna 4 biji cili api je... podeh sudah)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 tangkai daun kesom (batang yg muda tu sekali)
 

CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai & semua bahan kisar sehingga naik bau & kekuningan
  2. Masukkan santan dan kacau2kan sebentar, apabila sudah mula mendidih masukkan udang, diikuti dengan daun kesom, nenas & cili merah
  3. Biarkan 5 minit, apabila udang sudah masak masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa
  4. Kacau2kan sebentar sebelum ditutup api & sedia untuk dihidangkan

Monday, January 21, 2013

Lunch tadi....

 salam hari isnin pada semua.... menu apa yang kawan2 sediakan untuk lunch tadi agaknya ya.... kak rose kalau boleh x nak makan nasik tp bila anak bercuti ni kenalah jugak masak kan... so masak yg simple2 jer la. nasi n ayam masak kicap pedas. sayur mayur mmg dia x kan makan punya, jadi mamanya lagi la malas nak sediakan... untuk mama yg x nak makan nasik, ayam goreng n timun jepun cicah dengan sos cili n mayonis untuk lunch tadi. masa amik gambo taruk 2 ketul je ayam tu, tp masa makan bertambah2 pulak. aci x? asalkan perut x berlagu keroncong dan harap2 boleh bertahan sampai petang la....

in between makan jugak sebiji epal hijau ni.... masam, tp bila dah lumurkan sikit dengan garam tu ok la gak. ni kira nak balance kan dengan makan2 semalam.... terlebih sudah!

Sunday, January 20, 2013

Hari gantung kuali

 the appetizer, shrimp cocktail with salad, vegetables springrolls n mango salad yg pedas!

salam hari minggu pada semua... dah malam baru berkesempatan nak jenguk rumah maya ni... tuan rumah g ronda2 cuci mata bersama keluarga hari ni. pagi g tesco untuk stok lauk seminggu, bila anak bercuti ni, maknya kenalah rajin masak... stok dah ada tp kerajinan nak masak tu belum tentu ada lagi. camner tu? sbb kurang kerajinan jadi lunch tadi kami anak beranak g makan kat luar je la...gantung piok kuali hari ni.  bila lagi nak soh tukang bayo tu belanja kan?

 busu punya pebret.... kalau g sini mmg nak makan kambing jer, lamb cutlets..... makan sampai menjilat jari! tp vege tu mmg x disentuh nya! macamlah allergic kalau makan sayur.

 yg ni mama punya, chicken chop wif milky mushroom sauce, tp coleslawnya ada kureng sket la. macam too watery gitu!

 si tukang bayar ni mesti nak makan nasik jugak.  nasi dengan herb fried chicken n salad setoet. ada gravy jugak.

the drink, soursop juice yang sangat thick, mocha, jus kedondong asam boi n nescafe panas2

 
the dessert, x larat nak makan dah....tp dah order makan la jugak, x baik membazirkan....banana sundae yang sangat rich with 3 scoop of choc ice cream, banana n cream dengan oreo topping n kerepek pisang lagi!. portion yg sangat mewah, mmg terbuntang nak ngabiskan! order jugak healthy bowl, isi macam lincikang yg best n fruit platter. abeslah diet ku, tiga minggu x makan nasi, tp hari ni macam makan untuk tiga minggu! puffff!!!! x per, td dah bli kasut baru, harap2 bersemangat lah nak g jogging esok pagi.

Saturday, January 19, 2013

Malas2 dihujung minggu

 salam hujung minggu semuanya.... hari sabtu yang malas2 ni ada jer kerja nak buat. pas bekpes terus g ke subang jaya untuk nak pasang tinted pada keta anak ni. tp punya lah jem jalan nak ke kedai tu, jadi sampai pun dah dekat kul sebelas gitu. pas tu pot pet pilih kaler n bagai terus pasang. belikan jugak carpet mat tu. tok tek abes la jugak setengah k. lama jugak nak siapkan ni, sampai dah kelaparan dibuatnya...

 on the way balik lagi la jem gila jalan.... banyaknya keta dijalan.... nak kemana agaknya semua orang ni ya... pusing2 cari jalan alternatif, lalu kat smc terus bli ayam golek tepi jalan tu... balik rumah tinggal goreng nasi  ni.... late lunch dengan ayam golek dengan nasi goreng bodo2. plan asal nak g makan2 kat luar, tp bila tepon anak, asik voice mail jer. tu yg kensel n terus balik rumah je la. esok boleh la plan gantung piok makan kat luar!

 cempedak kematu goreng 60 sen sebiji!

kat sebelah gerai ayam golek tu ada jual goreng pisang, keropok jugak goreng cempedak ni.... so bli goreng pisang 2 hinggit n cempedak 2 hinggit. kak rose pun bayarlah 4 ringgit, tp bila dah jalan dia panggil balik, "kak kurang singgit!" kak rose pun tanya balik,  td dah kasi rm 4 kan, baru la dia kata cempedak ni 5 for 3 ringgit! kalau lah dia letak tanda harga kat situ kan senang, x yah nak terjerit panggil customer yg dah bagi terkurang singgit ni! rasa x berbaloi lak cempedak kematu yg cenonet tu bernilai enam puloh sen sebiji! atau duit kita yg x bernilai sekarang ni?  entah ler!

Friday, January 18, 2013

Kuih tangkup inti kelapa



 kuih tangkup, kuih lipat, apam perlis.... ha macam2 nama dia kan. tp yang kak rose buat ni versi derhaka dan sedikit malas punya. versi asalnya intinya adalah kastad tp yang ni kak rose isi dengan inri kelapa manis. ni sebenarnya kes nak abeskan inti kelapa yang kak rose makan dengan pulut manis ari tu. kiranya agar x membazir la kan...

 sebenarnya ari tu ada ternampak kuih ni kat rumah Gee Hut dan dia pun buat versi inti kelapa jugak, dan dari situ dapat jugak idea nak isikan kuih ni dengan inti manis ni. dulu kak rose pernah buat dengan inti kastad tu kat sini. kiranya dengan apa2 inti pun rasa ok jer buat kak rose, tp dengan inti kelapa ni seakan macam kuih ketayap lak.... kak rose kongsikan sekali lagi resepi yg pernah kak rose buat dulu dari Madihah. mekasih ya.


Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)
(kak rose ikut macam Madiha... suma tambah kasi ummmppphhh gitu!)
Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

satu adunan ni mmg dapat banyak tau.... x terabes nak makan kami 3 beranak!

Wednesday, January 16, 2013

WW: mari membaca...

banyak yang boleh dipelajari dari buku ni... tp x abes baca lagi.....