Saturday, March 27, 2010

Emak sakit

Salam semua..... maaf lama tak update blog ni.... tak lama pun sebenarnya, cuma beberapa hari je..... kak rose balik kg sebab mak sakit, jatuh dan retak tulang belakang..... admitted at Kluang Utama Specialist Hospital..... but now Alhamdullilah selepas menjalani pembedahan dak ok dah... cuma recovery tu nak kena amik masa lama sikit.... and I wouldn't be around... may be for quiet sometime form blogging... just to be with my beloved mother kat kampung.... until then .... bye.

Tuesday, March 23, 2010

To or not to continue?


Selamat pagi semua..... yes! this is the figure on my scale as for this morning.... after 3 days of dieting, I manage to shed 2 kg of my really2 stubborn fat.... jahat sangat fat tu x nak kuor banyak2... puas tau berdiet, tahan segala ngences bila tengah masak untuk keluarga... juga bila g blogwalking..... apa pun at least something kan.... kena usaha lebih lagi dan yang penting kuat semangat nak teruskan.... dengan sokongan keluarga dan kawan2 semua, I really appreciate it.... thank you soooo much for ur support and encouragement. love u all.


Monday, March 22, 2010

Diet - 3rd day


Salam semua.... this is my today bathroom scale's figure.... after 2 days of dieting..... x banyak tapi masih ada perubahan.... not too drastik lah penurunan tu.... as long as there is an adjustment is ok for me.... kiranya reward jugak la tu kan setelah saharian sacrifice tang makan yang sedap2 tu.... terutama bila g jenjalan ke rumah kawan2 blogger.... ngences je.... tapi kenalah tahankan sebab dah janji nak dietkan.... kena kuat semangat nih....

and this for 3rd day breakfast
1 slice taost
1 egg hard bolied
black coffee
itu je until lunch pulak.....

menu for today's lunch
1 slice cheddar cheese
5 pcs ritz biscuits
1 small apple
black coffee
Alhamdullilah kenyang.....

And dinner.....
4oz tuna in water
4 oz cauliflower
4 oz beetroot (kak rose tukar ngan baked potato)
4oz ice-cream
half melon/honey dew
Huh.... banyaknya menu tuk dinner ni.... yalah kan nak tahan sampai esok pagi kenalah makan banyak.... kang tengah malam lapo camne kan..... x leh curi2 makan tau!

so pada kawan2 yang nak cuba resepi diet ni sangat2 lah dipersilakan.... dan kalau boleh jangan substitute apa2 bahan dari menu ni untuk dapatkan result yang berkesan.....and as a reminder......

* toast must be dry - no butter or margarine
* tuna, beetroot, string beans can be frozen
* ice-cream has to be vanilla
* black tea/coffee must be without sugar
** salt and pepper to be used and no other seasoning
** where no quantity is given there is no restriction other than common sense

Sunday, March 21, 2010

Diet- 2nd day

Selamat malam semua..... tengok ni jangan x percaya ya.... today's bathroom scale figure. macam x caya je kan.... so berbaloi lah agaknya. ni yang bersemangat nak teruskan nih.... harap2 esok akan ada perubahan lagik...

this is 2nd day bekpes...
1 slice toast
1 egg, boiled
half a mid size banana
black coffee

lunch pulak...
4 oz cottage cheese (kak rose x de ni, so ganti ngan 1 slice cheese je)
5 pc ritz biscuit
black coffee

and for dinner....
4 oz broccolli
2 oz carrot
2 pc frankfuter
4 oz ice-cream
half a mid size banana

Alhamdullilah dah selesai untuk hari ke2 dan sambung esok pulak untuk cukupkan 3 hari/set.... harap2 number d bathroom scale tu akan reverse jauh.....

Saturday, March 20, 2010

Diet - 1st day

Selamat malam suma..... hari ni kak rose nak mulakan progress berdiet.... so obese kan compare to my height yang cuma 5'1".... (tolonglah jangan gelakkan kak rose ya.... memang really putting on weight).....sebab tu la kena berdiet.... tapi x taula lama mana boleh bertahan.... x cuba x tau kan..... so today is the day.... harap2 no d scale tu akan berubah...... sekurang2nya kalau ada perubahan akan bertambah semangat nak meneruskan usaha ini....


Sebelum mulakan kena test bp dulu..... ok la tu kan... but still under medication.... ke suppose the reading kena rendah lagi.... doktor2 cyber tolong bagi nasihat sikit pada kak rose yang x pandai nih..... so... jom kita mulakan.....

bekpes.....
1 slice toast,
2 ts peanut butter,
1 grape fruit
black tea or coffee

for lunch....
1 slice toast,
4oz tuna in water (kalau x nak ada fishy smell just perahkan asam limau, potong bawang sikit dan cili merah, gaul rata)
black tea or coffee

yang ni dinner nyer..... banyak kan....
1 cup long bean
1 slice cold meat
4 oz beetroot (yang ni kak rose x suka tuko ngan baked potato)
4 oz icecream (must be vanilla, tapi semalam g bli vanilla x de lak, amik vanilla lime)
1 small apple

p/s: only salt and pepper and no other seasoning plzzzzz -
So sapa2 yang terasa nak berdiet mari join kak rose kita sama2 cuba to shed the excess kg yang degil tu.....

while I'm on diet masak ni untuk dinner abang, nasi n ayam paprik je.... sempoikan.... akceli malas nak masak beria sbb sorang je nak makan..... busu dah g holiday d PD ngan udin....

Friday, March 19, 2010

Ayam Kukus Sos Nenas

Salam dan selamat tengahari suma..... dah lunch ke?..... ni lauk kak rose untuk lunch ari ni.... ari tu tengok kat rumah mat gebu, pas tu rumah hana juga di rumah ija.... uuuuihhh x boleh jadi ni.... nak juga rasa, jadi ari ni kak rose pun buat le.... x makan lagi ... tunggu abang dan anak balik semayang jumaat.... biasalah kan resepi mesti amik dari dia orang.... tima kasih pada CMG, hana dan ija kerana share resepi ni.... kak rose cnp dari rumah hana ......

Bahan-bahan
  • 4 keping bahagian peha ayam - (kak rose wat 7 ketui peha)
  • 1 batang serai, hiris halus dan cincang*
  • 1/2 biji bawang besar, didadu halus*
  • 4 biji cili padi, cincang halus*
  • 1 1/2 halia, diparut*
  • 3 ulas bawang putih, diparut*
  • 2 pelepah daun bawang, hiris halus* - hana tk blend
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
  • 1/2 biji cili merah, dadu halus
  • 1/2 biji bawang besar dadu
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1/3 camca teh gula
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan (kak rose x de - x letak)
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

Pause kejap..... abang dah balik dan nak lunch dulu ya...... Alhamdullilah, kenyang dan sedap sangat..... kak rose dan abang makan 2 ketui sorang.... pelahap ke.... tulah sedap hingga ratah je sudahnya..... tq CMG

Anak-anak's gathering

tiga sekawan sekarang..... hencem ke?.....

Salam dan selamat pagi hari Jumaat yang mulia... penghulu segala hari..... hari ni kak rose nak sambung cerita tentang jejak kasih ari tu.... yang tu untuk emak2 je dan semalam kami setkan untuk jejak kasih anak2 yang telah lama terpisah ni.....maklumlah masing2 bersekolah d tempat yang berlainan..... betapa jauh bezanya diaorang sekarang.... beza gambar diatas dan bawah adalah buktinya..... dari segala segi ..... yang tinggi, bulat dan kecik je..... diaorang dah dewasa sekarang.... dewasa?.... entahlah baru abes SPM je.... udin yang masih bulat seperti dulu.... busu tinggi melayut dan fadli yang masih tak besar2 hanya tinggi je..... yang udin dan fadli tu baru balik dari PLKN tu yang nampak sedikit gelap tu.... x pe la kan... lama nanti duk rumah n g facial cerah lah balik muka tu..... udin, cepat ibu nak wat facial kat udin tu.....

tiga sekawan d usia 3 tahun....

busu dan fadli semasa kami berehat di rumah peranginan d PD

Lauk pauk yang ibu masak untuk makan tengahari sempena pertemuan jejak kasih anak2 kami....

kak rose buat mini murtabak ni untuk bawa g rumah ibu d sebelah petangnya sempena hari jadi ibu...... (bawang cuka tu lupa lak nak amik gambo)..... Semuga ibu dipanjangkan umur, murah rezeki dan sihat selalu..... dan untuk emak fadli..... psssttttt for your eyes only..... memang x leh lupa.....

Wednesday, March 17, 2010

Ujian Memandu Busu


Tahniah buat busu..... hari ni at last berjaya mendapatkan lesen memandu setelah menunggu hampir 3 bulan.... maklumlah kat sini ramai sangat yang nak amik lesen jadi kena tunggu giliran.... masa belajar pun diorang tetapkan.... selalu dapat masa belajar time orang balik keja.... 5pm to 7pm.... masa tu kan jalan sibuk dengan jemnya.... masatu lah baru dapat peluang nak belajar..... tapi berkat kesabaran dan usaha akhirnya ari ni busu berjaya dapat lesen D.... dan yang untuk moto pulak ari sabtu ni baru nak stat belajar.... kesian dia.... habis exam tapi tak leh nak kemana2 kerana nak dapatkan lesen ni dulu..... nak amik awal lagi tapi umo tak cukup.... jadi at 17 n 3 months busu dah ada lesen memandu.... tahniah sekali lagi dari mama dan ayah... jangan rempit2 sudah.... ingat pesan mama ni ya....

dan kuih lapis ni buat lepas masak tengahari tadi... bolehlah wat minum petang sambil pot pet.... resepi kak rose amik dari mesra.net..... resepi yang sangat simple guna tepung gandum je.... tentu suma orang tau buatkan....pada Chik Mi ni kak rose tepek resepinyer ya....selamat mencuba.....

Bahan2
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 1/2 cawan santan
1 cawan gula pasir
secubit garam
pewarna

Cara
Satukan semua bahan kecuali pewarna, kalau nak mudah guna blender je, lepas tu tapiskan
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (lebih kurang 5 cawan batter)
Warnakan ikut pilihan dan kukus selapis2 hingga selesai
Biarkan betul2 sejuk baru potongkan dan hidang.....

Chocolate Rice Orange Muffin



selamat pagi suma....eee entah kenapalah pc ni bila nak post entry je keluar tulisan yang macam cacing tu..... buat muffin ni petang semalam... nak post kan malam tadi kuor jugak cacing ni.... x reti nak wat terus tutup je pc.... abes citer. tengoklah keja keras tangan kak rose tu.... mendap d tengah.... ngapa ya.... mungkinkan juice n telor tu sejuk lagi.... tu la kan bila dah kemaruk nak buat tu x sempat nak tunggu bahan tu dalam keadaan suhu bilik... dan.... kesudahannya....

resepi tu amik kat mana kak rose dah lupa sebab dah lama sangat simpan.... minta maaf lah tuan punya resepi ya... kak rose amik dan nak tepek kat sini.....

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda baikabonat
1 cawan gula perang
2 sb chocolate rice
hiasan ~ chocolate chip jika suka

Bahan B
1/2 cawan butter cair
1 cawan jus orange (kak rose guna sunquick)
1 biji telor (pukul sedikit)
1 s/k paste orange

Cara:
1. Panaskan ovensuhu 180 api atas bawah selama 15 minit
2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaul rata
3. Curahkan bahan B dan kacau rata
4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin
5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh. Boleh hiaskan dengan chocolate chip jika suka
6. Bakarkan selama 20 minit
7. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, March 16, 2010

Gulai Udang

Salam semua dan selamat petang. Sejak balik dari AS (Alor Star je) hari ni baru kak rose rajin sikit nak masak. Entah apa yang dibz kan pun tak tahu.... risaukan anak yang x ambik pot nak isi borang IPT ya jugak.... asik main game, facebook je..... semua mama nak kena buatkan.... aduhai anak....

dan ari ni pulak nak jadikan cerita.... g BSN buat bayaran premium insurance anak yang tertunggak sebab SI ada masaalah.... selam 11 tahun buat bayaran melalui SI and this is the first time ada masaalah macam ni.... and dah sebulan lewat pihak insurance baru bagi tau dan the policy dah not in force.... kita dah bayar selama 11 tahun dan sekali default payment, bukan dari salah kita pun (either BSN atau Pihak Insurance nyer masaalah) dia dah nak lupuskan polisi tu.... siap bagi pilihan lagi soh tuko policy.... eeee geramnya.... ok... gaduh pun x guna bayar je la.... bila dah selesai urusan nak kuor tiket paking lak hilang.... denda RM20.00 untuk paking yang x sampai sejam tuh..... huhhhh....ok ok enough babbling.....

balik rumah menung jap.... don't know what went wrong..... pk pun x guna.... masak lagi bagus boleh gak makan tengahari..... untuk hiburkan hati sendiri la kan.... so buatlah gulai udang dengan kacang buncis, goreng sayur, ikan kurau masin dan yang sedap sekali sambal tutuk tu.... berpeloh2 kita makan....hilang segala yang berserabut tadi tu....

lauk yang simple.... hilang segala serabut dikepala lepas makan tengahari..... maklumlah perut dah kenyang....

lempeng cicah dengan sambal tumis ni buat untuk sarapan pagi tadi.... kenyang... Alhamdullilah.

Monday, March 15, 2010

Honest Scrap award dari Yatie


Salam semua... ni kali kedua kak rose terima award seperti ini .... tapi kali ni berserta dengan tag nya.... aduhai x pandailah kak rose nak bertag2 ni yatie oooi.... tapi terimalah seadanya.... really honest dari kak rose untuk semua kawan2 blogger.... kalau sudi bacale..... ok here goes....

1.Hi dan salam semua.... Saya Rosnah bt Bai, call me Kak Rose (I'm just passing 51 anyway) a housewife with 1 anak and loving hubby. I'm frm Johor and hubby frm Kelantan
2. Used to work as purchasing officer d construction company tapi terpaksa letak jawatan bila nak transfer ke Langkawi (boss x kasi berhenti sbb kita pekerja yang dedikasi.... oh yea?)
3. Not working but I spend most of the time infront of the computer (morning to night).... mengalahkan keja kat office lak kan.
4. Suka baca info terkini terutama what is happening around the globe juga local news melalui internet... politics and everything.
5. Watching tv is such a no no... especially cerita indon n industan or whatever except berita tu pun kadang2 je... x tau la pulak nnti bila dah ada astro beyond.... mungkin lain ceritanyer.
6. Tang masak tu.... ada kala rajin dan kadang2 malas sangat... depend on my mood.... makan x yah ikut mood lak.
7. Currently putting on weight at 64.8kg for my 5' 1" height... so obese kan... and I'm trying hard to loose some stubborn fat.... ada sapa nak nasihat canme nak kurus?
8. Suka baca novel... the most is "Do They Hear You When You Cry" oleh Fauziya Kassindja... dah banyak kali baca tapi setiap kali baca mesti menangis.... sedih sangat!
9. Kalau beli barang mesti nak 2... x tau kenapa... just like yesterday's.... blouse 2helai, bantal 2 biji n bedsheet 2 set. coincident?
10. Last but not least.... I love my family very much. after all who am I without them.

Tq yatie for the ingatan dan kak rose x pandai nak men tag kan kawan2 disana.... cumanya pada sapa yang ada kelapangan bolehlah panjangkan honest scrap award ni.... semuga persahabatan kita akan lebih jujur dan berkekalan hendaknya.....

Sunday, March 14, 2010

Jejak kasih?

Jejak kasih ke ni...... yalah kan dah beberapa tahun x jumpa.... dek kerana terpisah sebab koje..... dan dengan keputusan SPM anak2 maka dapatlah kami berjumpa semula pada hari yang bersejarah ni..... (anak kami bertiga sebaya dan so close to each other masa kecil dulu....) hari ini dalam sejarah!..... last sekali jumpa Apid ni semasa kami baru berpindah ke Langkawi dan dia sekeluarga bercuti kesana dan ari ni selepas bersesak2 di pameran pelajaran tu kami pun buat appoinment tuk berjumpa...... belum jumpa lagi dah dengar gelak apid dari jauh.... tu dia.... x kan pernah berubah .... masih seperti apid yang dulu jugak..... berborak sambil makan di food court Sogo.... lama sungguh kami bertiga berborak..... segala cerita terkeluar.... yang sedih, gembira duka suma ada..... dah puas pot pet kami bershopping pulak..... dapat gak 2 helai blouse yang cantik dimata kak rose le..... beli gak 2set of bed sheet for my anak bujang.... dan dah memang pompuan kan.... nampak lak cotton pillow.... angkat jugak 2 buah..... bila nak bayar je.... yang pillow tu apid dah bayarkan..... nak bayar balik dia tak mo..... jadi bagi lah angpow pada anak2 apid yang 3 orang tu.... terima kasih bebanyak pid.....

Apid dan ibu Sharifah sedang berposing.....

Edu Expo d Shah Alam n PWTC

Salam semua..... dah lama benar rasanya tak mengupdate bolg ni..... sejak balik dari Alor Star ari tu rasa penat dan malas mengatasi segalanya..... kenapa ya.... ada ubat tax? lagi pun belum masak2 lagi ... masih x de mood nak masak beria benar tapi soru nak tepat je.... nantilah kalau rajin akan kak rose update apa yang kak rose masak lak....
ari ni sehari suntuk g ke pameran pelajaran untuk lepasan SPM.... looking for the best future that they can offer.... g ke pameran pelajaran UiTM d seksyen 7 Shah Alam.... just to get the better picture of u thingy..... apa yang boleh di apply dengan keputusan yang ada dan dimana.... semua serba baru bagi kami..... maklumlah ini kan pertama kali..... dan lepas tu g jugak pameran d PWTC.... mak ai ramainya manusia..... x sanggup rasanya .... tapi kan kerana anak kami sanggup bersesak2 demi mendapat gambaran yang jelas tentang kursus yang diminati.... Aviation Technology.....

Busu sedang mengisi segala particular dan keputusan SPM untuk mengetahui dimana dan apa kursus yang boleh di apply dengan keputusan tu..... (biasalah... mama yang lebih kepochi) dengan keputusan yang ada banyak juga tempat yang boleh dipilih.... tapi kursus pilihan cuma ada di beberap tempat tertentu..... IPTS yang banyak menyediakan kursus ni.... kami ke UniSel..... dan dapatkan penerangan yang jelas tentang kursus ni..... dan yang penting sekali the fees.... 5k/sem (7 sem for diploma).... entahlah.... masih belum buat pilihan muktamad.....

Ni udin (kawan busu) pulak sedang mengisi particular dan keputusan nya..... (mama juga yang lebih kepochi) sebab ibu nya x datang untuk bersama udin kali ini..... mama harap udin berjaya dengan pilihan kali ini..... mama kena lebih push untuk udin supaya lebih kedepan.....

Abang Afiq yang belajar di Taylors College pun ikut sama untuk cari peluang sambung belajar di UK..... Semuga Afiq berjaya dengan pilihanya......

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM busu

Salam dari Alor Star..... hari yang mendebarkan buat anak kak rose yang amik pepereksaan SPM last year. Malam sebelumnya dah bertolak ke Alor Star dengan menaiki bas bersama kawan2.... tak nak naik dengan mama dan ayah. kalau boleh dia tak nak mama datang sekolah masa dia amik keputusan tu.... Tapi sebenarnya.... mama yang lebih berdebar menanti keputusan tu..... jadi pagi tadi kak rose bertolak dari Shah Alam seawal jam 3.30 pagi untuk tidak terlambat mendapatkan keputusannya..... dan Alhamdullilah walaupun keputusan yang sedikit tergelincir dari yang d harapkan.... apa pun mama dan ayah bersyukur busu berjaya mendapat 5A 3B dan 2C. masa tulis post entry ni dari hotel pun busu masih bersama kawan2 meraikan kejayaan bersama2.....Pak Ijon dah janji 100 for every A.... dulu masa PMR pun gitu jugak.... mama dan ayah pun sama.... busu tunggu ya....

Anak buah yang ulat buku sangat frust dengan keputusan SPM nya.... Dik Nor mendapat 5A, 2B n 2C........ Add Match n Fizik dapat C. Sian dia..... masa nak peksa tu sampai demam2 sbb terlalu tension..... she is such a perfectionist.... tu yang jadi camtu tu.... masa trail exam dulu she is one of the top scorer..... tapi bila betul2 lain pulak yang jadi..... tu yang frust sangat......lain kali kena take it easy ya dek nor.... jangan tension2..... mak ngan ayah tentu x nak dek nor jadi macam tu.....apa pun untuk dek nor terimalah keputusan tu dengan hati terbuka..... perjalanan masih jauh dik.....

Kawan2 busu d SA camna yer.... Udin, Aidal, Dek Da, Amirah, Lily di Subang Jaya, Farina di Kuching, Mizi d KK jangan lupa nnti bagi tau mama rose yer....

Wednesday, March 10, 2010

Sarapan pagi ni

salam semua..... sarapan kami pagi ni.... apam pelangi lagi.... ada balance nasi petang semalam tu yang rajin nak wat apam ni... kebetulan roti pun dah habis.... tapi lewatlah sarapan sebab kena perap dulu baru kukus....ni versi orang malas nak buh dalam bekas comel2 tu.... (oh... kaler ijo ku dah abes.... x de la warna ijo pelangi tu....) terus je main dam dalam loyang dan kukus.... makan dengan kelapa parut putih ngan sikit garam.... resepinya dah pernah tepek..... boleh tengok sini ya. buat satu adunan, jiran sebelah pun dapat merasa... harap depa suka dengan apam nih....

Tuesday, March 9, 2010

Cucur badak

Selamat petang suma...... ari ni first time buat kuih ni.... kes nak mengabeskan serunding yang buat ari tu la ni..... resepi pun main agak2 je sebab resepi yang encik google carikan suma banyak2 dan guna sweet potato.... tapi kak rose tak de keledek dan gantikan dengan potato je.... jadi tepung pun main agak2 je lah... ari tu pernah tengok ibu sharifah buat.... adunan dia lembik , taruk tepung sikit je dan masa nak bentuk tu sapu minyak pada tangan supaya x melekat.... kak rose pun tirulah.... alhamdullilah inilah hasilnya..... cuma bentuk tu ada kecik beso bulat bujur suma ada.... x pe kan... untuk first timer ok la tu kan..... boleh cam tu?

Monday, March 8, 2010

Choc chip banana muffin


Selamat petang semua.... dah dekat nak senja pun.... jom jemput semua minum petang... pekena teh o dengan muffin nih.... nilah muffin kak rose yang menjadi.... pada kak rose lah.... selalunya kalau buat muffin asik fail je... entah mana silapnya x taulah.... kali ni try resepi dari taste.com.au.... saja mencuba.... alhamdullilah menjadi.... suker nya dan rasa pun ok x manis sangat.... mai nak kopi resepinya kat sini..... lain kali boleh buat lagi.... kalau rajinlah....

Ingredients (serves 12)
  • 60g butter
  • 2 cups self-raising flour
  • 1/2 cup caster sugar
  • 1/2 cup milk
  • 2 eggs
  • 2 ripe bananas, mashed
  • 1 cup (200g) Nestle Dark Choc Bits

Method

  1. Preheat oven to 200°C. Line a medium muffin tray (12 sections) with paper cases. Melt butter in a small saucepan or heat-proof bowl in the microwave. Set aside to cool slightly.

  2. Sift flour into a mixing bowl. Stir in sugar. Make a well in the centre of dry ingredients.

  3. Using a whisk, lightly beat milk, eggs and butter in a jug. Add to dry ingredients, along with mashed banana. Using a wooden spoon, gently mix ingredients until just combined. Stir in choc bits. Don't beat the mixture or the muffins will be tough.

  4. Spoon the mixture evenly into the muffin cases. Bake for 20 minutes or until firm on top when lightly touched (get an adult to help with this). Leave in the tray for 3 minutes. Transfer the muffins to a rack to cool.


gebus je.....

sapa nak? mai la.... ada banyak ni.....

Udang blackpepper.... lagi


salam semua.... aduhai malas nya nak masak... x terlintas d kepala nak masak apa.... bila dah menjelang tengahari baru kelamkabut.... masak je apa yang senang.... ayam goreng dan udang blackpepper ni.... senang dan kejap je dah siap sebab sayur tu just celor je.... senangkan.... udang tu dulu dah penah tepek resepinyer boleh tengok kat sini dan sini ya... tima kasih pada nor67 yang sudi kongsi resepinya....

dan yang ini pulak ibu sharifah bagi.... rezeki.... semasa nak lunch tadi adik yah datang anto sambal goreng jawa kesukaanku ini.... tapi belum ada kesempatan nak buat ke malas ? eeehhh... tak tau lah tapi yang pasti sedap.... tima kasih ibu...

nyam nyam sambal goreng jawa.....

Sunday, March 7, 2010

Pulut gulung serunding

dek teruja sangat tengok pulut gulung ni d blog Recipe Today dan d MyResipi oleh citarasawan juga dirumah hana kak rose pun cuba juga nak buat. tapi seperti biasalah kak rose nyer keras tangan.... buat keja sememeh.... dah cuba sebaik mungkin tapi dek tangan ni keras sangat maka cam nilah kejadian pulut gulung kak rose ni..... kesian dia kan.... buruk je rupa.... tapi yang penting rasanya kan.... terima kasih pada citarasawan dan hana juga kerana kongsi resepi ni.... siap ajar camna nak gulung lagik..... kak rose nak kopi resepinyer kat sini ya.... dan serunding udang kering tu kak rose amik resepi dari rumah CMG atau boleh gak tengok sini....

Bahan-bahan
  • 300gm beras pulut
  • 100ml santan pekat KARA
  • 100ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit pewarna kuning
  • Serondeng Daging atau Ikan Kak Wan beli yang dah siap
Cara-cara
  1. Rendam beras pulut semalaman bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning. Toskan dan masukkan ke dalam loyang bersama santan, air dan daun pandan. Kukus selama 25 minit.
  2. Alas loyang empat segi dengan daun pisang (hana gune cyling film). Ambil pulut dan ratakan kedasar loyang dan taburkan serondeng tadi ke atas pulut.
  3. Gulung pulut seperti membuat swiss roll.
  4. Kaedah Lain : Alas Loyang dengan seaweeds dan gulung dengan kemas. Boleh juga guna bamboo mat untuk mengulung ala-ala sushi gitu..

dah siap gulung.... jom minum sambil makan pulut gulung serunding nih... (huuuih....bepoloh den nak menggulung nya.....)

Siakap tiga rasa

selamat tengahari suma..... eeehhh dah petang dah.... ni lauk lunch tadi.... masak yang simple dan cepat sbb abang nak g keja ..... ibu sharifah lak panggil g rumah dia minta ajar nak guna pressure cooker..... pc tu dah lama beli tapi jadi perhiasan je sebelum ni.... so ari ni nak merasmikan lah... kak rose bagitau camna nak guna.... ceewwah macam pandai jer.... balik kepada lauk kak rose ari ni resepinyer dah penah tepek dulu.... boleh tengok sini ya.... k selamat menjamu selera tapi ikan kak rose dah abissss.... masak pun separuh je sbb ikan tu besar sangat....

Saturday, March 6, 2010

Apam gula hangus

sambil kalut masak untuk lunch tadi sempat lagi godek tepung nak buat apam ni.... kira apam kalut ribut lah ni.... nasib baik menjadi elok je..... gula hangus dah siapkan sebelum keluar lagi... jadi bila balik dah sejuk dan terus je menggodek dan kukus.... 45 minit dah siap.... resepi oleh hazz 63 d MyResipi.... tima kasih hazz.... nak tengok resepinyer.... ni kak rose tepek kat sini ya...

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


yang ni abang bawak g keja... nak minum petang dengan anak2 buahnya.... kopi buat sendiri ya bang.....

Ketam masak lemak cili api


Lauk lunch kami hari ini.... balik dari tesco terus je kedapur..... office kita yang x pernah ada cuti tu.... he he he.... siang segala ikan, udang, ketam dan daging.... kemas kan sayur.... sambil tu sempat godek2 rumah orang cari resepi nak masak lagi....manager dapurlah katakan.... suma keja kena buat sendiri..... ketam masak lemak cili api.... dengan kuah pekat2.... uuuuhhh manalah kolesterol x bertambah2..... exercises malas lak tu.... yang penting makan dulu.... kan???



sayur sempoi je.... goreng kacang panjang dengan ayam

Tauhu kukus sos pedas

salam semua..... pagi tadi g tesco.... ternampak lak tahuhu lembut ni.... beli je la... balik rumah terus godek lah rumah orang nak cilok resepi.... nak memandai memang x retilah.... dan ni dia.... jumpa kat rumah hana yang dia amik dari k dayang jack.... memang sedap dan lembut je.... tapi sayang kak rose nyer terpedas.... (kak rose tambah 1/2 sudu cili kisar)... uuuihhh terpedas lak pulak.... dan macam lebih kicap je.... hitam je kuahnya... sungguh x pandai nak ejas.... apapun tq pada hana da dayang jack share resepi ni....kak rose kopi kat sini ya....

Bahan-bahan
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus)
  • 1 sudu makan cili kering kisar - hana lebihkan sket
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit bijan (disangai)
  • sedikit air
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk.
  • Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya.
  • Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.

ratah gitu je.... sedap walaupun pedas....