Friday, March 19, 2010

Ayam Kukus Sos Nenas

Salam dan selamat tengahari suma..... dah lunch ke?..... ni lauk kak rose untuk lunch ari ni.... ari tu tengok kat rumah mat gebu, pas tu rumah hana juga di rumah ija.... uuuuihhh x boleh jadi ni.... nak juga rasa, jadi ari ni kak rose pun buat le.... x makan lagi ... tunggu abang dan anak balik semayang jumaat.... biasalah kan resepi mesti amik dari dia orang.... tima kasih pada CMG, hana dan ija kerana share resepi ni.... kak rose cnp dari rumah hana ......

Bahan-bahan
  • 4 keping bahagian peha ayam - (kak rose wat 7 ketui peha)
  • 1 batang serai, hiris halus dan cincang*
  • 1/2 biji bawang besar, didadu halus*
  • 4 biji cili padi, cincang halus*
  • 1 1/2 halia, diparut*
  • 3 ulas bawang putih, diparut*
  • 2 pelepah daun bawang, hiris halus* - hana tk blend
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
  • 1/2 biji cili merah, dadu halus
  • 1/2 biji bawang besar dadu
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1/3 camca teh gula
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan (kak rose x de - x letak)
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

Pause kejap..... abang dah balik dan nak lunch dulu ya...... Alhamdullilah, kenyang dan sedap sangat..... kak rose dan abang makan 2 ketui sorang.... pelahap ke.... tulah sedap hingga ratah je sudahnya..... tq CMG

2 comments:

  1. nampak sedap ayam kukus tu....bagus utk kesihatan nie...asik dok makan yg goreng je...

    ReplyDelete
  2. kebetulan lak, ingat esok nak stat diet.... kalau jadila....

    ReplyDelete