Wednesday, March 17, 2010
Ujian Memandu Busu
Tahniah buat busu..... hari ni at last berjaya mendapatkan lesen memandu setelah menunggu hampir 3 bulan.... maklumlah kat sini ramai sangat yang nak amik lesen jadi kena tunggu giliran.... masa belajar pun diorang tetapkan.... selalu dapat masa belajar time orang balik keja.... 5pm to 7pm.... masa tu kan jalan sibuk dengan jemnya.... masatu lah baru dapat peluang nak belajar..... tapi berkat kesabaran dan usaha akhirnya ari ni busu berjaya dapat lesen D.... dan yang untuk moto pulak ari sabtu ni baru nak stat belajar.... kesian dia.... habis exam tapi tak leh nak kemana2 kerana nak dapatkan lesen ni dulu..... nak amik awal lagi tapi umo tak cukup.... jadi at 17 n 3 months busu dah ada lesen memandu.... tahniah sekali lagi dari mama dan ayah... jangan rempit2 sudah.... ingat pesan mama ni ya....
dan kuih lapis ni buat lepas masak tengahari tadi... bolehlah wat minum petang sambil pot pet.... resepi kak rose amik dari mesra.net..... resepi yang sangat simple guna tepung gandum je.... tentu suma orang tau buatkan....pada Chik Mi ni kak rose tepek resepinyer ya....selamat mencuba.....
Bahan2
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 1/2 cawan santan
1 cawan gula pasir
secubit garam
pewarna
Cara
Satukan semua bahan kecuali pewarna, kalau nak mudah guna blender je, lepas tu tapiskan
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (lebih kurang 5 cawan batter)
Warnakan ikut pilihan dan kukus selapis2 hingga selesai
Biarkan betul2 sejuk baru potongkan dan hidang.....
No comments:
Post a Comment