Sunday, January 31, 2010
Chicken Chop
Salam hari minggu semua..... tentunya sekarang semua sedang berrehat bersama keluarga.... maklumlah hari minggu..... ari kak rose masak chicken chop untuk lunch tadi..... dah lama juga x buat chicken chop ni. dulu ada buat masa duk Langkawi lagi..... lama kan.... jadi ari ni kami anak beranak makan western style sikit lah.... tapi tetap ada nasi goreng, maklumlah tekak jawa ni mesti nak nasi juga..... western sikit je.... makan dengan fries dan coleslow.... sos lada hitam tu pun homemade punya tau.....
nak ajak makan pun dah abess.... jadi tengok je le gambo lunch kak rose ari kan.....
Saturday, January 30, 2010
Jalan jalan cuci mata
decoration di Parkson..... segala nya merah
mulanya g jenjalan tu memang nak beli phone busu..... gantikan yang lama tu....(sebenarnya masih baru juga cuma dia ni careless sangat2.... asik jatuh je dah jadi meragam le jadinya.....) Sony Ericsson Yari..... mahal nya.... bargain2 dapatlah 920.00.... tapi janji dengan mama dan ayah kena jaga elok2......
Ni pulak ayah nyer..... dah lama x beli perfume ni..... tengah ada promotion ni beli je la... promotion ke kalau harga biasa pun sama je cuma yang ini dibuat package
beli jugak kasut ni.... entah bilanya nak jogging x tau la..... harap2 dah ada kasut ni akan kuat semangat nak g jogging..... bang jangan nanti kasut tu tersimpan dalam kotak je sudahlah.....
ni je mama nyer...... kain tudung dua helai..... x sempat nak g tengok yang lain sebab kelam kabut nak balik ada gathering di rumah Ibu Sharifah kerana nak cabut undi main kutu..... dapat undi nombo 5. cabutnya kejap je tapi makan dan pot pet sampai ke malam..... buat puding roti marble bawak g rumah ibu.... habis seloyang.... sedap kot... terima kasih pada tuan resepi.... x rugi kak rose buat......
Friday, January 29, 2010
Kuih Lapis
Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
- 1 st garam
- 2 paket santan serbuk
- 1 st minyak masak
- 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
- 4 cawan air
Cara-cara
- Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
- Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
- * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Peria, lagiiiii
Thursday, January 28, 2010
Murtabak segera
Bahan-bahan ( 6 keping )
- 100 g daging cincang
- 2 biji ubi kentang
- 1 sudu setengah rempah kari
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- daun sup(kak rose bubuh batang celeri banyak2... sedap)
- minyak
- 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
- kulit popia
- 2 biji telur
Cara-cara
- mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
- ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
- goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
jom jemput semua minum teh O dengan murtabak segera nih.....
Ikan kerisi masak asam
Wednesday, January 27, 2010
Sambal ikan bilis n tempe
Salam semua..... sambal ni kak rose masak sebab teringin sangat nak makan.... actually semalam dah makan kat restoran cili padi tu... rasa tak puas lak.... jadi hari ni kak rose merajinkan diri buatlah sambal ni.... kebetulan semalam abang balik dari KK beli punyalah banyak ikan bilis dari sana.... itu belum lagi yang kawan2 kirim.... ah... kak rose boleh bukak kedai jual ikan bilis dan udang kering juga.... terima kasih ana dan din dengan segala kiriman tu....(walaupun cokelat yang kak rose kirim dari Langkawi dulu tak sampai ke tangan korang!.... hai kesian kan.....) apa nak wat tak de rezeki lah tu kan..... mari kita layan sambal ikan bilis versi kak rose nyer ni..... campur dengan tempe dan kentang goreng.....hah buat satu pinggan besar baru puas makan..... layan tekak jawaku ini.... (selepas makan banyak tempe ni harap2 nnti kulit muka akan jadi halus dan gebu macam bekas MB selangor tu he he he....)
Monday, January 25, 2010
Kek Pisang
Bahan2
1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam
cara:
Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang,kkan tepunggandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam.....
Sunday, January 24, 2010
Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)
Salam pagi Ahad semuanya.... pagi ni kak rose nak share dengan semua tentang kebaikan zikir Asmaul Husna ni..... kak rose c&p dari blog Rahayu Roslan yang mengidap penyakit cancer dan baru selesai menjalani rawatan radiotherapy.... muga ayu tabah menghadapi ujian dan akan sembuh seperti semula. izinkan kak rose copy zikir ni untuk tatapan semua pembaca..... semuga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini......terima kasih ayu.
Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)
Bismillahhirrahmaanirrahim
Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman (yang Maha Pengasih). Dengan
nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).
Al-Isra': 110
Dialah Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai asmaul husna. Thaha:8
Allah mempunyai asmaaul husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul
Husna. Al-A'raf:180
Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.
Allah:
Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 5000x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.
Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.
Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.
Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.
Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.
Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.
Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.
Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.
Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.
Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.
Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.
Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.
Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.
Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.
Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.
As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.
Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.
Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.
Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.
Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.
Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.
As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.
Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.
Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.
Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.
Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.
Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.
Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.
Note to Self: Teringat semasa di sekolah menengah kami akan membaca asmaul husna setiap kali perhimpunan pagi. Bagus sungguh amalan ini; berterimakasih sungguh kepada semua ustaz-ustazah di SMKAS, Johor.
Dahulu, semasa mengejar kareer di dunia; saya sangat suka membaca Ya Razaq sebagai amalan zikir setiap waktu terluang; hasilnya, saya sentiasa mendapat rezeki yang dengan mudah. Alhamdulillah, sasaran jualan senang di capai dan komisyen yang di terima agak lumayan juga. Saya terlalu asyik dengan dunia.
Semasa sakit hingga kini, saya lebih menumpukan kepada amalan-amalan zikir seperti; Ya Rahmaan, Ya Rahiim, Ya Dharr, Ya Nafi', Ya Salaam, Ya Hafiz serta beberapa asmaulhusna yang lain. Selain untuk mendekatkan diri kepadaNya dan memohon agar disembuhkan Allah daripada penyakit ini.
Semoga mereka yang sepenyakit dengan saya juga cuba mengamalkan zikir-zikir ini. Semoga amalan kita di terima Allah.
Saturday, January 23, 2010
Siakap Sweet Sour
Friday, January 22, 2010
Nyonya kerabu telor
BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
- Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....
Thursday, January 21, 2010
Asam pedas ayam
Bahan-bahan ( 5 orang )
- 600 g ayam
- 5 kelopak sawi jeruk (kak rose gantikan dengan bender)
- 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
- 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
- 1 cawan cili kisar
- BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
- 7 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
- 1/2 inci belacan
- 3 biji buah keras
- BAHAN2 LAIN:-
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
- Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar.
- Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
- Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Wednesday, January 20, 2010
Kung pao chicken
Lauk dinner tadi.... dah abes pun makan.... sedap tapi nampak gaya macam terlebeh kicap sudah.... kak rose tersilap letak 2 sudu besar kicap tu yang jadi itam je kung pao chicken tu.... tak macam tuan punya resepi tu buat.... cantik je kaler nya.... inilah amatur nye tukang dapur....apa pun terimakasih ya hana.... kak rose selalu amik resepi dari rumah hana.... maklumlah semua masakan nya enak banget dan gambo yang sungguh menggamit untuk kak rose mencubanya.....dan inilah hasilnya...... walaupun x cantik tapi..... rasa tetap nyam2..... hana, sekali lagi kak rose minta izin nak c&p resepinyer dan tepek kat sini ya..... resepi asal boleh tengok kat rumah hana dan sini....
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil (Kak rose guna 2 pcs whole leg n x buang tulang)
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose x letak)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Kak rose tambah potongan bawang besar yang putih tu
makan dengan nasi panas2 dan sayur ni.....Alhamdullilah.... kenyang.
Monitor baru
yes, courier man dah sampai.....hari ni kami dapat gantian monitor yang behaving strange this lately.... maunyer dia tetiba off sendirik je......one of our monitor dah beberapa hari berperangai begitu... apa lagi called DELL and asked for replacement..... semalam kita complaint dan ari ni jam 2.56pm courier man datang hantar monitor yang baru tu.... ye ye monitor baru....cepat jugak dia orang response pada kita punya sos call.... tapi dengan syarat monitor tu masih dalam warranty lagipun kita ada purchased extended warranty to make it to 5 years..... tapi yang lama tu guna belum pun ada setahun..... harap2 yang ni boleh tahan lama.....
(DELL's after sales service is very good and no question asked - replace one to one. ni promot ni.... so sapa2 yang nak beli computer bolehlah contact DELL. commission ada ke?
Kuih keria
- 500 gm keledek
- 1 cawan tepung gandum (kak rose jugak kurangkan tepung ikut cam haha wat tu)
- 1/4 cawan tepung ubi kayu
- 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
- keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
- toskan keledek dan lecek hingga lumat
- campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
- ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
- goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
- panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.
Tuesday, January 19, 2010
Peria goreng
Salam semua.... mari jamu mata dengan sayur yang kak rose masak untuk makan malam tadi..... tengahari tadi makan kat luar jadi masak ni untuk makan malam ..... masak sempoi je.... goreng peria campur dengan ayam.... x pahit pun peria tu selepas direndam dengan air garam.... buat jugak gulai daging masak lemak cili api campur kentang..... huh beselera kami makan anak beranak..... cam manalah kak rose nak kurus kan?.....
ni pulak kek lapis sarawak yang kawan abang bagi.... cantik sungguh susunan nya.... mesti teliti orang yang membuatnya kan.....dan yang penting rasanya lah kan... memang tak dinafikan sedapnyer..... terimakasih ya Syed Zainal yang sudi bagi kami rasa kek ni....
Monday, January 18, 2010
Mari minum petang
Sunday, January 17, 2010
Cucur bilis kembung
Jom semua minum petang..... kak rose buar cucur ikan bilis kembung dan minum dengan teh O panas2...... ingat tadi nak wat roti jala cicah ngan kuah kari belen tadi..... tapi tak rajin lak..... godek2 My Resipi dan jumpa resepi cucur ni..... cuba buat.... memang lembut sesangat..... (cumanya cucur kak rose tak membulat macam tuan punya resepi tu.....) dan kak rose x letak tauge n daun bawang tu sbb x de stok.... tapi masih tetap enak gitu....... resepinyer dari Sofinar di My Resipi. tq kongsi resepi dan kak rose kopipes ya kat sini .....boleh tengok resepi asal kat sini ya
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 300g tpg gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 cawan ikan bilis
- 1 labu bwg besar
- 2 pokok daun bawang
- 1 1/2 cawan air
- taugeh jika suka
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
- blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
- gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
- jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili
Lunch hari ni
sayur kegemaran kak rose.... semua taruh punya capsicum, celeri, kubis, carrot dan udang..... hmmm Alhamdullilah kenyang.
Saturday, January 16, 2010
Ila Saidin's baby
Hari ini kak rose menghadiri majlis cukur jambul baby kawan dan jiran setaman. Tahinah kepada ibu dan ayah baby iaitu Ila dan Saidin. Baby yang bertuah ini adalah anak angkat kepada pasangan ini (kita serupa.....). Baru beberapa hari saja berada dalam pangkuan. Semuga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan kebahagiaan anda berdua...... dan semuga baby Nazran akan menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada ibu dan ayah..... sekali lagi kak rose dan keluarga ucapkan tahniah pada Ila dan Saidin
Ramai yang telah pulang, tapi masih ramai lagi kawan2 yang tinggal dan berkemas hingga selesai.... dan terima kasih bebanyak Ila dengan bekalan yang dibungkus untuk kami bawa balik sebagai buah tangan.
Friday, January 15, 2010
Ubat Hypertension
Wednesday, January 13, 2010
Ayam berlada (Spicy chicken)
jom jemput makan semua.... panas2 nih.....
INGREDIENTS:
METHOD:
2. Heat up few tbsp oil & fry big onion until golden - dish up.