Bahan-bahan ( 5 orang )
- 600 g ayam
- 5 kelopak sawi jeruk (kak rose gantikan dengan bender)
- 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
- 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
- 1 cawan cili kisar
- BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
- 7 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
- 1/2 inci belacan
- 3 biji buah keras
- BAHAN2 LAIN:-
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
- Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar.
- Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
- Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
ayoyo asam pedas suka sgt mkn yg orang lain buat...sendiri nye mesti tak seddp...nak skittt( siap dah tadah pinggan dah nih)
ReplyDeletedulu sy tak tau pun yg ayam pun boleh masak asam pedas. 1st mkn kat umah abg ipar. fullamakk...terus jatuh cintan pas tu ngan resipi ni!!!
ReplyDeleteain, kak rose pun sejak suka sekodeng rumah orang tu yang tau ayam pun boleh masak asam..... sedap lak tu
ReplyDeletemokwonik, bak mai pinggan ada lagi nih...cepat2 nanti kehabisan pulak....
ReplyDelete