Bahan-bahan
- 500 gm keledek
- 1 cawan tepung gandum (kak rose jugak kurangkan tepung ikut cam haha wat tu)
- 1/4 cawan tepung ubi kayu
- 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
- keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
- toskan keledek dan lecek hingga lumat
- campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
- ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
- goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
- panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.
saya pun suka kuih keria ni!! lum pernah nak buat, main beliiii aje.hehe
ReplyDeleteni pun first time buat, saja nak mencuba... Alhamdullilah menjadi cuma x cantik je.... kena praktis selalu kot....
ReplyDelete