Sunday, March 31, 2013

Nak bebas ya?

 anak turtle yang kak rose jaga... sooo tiny masa tu, berat x sampai pun 5 grams each.  bila anak bawak balik dari rumah sewa semasa cuti semester, en hubby soh lepas kan jer. x baik mengurung binatang ni.... tp kan, how they are going to survive in the wild kalau dia cuma tahu makan apa yang kita bagi...turtle sticks tu jer. bagi kangkung pun x reti nak makan....

turtle sticks yang x terhabiskan.... bila seekor dah mati, yang tinggal pun dah x lalu nak makan gamaknya!

 dijaga dan diberi makan hingga dah besar sket,  dekat 20gms dah sekarang.... tp this lately macam x nak makan jer... sebelum tu kalau bagi banyak sticks pun habis sekejap jer, la ni bagi 5 ketui pun x abes... pas tu cuba bagi kangkung pun x dimakannya.... agaknya marah sbb terbiar masa kak rose jaga busu kat sepital. bila balik tu semacam x nak makan jer.. tau merajuk ker dia?

 tengok pagi ni, sticks dan kangkung tu sikit pun x terusik... asik duk panjangkan2 leher masa kak rose tengok dia... so pagi ni amik keputusan cuba lepaskan depan rumah jer after jaga dia for 2 and a half month.... bila dapat keluar dari bekas tu bukan main laju dia berjalan nak larikan diri.... kalau lumba dengan arnab boleh menang gamaknya!

bolehkah dia survive out there? tau ker nak cari makan....harap2 sikecik ni bolehlah survive in the wild as his siblings does..en hubby kata, kalau dalam hutan tu ade ker orang nak ajar dia cari makan? eikk?

Friday, March 29, 2013

Projek petang semalam...

 salam semua.... perojek keras tangan petang semalam.... dah lama nak buat menda ni tp asik tertangguh2 jer.... sbbnya adalah kerana vit m tu banyak menguasai diri, tu yg asik x jadi jer.... kulit popia yang bli pun dah jadi keras kejung dalam freezer. bila ada sedikit rajin semalam kak rose pun mulakan projek ni.... dapat separuh bungkus kulit popia yg kecik tu pun dah surrender. camner la derang boleh buat menda kecik2 ni sampai boleh buat berjualan kan.... atau kak rose yg mmg x rajin aka malas sangat?

 serunding yang dah lama tersedia, dah makan dengan pulut serunding dan jugak buat cucur badak yang x macam badak! dan selebihnya buat popia kecik2 ni la.... serunding udang kering kak rose guna resepi ni, dari CMG. bila pulak entahnya nak rajin menyambung menggulung menda ni, kulit popia ada separuh paket lagi tu...

dapat satu tipuware penuh, tp x goreng lagi.... nak goreng pun malas gak nih? agaknya kalau bake dalam oben ok x? less minyak sikit kan.... nnti kak rose nak try masuk oben jer. kena cuba trial n error la kan. x cuba x tau pulak!

Update: idok le kak rose rajin nak membakar dalam oben.... goreng jer dalam koli, senang citer kan....

 
  dapat satu balang, sekali goreng n krup krap krup krap, habis  at one go!

5 hari berkampung di sdmc

 entry untuk kenangan dikemudian hari..... sambungan citer busu warded kat sdmc sbb jatuh mountain bike pada hari sabtu lepas... dan kini hampir seminggu selepas kejadian, nak jugak mamanya buat catatan kat sini...so nanti2 akan tahu betapa sakitnya kalau terjadi menda camni lagi.... Ya Allah, mintak dijauhkan segala kesakitan dan musibah yang macam ini. Amin...

 

warded pada hari sabtu petang, untuk observation dan kebetulan pulak hari sabtu, doktor pakar tulang pun x de... so tunggu hari isnin baru boleh jalani pembedahan. no eating n drinking -+8 hours prior to operation... so malam kul 12 dah x leh nak makan nor minum. by seven nurse dah siapkan untuk procedure tu... duk dak duk dak hati.... mama pulak yang terlebih risau!

 
on the way to operation theatre. masa ni baru nak keluar dari wad n terus ke ot kat new building... gelisah nya mama Allah je yang tau! ayah tenang jer, dan banyak bagi mama bertenang jugak...


 after almost two hours, done n ditolak balik ke wad.... melalui jejantas ni lagi untuk kewad dibangunan lama... awake but masih drowsy.... air mata mama jugak yg jatuh, banyak!

 
 masa ni almost 2.30pm... masih drowsy n x leh nak makan lagi....about 3pm cam tu, nurse datang n soh bagi air masak sket2 dulu, kalau x muntah pas tu baru lah derang akan reheat busu nyer lunch.... masih kena tunggu lagi...biar betul2 hilang drowsy tu...lepas makan late lunch tu ok jer, tp lepas amik dinner, throw-up everything....muntah belilah.... nasib baik nurse suma baik2, bila kita ring the emergency bell, cepat2 derang datang n kemaskan... siap bagi extra gaun n towel mandi.

 kebersihan diutamakan.... mesin ni ada disetiap bilik...

 dinner hari ke empat di sepital.... masa ni dah melantak segala menda...lapo saje!

lepas dinner, sempat berposing dengan gaun sepital yang cantik....

 sbb susah nak tukar baju, dengan gaun sepital ni jugak g  bli 1901.... bahu jer sakit tp mulut x katanya!


last day kat sepital, nak balik dah masa ni.... kena buat dressing dulu... barulah dapat tengok tempat potong tu... +- six inches panjang....dan tampal dengan plaster yg baru. nasib baik ada yg water proof nyer plaster, kalau tidak camner nak mandi kan..

gelang yang mahal.... 12k++,  nurse lupa nak potong masa nak discharge. masa ni dah ada kat kaunter bayaran...

 terpaksalah panggil nurse datang ke pejabat pembayaran untuk keluarkan needle n potong gelang mahal tu!


 and the blade yang dipasang untuk rectify the fracture collarbone tu... boleh keluarkan after 2 years?


last sekali, the bill. nasib baik ada insurance coverage, yang six hundred something tu ialah bill untuk brain scan, in case ada cedera sbb masa jatuh tu busu pengsan.. Syukur Alhamdullilah sangat2, everything ok jer. many thanks to Dr Muthu untuk tulang, Dr Kumar untuk brain dan nurse yang baik2 semuanya....

Wednesday, March 27, 2013

WW: busu's collarbone


the fracture


after the operation

Monday, March 25, 2013

Coconut scones

 sempat lagi buat kuih ni petang semalam.... tengahari balik dari sdmc amik busu untuk berehat dirumah sebelum buat op pagi ni...since kat sepital cuma kena observation je jadi kami minta la balik, at least kat rumah lgi selesa kan... yg penting tenet sangat convenience banding kalau kat sana cam siput vavi jer!  tp malam kena g pulak before 12 mesti ada di sepital n kena fasting jugak... preparation for the surgery pagi ni.... doakan busu selamat ya....

 len kali kena kurangkan sket isi dalam acuan tu, baru nampak comei n x tebal sangat

 jumpa resepi simple ni kat blog Along Roz, simple n nice, tp a bit manis for my tekak walaupun dah kurangkan gula. mekasih Along share resepinya ya. mintak izin nak kongsikan kat sini lak.. kalau nak tengok kejadian yg comei2 sila lah g rumah Along Roz tu ya...

Makes about 10 pieces
INGREDIENTS:
150g Glutinous Flour
300g Grated Coconut
150g Sugar (I'll reduce this if I make it again next time) (kak rose guna 120gm pun masih manis- so terpulang pada masing2 la ya)
1tsp Vanilla Essence
1 Egg
1/2 tsp Salt
100ml Coconut Cream


 first batch - bila tebal nampak cam kureeng  je kan....

 METHOD:
1. Mix all ingredients.
 2. Pour a big scoop onto non-stick griddle/pan (can also oil it a bit too).
(I used egg rings to ensure even size n nice round shape)
Flip frequently until cooked.
 
 next batch yg x tebal.... comei dimata kak rose ler!

dah selamat dah.... makan dengan nescafe o tanpa gula. heaven!

n this a schedule entry.... masa ni kak rose kat SDMC, tunggu busu kat OT. harap semuanya will be fine, In shaa Allah

Sunday, March 24, 2013

Grilled salmon

 menu yang dah abes pun nak gak tayang kat sini kan....dan selagi x abes ikan ni nnti akan ada lagi tayangan yang berulang2.... x kisah la kan, asal x cilok gamba orang lain. sendiri masak sendiri tayang! he he he. rasanyan x berani nak cuba ikan dengan resepi yang lain.... ada ari tu nampak salmon ni dibuat gulai, apa pun pilihan memasing la kan. dan kak rose rasa sangat sesuai dengan resepi dari E-Na ni. simple n nice. kak rose kongsikan lagi sekali kat sini ya...

GRILLED SALMON
Bahan-bahannya :

  • Ikan Salmon'
  • air asam jawa
  • Serbuk Lada Hitam
  • garam
  • Oregano, basil, parsley (kak rose guna dried oregano jer..)
  • Sedikit butter.
  gandingkan dengan salad cacamarba.... salad, tomato n tolo rebusn cicah sos cili n mayonis
 
Cara Membuatnya :
  1. Ikan Salmon di cuci dengan air asam jawa. Kemudian bilas bersih dan toskan.
  2. Perap ikan selama lebih kurang 1 jam dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs ( salah satu atau campur semua pun ok juga).
  3. Sapukan sedikit butter di atas ikan sebelum di bakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 220 degree (bergantung pada jenis oven masing masing) selama 25 minit atau sehingga masak. (kak rose bakar atas non-stick koli jer!)

Saturday, March 23, 2013

Kerana ber mountain biking.....

 alahai anak mama.... bermalam di sepital la jawapnya. seharian sebelumnya mama called n smses x berjawap langsung. message di fb hanya direply bila mama dah diulit mimpi, sehingga lepas subuh baru mama dapat hubunginya.... itu pun dapat cakap kejap jer sbb katanya "ma, I got to go" so mama pun kata ok je la n pesanan yang telah beribu ribu ribu kali mama sebut.... be careful. pagi tadi ada program "Melaka Fun Ride" . x pernah g pun dengan mountain bike segala, tp nak cuba jugak.... dan akhirnya dengan jalan licin dan menuruni bukit, diri n basikal terbang ke gaung!

10.30am dapat called dari kawannya, busu dah ade kat sepital, mama punya lah gabra dibuatnya... terus bersiap g ke Melaka dan perjalanan pun jadi lah tersangat lama rasanya.... jem dari Nilai hingga lah lepas seremban junction. dan bila sampai di melaka katanya dia dah discharge dari sepital... so terus tuju ke rumah sewanya...

sampai kat rumah sewanya cepat2 berkemas dan bawa busu balik dan terus ke SDMC, buat 2nd option rawatan sbb masa kat hospital melaka tu cuma x-ray n terus discharge walaupun ada fracture kat collarbone tu...bahu mmg x leh nak gerak

 sdmc, lepas admmision, sesi jumpa doctor pulak, tp pakar x de hari ni sbb saturday... besok baru orthopedist datang...

 walaupun kesakitan tp masih boleh senyum lagi tu..... doktor ni kata x de treatment, dia akan baik sendiri. cuma kena rehat banyak2..... camner la nak drive bagai kan?

 kena buat ct scan sbb masa jatuh tu busu black out.... nasib baik the result x menunjukkan apa2 yg abnormal. Syukur Alhamdullilah sangat2.

 pas tu kena x-ray lagi sekali kat sini, barulah mama dapat tengok keadaan collarbone yg patah tu camner. seriau dibuatnya.... patutla sakit sangat masa nak gerak kan tangan....

camni lah keadaan collarbone busu tadi... tp ni gamba yg kak rose amik dari cik google.  semuga anak mama cepat sembuh ya... minggu depan ada exam, satu paper. harap2 masa tu dah ok la ya.

Apam beras.... lagiiiii

 apam beras lagi dan lagi dan lagi..... buat untuk minum petang dulu semalam lagi. kalau ada nasi berlebih jer mesti teringat apam ni. dan kebetulan pulak yeast yang kak rose bli buat apam kentang ari tu mmg ada lagi, takut kalau biar lama nnti dia dah x aktifkan, so buat lah apam beras ni... banyak kali buat dah tapi nak jugak tepek kat sini. kali ni kak rose buat mmg kurangkan gula dan makan dengan serunding kelapa. tapi lupa lak nak amik gambo tengah mencicah tu!

 kak rose masih guna resepi yang sama dari cha@myr, mekasih ya dan kak rose kongsikan sekali lagi ya...

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam (kak rose makan cicah serunding. ada bran?)
Cara-cara
  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Friday, March 22, 2013

Tumis labu air

 sayur tumis labu air yang kak rose buat tengahari semalam.... meratah ni jer sbb malas nak masak nasik dan  nak kurangkan makan nasik sebenarnya..... tapi kalau ada nasi mmg makan x hengat punya, so lebaik baik malas masal, so x de la nasi nak di lanyak kan.... tapi mengirup sayur ni sampai 2 mangkuk, x pe kan... sendiri mau ingat la!

resepi mudah ni kak rose kongsikan kat sini sekali lagi... resepi asal dari kak besah. mekasih ya
Bahan-bahan
  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot yg dipotong munger2....)

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

Thursday, March 21, 2013

Kung pao chicken

 kung pao ya bukan kung fu taw! ha ha ha saja jer nak buat lawak pulak.... menu untuk tengahari semalam tp x de sapa nak makan sbb kak rose cuma meratah pecal tu jer. masak nasi sbb ada anak jiran yang temankan kak rose sementara hubby out station. takut oooo nak tinggal sorang2... apa lah kak rose ni kan. so nasi dan lauk yang x terusik tu jadi bekal dia g sekolah pagi ni...untuk bekpes kak rose buatkan dia sandwich telo + nescafe. gigih pepagi buat sandwich bagai.... kena lah jaga anak orang kan.... ishhhh!!! merapu meraban sudah kak rose ni, nak citer pasal kung pao ciken ni jer asalnya!

resepi ayam ni kak rose dah banyak kali buat, tp nak jugak tepek kat sini sekali lagi... memula dulu amik kat blog hana dan ada jugak kak rose buat kat sini...

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis (kak rose buh sedikit kicap pekat)
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah capsicum hijau)
Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, March 20, 2013

Jom meratah....

 lama dah teringin nak makan pecal cenggini.... so hari ahad lepas gigihlah g ke pasar tani kat stadium semata nak cari kuah pecal ni... (nampak sangat bohong nya kan, bila nak balik x sedar lak tangan penuh kiri kanan dengan makanan!) yg homemade, tumbuk kacang guna lesung ya bukan blend, mmg ada jual tp cenonet plastik kecik tu dengan harga lima hengget... ok la nak makan punya pasal bli je la, tp kan bila dah gaul dengan sayur2 tu rasanya so so jer.... x menepati tekak ni....adoyaii la!!!! nampaknya nak kena buat sendiri jugak, boleh ejas ikut tekak sendiri kan. itu pun kalau rajin ler! entah bila nak datang vit r tu kan...

lunch tadi meratah jer pecal ni.... pesan doctor, elok makan sayur banyak2.... tp kan, dengan kuah pecal bagai..... ada kah memenuhi kretaria untuk sayur2an yg baik untuk kesihatan? entah ler labuuuuuu!!!!


WW: water heater

amacam? ada brani ka nak wat cam ni kat rumah?
(gamba dari cik google)

Tuesday, March 19, 2013

Nanotron - Therapy percuma!

 pagi ni lepas kak rose punya rutin briskwalk, kawan ajak g ke sini... Pusat Terapi Nanotron... mula2 tu teragak2 jugak nak pegi sbb katanya percuma... macam x caya je kan, ade terapi yang diberikan secara percuma, tp ikut jugaklah, nak tau camner sebenarnya.... pusat dibuka pada jam 10.45 tp masa kak rose sampai jam 10.30 orang ramai dah berbaris ditangga dari first sampai kat ground floor...

 Dr. Mohd Rashid Mohd Idris tengah bagi talk while we duduk atas kosi terapi  tu

 agaknya sbb percuma ramai yang ambil peluang nak rasa terapi ni kan, so kak rose pun join sekali lah. ada sebanyak 80 set kerusi terapi macam kat gamba atas ni disediakan... nasib baik kak rose dapat duduk, malah ramai yang datang terpaksa balik sbb x dapat kerusi. so kiranya first come first serve basis... lambat kalu x dapat ler nak berterapi.... mmg berpeluh2 duduk kat kosi dia ni, dan sambil tu ada jugak health talk dari Dr Mohd Rashid Mohd Idris. kiranya sangat berbaloi masa kak rose pagi ni...kawan2 kalau nak cuba boleh lah datang ke Sek 19 shah alam. tp syaratnya.... you must be 30 n above baru boleh join the free therapy ni. hari ni first time kak rose g, so x dapatlah nak cerita ttg kesannya, nnti kalau dah ada in shaa Allah akan kak rose kongsikan kat sini.


 gambar dari sini.... keadaan dalam pust terapi..

cam ni ler kosi terapi panas tu.... mmg berpeluh2, dan yang nampak depa dok pegang tu ialah seakan acupuncture..., tp kak rose x cuba lagi... kalau dengar talk tadi mmg sangat bagus untuk sapa2 yang ada sakit gout atau sakit2 sendi....

sebelum g tadi cek dulu bp.... dan toast dengan strawberry jam yang tinggal piring jer!