Saturday, December 31, 2011
Welcome 2012
Goodbye 2011 dan welcome 2012
Karipap roti
mekasih ya Ros Sinaran Menu, bagi idea camner nak selamatkan roti yg nak tamat riwayatnya ni.... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak cara2 nak buat karipap ni.... tp inti tu masing2 lah ya nak isi apa.... kalau nak inti macam Ros tu leh tengok kat Sinaran Menu ya
cara membuat karipap:
1. gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat menggunakan cawan/mangkuk
2. letak sesudu inti dan cantum kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya. lepas tu gunakan garf kecil untuk menekan tepi karipap.
3. susun karipap atas dulang dan sapu telor hingga rata (pastikan tidak banyak telor meleleh dibawah karipap sbb takut melekat pada dulang.
4. bakar karipap roti dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 15 minits atau hingga perang.
Note: karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar. balikkan dan sapu telor pada bahagian yg belum disapu telor tadi dan masukkan semula kedalam oven.
cara kak rose yg derhaka: sebelah bawah karipap kak rose sapu butter dan sebelah atas sapu dengan kuning telor dan tabur sedikit serbuk lada hitam. so x yah tebalikkan ---->>> leh concentrate main angry bird!
Kerepek arrowhead
Asalamualaikum dan selamat tengahari... selamat berhujung minggu yang panjang jugak.... ramai yang berehat2 untuk menghabiskan cuti tahunan sempena penghujung tahun ni kan... selalunya hujung tahun cam ni kita mula mengenang kembali apa yang kita lakukan sepanjang tahun... apa yang kita dah capai dan juga impian yang masih beyond reach..... dan berharap agar tahun baru yang bakal mendatang akan lebih berjaya buat kita semua.... Insyaallah, kalau ada usaha tiada apa yg impossible kan...
dalam berhujung minggu ni apa kata kita sediakan snack yang sangat sedap ni.... arrowhead chips yang datang setahun sekali je.... kaum cina yang nak raya kak rose pun sibuk jugak nak tumpang sekaki.... mmg arrowhead ni cuma ada menjelang raya cina jer, jadi mari kita mencuba buat sendiri kerepek yang sangat sedap nih! buat cemilan bil main game atau pun tengok tb. dulu masa kerja dan ramai kawan2 cina, mmg derang ada jual kerepek ni.... suka sangat sbb kesedapannya tp mmg mahal nak mampos!
semalam g jenjalan kat carrefour nampaklah satu nyonya tengah memilih menda nih, teringin lak nak menerai.... risik2 dengan nyonya tu camner nak wat..... dia kata terus shred masuk dalam minyak panas... x brani lah nak ikut cara dia tu, mau tergoreng tangan keras kak rose nih! balik rumah terus tanya cik google, rupanya sama cam nak buat kerepek biasa tu jugak ler.... baru ku tahu itew!
resepi dari Myr oleh azwalissa. mekasih ya share resepi snek yg sedap nih dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini ya....
Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )
- 1 kg Ubi Arrowhead
- Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)
Cara-cara
- Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
- Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
- Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
Friday, December 30, 2011
Ayam masak paprik
ayam paprik ni masak untuk lunch tadi, makan dengan udang goreng celup tepung dan nasik panas2... mmg laju je. tp kan orang macam kak rose ni, apa pun laju je masuk molot...tu pasal badan pun molat2 je! resepinya dari mutiarazura dari Myr, mekasih ya dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak....dulu pernah buat gak kat sini.
Bahan-bahan ( 5 org )
- 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
- Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- 1 ulas bawang besar - dipotong baji
- 1/2 inci halia - diketuk
- 1 batang serai - diketuk
- 6 ulas cili padi - diketuk
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
- 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
- Garam secukup rasa (jika perlu)
- 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- Satu cawan air (jika suka berkuah)
Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
- Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
- Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
- Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
- Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
- NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!
Thursday, December 29, 2011
Kuih keria keledek
resepinya kak rose cnp dari rumah Ummi, mekasih ya dan izinkan kak rose nak kong kat sini lak......
KUIH KERIA KELEDEK
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome
Bahan:- (anggaran 8 - 10 biji)
- 300 gm keledek - dikupas dan direbus lembut.
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- air secukupnya untuk merebus keledek
- 2 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar air
- (kak rose x buat ni... guna gula kastor jer)
- Potong kasar sikit keledek tadi, dan rebus hingga lembut. Toskan.
- Lecek keledek sekaligus dengan gula pasir hingga hancur dan halus.
- Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh dan boleh dibentuk.
- Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya atau boleh jugak digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Untuk sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbih-buih jernih dan kering sikit, masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul hingga gula bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.
Jom menambah lemak!
menjelang tahun baru dengan azam baru nak kurangkan makan2 lah kononnya.... tp kan sapa lak nak makan cekelat yang banyak2 ni? alasan apakah? cokelat ubat untuk menternak lemak yang telah sedia ada dengan banyaknya.... exercises malas lak tu! haizzzzz!!!
Wednesday, December 28, 2011
Officially UniFi subscriber
memula panjat tiang phone ni yg betul2 terletak kat paras bumbung dapur kak rose je....nampak macam banyak sangat keja yg nak kena buat untuk pemasangan ni, tp nasib baik kotak fiber optik distribution tu betul2 ditiang tepon diblakang rumah jadi x jauh la dia kena tarik wayer tu dan terus sambung kerumah...tp pas tu kena tebuk dinding untuk nak lalukan wayer tu ke set top box dan modem...
tengah mendrill kan dinding yang sangat keras.... ada orang tu volunteer je nak tolong pegangkan vacuum sedut abok... biar cepat siap katanya. x sabo dah ni......
lama jugak dia nak buat installation ni.... dari jam 1.30 sampai dah hampir pukul 5 baru siap semuanya... ya lah 4 lubang nak kena drill, pas tu tarik wayer segala pas tu set-up the installation.... modem baru pun mula beroperasi...
first2 mesti la tengok you tube... ada sangkut2 x... dan yang pasti tengok kelajuan download tu... masa guna streamyx siput tu x penah dapat selaju ni... jakun la pulak! ya lah streamyx tu cuma dengan kelajuan 1Mbps compare to UniFi ni 5MBps ... mmg la laju dan fees pun mmg lah berbeza.... yg penting sekarang bye bye streamyx siput tu.... cuma harap2 dengan UniFi yang masih baru ni x de la kejadian lembab macam siput lagi.... dan yang pasti akan banyak lagi menda2 yang nak di download! maklumlah laju jer...
selamat jalan dan bye bye to streamyx modem ni.... wpun banyak jasanya tp ttp bye bye ya...
dan buat apam beras ni untuk jamu si tukang pasang tadi....
tak datang2....
ataupun Streamyx dan astro ni masih kena continue lagi ker?
sarapan pagi tadi.... cekodok kentang cicah ngan sambal kicap jawa bersama satu mug nescafe. nampak gaya nak kena sambung makan sarapan ni sambil letih menunggu!
Tuesday, December 27, 2011
He is 19 today.
Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... hari yang sangat bermakna buat kami sekeluarga terutama buat anak yang menyambut harijadi yg ke 19... walaupun tidak mengadakan sambutan cukuplah dengan doa dari mama dan ayah agar busu sentiasa diberikan Rahmat didalam lindunganNya.....diberikan ketenangan hati dan akal yang terang dalam menghadapi semua yang mendatang. dan harapan mama n ayah agar menjadi seorang anak yang soleh dan berjasa pada orang tua. Insyaallah.
and he is now....di UTeM Melaka. Happy 19th birthday to Busu.... it is not just a year older but a year better. May Allah shower you with many blessing on this special day and in a years to come. Insyaallah
Monday, December 26, 2011
Makan2 lagi....
salam dan selamat bercuti2 lagi.... hujung minggu yang panjang ni membuat merata jalan sangat jem... semalam anak yg balik ke Melaka pun terperangkap dalam kesesakan di persimpangan Air Keroh... jem yang amat2 katanya... ramai sangat yg berholiday ke Melaka gamaknya! buat kak rose lak x de g mana2 kerana hari ni kak rose masak dan makan2 untuk jamuan perpisahan jiran sebelah rumah yang akan berpindah ke Penang... seharian berkemas loading barang dalam kontena, walaupun ada forwarding company yg buat semua, tp tuan rumah juga sibuk berkemas mana yg patut kan...sebagai jiran kak rose masak lah untuk jamu derang masa lunch td.... masak sempoi2 jer...
lauk untuk lunch tadi.... ada jugak ayam goreng saja untuk anak kecik yg x makan pedas dan juga ikan kurau masin untuk ibu. dessert pulak kak rose buat sagu gula melaka dan buah2an.... harap Sal dan keluarga kenyang dengan hidangan sempoi tadi dan selamat jalan.... semuga jumpa lagi di Penang nnti ya.
Sunday, December 25, 2011
Pratha sardin gulung
Ros, kak rose cnp resepinya n tepek kat sini lak ya... mekasih bebanyak dan selamat bercuti2... tp kak rose mintak maaf banyak2 sbb dah menderhaka kepada resepi ni.... instead of frying kak rose bako je dalam oben... kurang sikit lemak dalam badan! x pe kan ros?
* 3 keping pratha dipotong 2 ( jenama kawan)
* 1 keping ikan sardin
* Sedikit potongan bawang besar (boleh masukkan cili jika suka)
* sedikit garam dan lada sulah
* Minyak masak untuk deep fry (kak rose bake 190deg for 30 mts)
* (kak rose perahkan sebiji asam limau kasturi)
Cara membuatnya.
1- Hancurkan sardin.Masukan bawang ,garam dan lada sulah.gaul rata(boleh juga ditumis sekejap jika suka).
2-Potong setiap prata kepada 2 bahagian. Letakkan sardin pada bahagian yang dipotong dan gulung kemas roti pratha.Tutup kedua-dua hujung setiap pratha.
3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng pratha dengan api perlahan hingga garing.Hidang bersama coffee masa panas-panas.u...la...la.... sedap.
ni bekpes busu sebelum memulakan perjalanan balik ke Melaka.... nak sangat makan beger mama buat, wpun x cukup bahan - timun n tomato x dak - cuma kak rose tambahkan coleslaw untuk letak dalam beger tu.
Saturday, December 24, 2011
Ayam goreng berempah cajun
AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi)
1 sudu besar air
garam
minyak
Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Hidangkan panas2.
pada yang bertanya apa itu cajun, ni kak rose tepek gambarnya ihsan dari pakcik google. banyak brand ada dipasaran... pilih je mana satu berkenan dihati... kak rose guna yg hijau tu.
Chocolate chips famous amos cookies
resepi kak rose pernah buat dulu kat sini yang awalnya dari mrnamie.com, Naz COSK jugak Tun Telani... terima kasih semua kerana share resepi yg jd secret selama ni... bye bye la kiosk famous amos cookies yg reganya sangat mencekik darah tu.... kita wat sendirik je..... sangat lah jimatnya dengan satu adunan ni dapat anggaran 100 biji. puas makan! meh kak rose tepek sekali lagi resepinya kat sini ya....
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp (kak rose pun)
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin (kak rose x letak - guna buttercup)
- 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok
- 150 gm gula kastor
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
- (kak rose 50gm gajus + 50gm badam cincang)
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Thursday, December 22, 2011
Puff kingkong lagi....
resepi nya kak rose cnp dari rumah CMG dan kak rose penah tepek kat sini dulu.... tp kali ni kak rose guna isi ayam instead of burger tu. sedap! meh kak rose tepek lagi sekali ya...
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose guna isi ayam didadu...)
1/2 camca besar cili kisar (kak rose guna cili flake + lada sulah)
1/2 camca besar tomato puree (x letak)
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
- Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
- Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..
Wednesday, December 21, 2011
New look for the ringgit
ringgit malaysia akan mempunyai wajah baru bermula dari pertengahan tahun depan dan note rm20 akan kembali berada dipasaran.... baca cerita lanjut yg kak rose copy dari the star..
KUALA LUMPUR: The Ringgit will be sporting a new and exciting look, with the RM20 note making a comeback.
The new banknotes, except for the RM50 note which has been in circulation since 2007, will be in the market beginning mid next year.
The fourth series of the RM50 note was issued in commemoration with Malaysia's 50th Merdeka Day celebration.
The complete new Malaysian currency series - which also include the RM1, RM5, RM10, RM20 and RM100 banknotes - was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Wednesday.
On the observe side, all the banknote denomination in the new series retain the potrait of the first Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, the bunga raya and patterns of the traditional woven fabric - the songket.
The reverse side of each note features different elements of nature, tradition, culture, flora, fauna and the economy that are distinctively Malaysian.
harap2 dengan wajah baru yang cantik ni x de lah depreciation, malah akan setanding nilainya dengan matawang utama dunia.
Satu dah settle....
dah selesai buat bayaran tu.... luangkan masa ronda2 kl, cuci2 mata tengok gelagat orang ramai bershopping bagai x hengat! agaknya baru dapat bonus kot.... jadi bawak anak2 g sopping peralatan sekolah.... terutama kat section "back to school" - meriah dengan anak2. seronok tengok! tp tawaran jualan murah menjelang krismas ni mengalahkan kat obesi yg sambut hari natal dengan decoration yg cantik2.... terutama kat "fragrance & cosmetic section" nnti nak ga dapatkan satu.... tp betul ke jualan murah? entahle!
panggung coliseum yg gah satu masa dulu... kini cuma jadi tempat tayang filem2 tamil..... kalau x silap la.... tp nampak sunyi sepi je kan, mungkin sbb weekday kot.
sampai at this far derang nak promosikan product kan..... gah sangat promosinya, tp t&c kat bawah tu sangat kecik tulisannya... agak2 ramai x yg terkeliru dengan pengiklanan yg cenggini?
masa melintas jalan TAR tu nampak lak farah fauzana ni tengah menjalani pengambaran, x tau untuk apa tp lebih ramai photograper dari luar yg amik gambo dia termasuk la kak rose ni.... nampak dia pun ok, mau jugak dia layan budak n mak budak ni nak bergamba sama! gud luck to u fara!
Tuesday, December 20, 2011
Panas tinger dipagi hari!
so, terus tepon DBKL, tanya tunggakkan dan tukar alamat sekali, x de masaalah, boleh tukar alamat through the phone jer tapi MPSJ tu..... naik darah dibuatnya! dah la semua tepon mesin je yg cakap, bila dapat cakap dengan operator katanya sambung kan to the right person.... tp tut tut tut jer.... pas tu line terus cut-off. 4 kali call dan bila dah dapat cakap operator tu, memula sekali cakap dengan dia please jgn lah cut off the line dengan suara dah tinggi barulah dapat cakap dengan the right person.... tp yg jawap tu pun macam nak x nak jer - boleh bayangkan mesti moncong panjang nak layan orang macam kak rose ni kan....sampailah kak rose tanya - sakit ker, macam x larat jer? barulah ok sket sora dia.... so bila kita dah naik darah dengan suara tinggi kenapa boleh je tukar alamat through the phone jer... x boleh ker make the transaction as simple as possible kan, kenapa nak tulis surat bagai.... zaman info dihujung jari tp derang nak guna surat n snail mail lagik?
ya lah segala macam cukai nak kena bayar, tp bila kita nak mintak bill pun x nak layan... so kepada adik2 yg bertugas di front desk atau pun yg kejanya kena deal dengan orang ramai ni agaknya patutlah g kursus etiquette camner nak jawap tepon atau berdepan dengan public... x rugi kan kalau kita ada courtesy cenggini!
enough rambling, nak g bayar bil2 tertunggak ni pulak.... adoyaiiii!!! ada big hole in our pocket! ni la padahnya kalau berpindah n x tukar alamat surat menyurat... kawan2 jangan tiru macam kak rose ya... nnti sendiri yg susah!
Monday, December 19, 2011
Roti jala kuah durian
ROTI JALA by Ummi
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna merah )
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.
sedapnya pekena roti jala cicah kuah durian bersama secawan teh o panas2 dikala hari mendung dan hujan seharian ni....