Monday, December 19, 2011

Roti jala kuah durian

buat roti jale kaler maler lagi, tapi kuah tu kak rose x buat. ni pun sebab ada kuah durian kawan bagi, so kak rose buatlah roti jala.... mekasih Ana. untungkan, since kuah dah ada orang kasi, tinggal nak menjala saja... so kenalah rajin2 kan diri. tengahari tadi pas lunch teruskan dengan projek menjala ni..... resepi masih guna yg amik dari rumah Ummi tu, mekasih ya cumanya kak rose ni tuko2 kaler.... ikut ati je apa kaler nak taruk kan...

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna merah )

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

sedapnya pekena roti jala cicah kuah durian bersama secawan teh o panas2 dikala hari mendung dan hujan seharian ni....

16 comments:

  1. Salam Kak Rose.. rindu lah lama tak BW disini.
    Hissh kaler maler roti jala kak rose siap ngan kuah derian!!!
    Kat sana hujan tak? Kat spore dari semalam hujan tak berhenti sampai skrg!

    ReplyDelete
  2. cantik k rose.. BW time hujan2 sejuk ni bertambah2 la lapo nya..

    ReplyDelete
  3. waduh cantiknya tgk colour roti jala kak Rose ni...best tu layan ngan kuah durian...lapo lak tgk ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Mama Hawa, dah ada kuah derian tu yg rajin nak menjala... mendung aje tp lebat gak!

    ReplyDelete
  5. dZana, sejuk2 hujan ni sedap layan roti jala ngan teh panas2... kenyang sampai dinner.

    ReplyDelete
  6. Nieza, ni la untungnya ada ramai sifu masak2...bermacam menda kita boleh blaja kan...

    ReplyDelete
  7. Cuba kak rose tunjuk macam man a dapat rmerah putih tu bersilang?
    Setakat perkataan tebar tu macam saya Yang tak reti tu memang take boleh buat.

    ReplyDelete
  8. Habshah, kak rose dah bagi link... cubalah tengok kat sana ya. hope it will help.

    ReplyDelete
  9. Ros, yg penting kuah durian tu sangatlah sedap makan dengan roti jala nih! kalau free bolah la cuba nnti ya.

    ReplyDelete
  10. salam kak rose....cantiknya kaler roti jala tu, sayang pulak nk mkn...hihihihi

    ReplyDelete
  11. bila tengok warna pink...rasa macam manis je roti jala ni...sweet sangat colour dia

    ReplyDelete
  12. liza, x de mana nak sayang... dah abes dah!

    ReplyDelete
  13. kasih, mmg sweet bila makan dengan kuah durian tu..

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum kak Rosetta.
    Mak aiiii.. Cantiknya roti jala.. Macam dianyam pulak bila tgk..

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam Naz. aik? bila pulak nama kak rose jg glamer gitu?

    kalau tengok sifu2 yg buat tu lagi la cantikkkkk!

    ReplyDelete