Monday, November 29, 2010

Jalan2 ke Sungai Buluh

jalan2 ke sungai buluh, actually ke Yamaha showroom n service center untuk claim moto yang dah 2 minggu x baik2 tu.... bila sampai kat situ katanya moto tu no problem at all.... cuma dia behave a bit strange bila pandu pada kelajuan >120km/hrs....since it's still under warranty might as well let them check kan....dah 2 minggu baru kata x de problem..... entahlah!
balik dari situ tengok nursery disepanjang kiri kanan jalan.... sungguhlah nak singgah. tengok2 je pokok bunga yang cantik2 tu, tp x de lak bunganya.... so ada gambo pokok2 je la. yang dibeli.... cuma 10 bag tanah hitam je, nak bekebun kat rumah lak! rajin ke idak agaknya?

pokok bunga apa ya?

periuk kera. ada kera masak guna periuk ni ke?

another version of periuk kera.

bonsai kemboja.... pink

merah pulak

colourful crafted cactus.... cantik kan!

kaktus bulat2

ada munge kat atas tu....

pokok ati2 merah

ni pokok bunga tak tau!

pokok ati2 multicolor

pokok munge hijau yg cantik....

Sunday, November 28, 2010

Onde onde inti kelapa

buat kuih ni petang tadi....untuk minum petang cum dinner sekali.... dah tak payah nak masak yg lain lagi.... makan kuih ni sampai kenyang! senang keja kan.... masa browsing Myr tadi terpandang kuih ni... selalu buat kan guna gula melaka yang cair dalamnya, ni ada kelainan sbb guna inti kelapa. cuma kak rose buat inti macam biasa yang kita buat tu, instead of ikut cara yg resepi ni buat..... derhaka sikit untuk kesenangan x pe kan? .

resepinya kak rose amik kat Myr lagi oleh HaSue.... terimakasih daun keladi, nnti ada resepi sedap2 kak rose copy lagi, dan tepek kat sini untuk rujukan dikemudian hari......

Bahan-bahan ( 15 Biji (bergantung pada saiz) )
  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • UNTUK DOH:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. SEDIAKAN INTI:- Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. (Jika mahu inti lebih lembap tambakan sedikit air)Padamkan api-inti sedia digunakan
  2. UNTUK KUIH:- 1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  3. Jerang air dalam periuk(boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  4. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi.. SELAMAT MENCUBA ^_^

close-up sikit..... onde2/buah melaka inti kelapa. bubuh inti banyak2, tu yang jadi besar gedabak je onde2 nih! tapi x pe kalau gigit pun intinya x tumpah macam kalau guna gula melaka tu.

Sarapan lempeng je!

salam dan selamat berhujung minggu semua.... tengah lepak2 bersama keluarga la agaknya ya.... sarapan apa pagi ni.... kak rose buat lempeng je untuk bekpes.... tp abang sorang je yang makan sbb kak rose bersarapan dengan oat dan susu yang sangat menjemukan itu.... nak buat pancake macam nor buat tu pisang nya pulak nan ado.... jadi buatlah lempeng kosong je, makan dengan sambal tumis. tp abang lebih prefer makan dengan jem... suka atilah asalkan sedap ditekak .....

lempeng yang guna susu cair, sedikit butter cairkan n no egg.... macam kata cik mat, sarapan orang kampung!

Saturday, November 27, 2010

Baby bread pudding

salam dan selamat petang ...... baby bread puding pun dah siap, panas2 lagi ni nak wat minum petang sambil melayan petang hari yang hujan tersangat lebat dengan guruh berdentum2 nih.... kena siapkan teh o panas dan nikmati puding ni.... baby kan jadi kejadian pun kecik2 comei jer.... tp nak menyusun dalam cup tu yang leceh... siap tumpah2 batter tu! jenis x sabar pun ya jugak.... agaknya nak buat kuih yang comei2 ni kena punya tahap kesabaran yang sangat tinggi bari le jadi elok kan..... resepi nya kak rose amik dari Myr oleh fida.....siap dengan step by step lagik!. mekasih ya....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.
(kak rose x tabur gula icing..... dah sedang elok manisnya.....)

kak rose cuma taburkan potongan buah kurma n kismis je....

Friday, November 26, 2010

Apam salju.... lagi

yes..... ni menu orang nak makan kuih yg x banyak mengandungi kolesterol. betul ke idak apam ni less kolesterol kak rose pun x tau... agak2 jer sbb x goreng n x berlemak2 bagai.... tapi kan kelapa tu?...... nak kena suruh cik google cari banyak2 jenis kuih yg x tinggi kolesterolnya la cam nih. x pe pas ni minum susu n makan oat tuk dinner pulak.... hiiii x suker!

masih guna resepi yang sama.... leh tengok sini ya.

Thursday, November 25, 2010

Menu baru....

salam semua..... eeee x suker nak makan n minum susu nih.... apa susu pun kak rose x minum, tp kalau buat kek, kuih ke tak pe pulak. tp sekarang ni dah kena minum pulak sbb kolestrol dalam darah dah tinggi..... ni mungkin kak rose buat check-up selepas berdiet ari tu dengan makan banyak telor! mmg telor tu low in carbohydrate tp high in cholesterol.... kan dah sekarang kena amik benda2 yang kak rose x suker!

so tadi g beli susu dan oat ni..... dan balik rumah terus dinner dengan menu ni.... mekasih pada waniey yang cadangkan tuk minum susu ni..... sllu dengar makan oat jer kan.... jadi sekarang ni kenalah amik kedua2 benda ni.... mudah2an dapat mengawalnya.... nnti next visit to the doctor nak mintak ubat untuk kurangkan cholesterol ni pulak.... abang pun makan tp x kan nak share ubat kan....so far his cholesterol level is very good....

selingan lepas g beli barang tadi.... singgah kat Wah Chan... mak ai.... emas 916 dah 157/gm.... last year September baru 127/gm.... lajunya naik harga, bila la agaknya harga emas ni nak turun kan? sebenarnya kedai emas ni x leh nak nyinggah... apa lagi tengok2.

tp sesekali nak pampered diri sendiri x pe kan....

Wednesday, November 24, 2010

Kuih bakar lemak manis n Love's award

kuih bakar lemak manis versi hangus!

lepas masak gulai cendawan weird tu ada banyak santan lagi.... sayang kalau terbuang begitu sajakan.... hu hu hu..... camner nak kurangkan kolesterol kalau asik masak yang bersantan2 ni kan..... k lah pas ni masak rebus2 jer..... leh caya ke ni? entahlah.... so dah siap semua terus mulakan misi pencarian resepi kuih yang guna santan..... nasib baik Myresipi ari ni elok je boleh bukak dengan lajunya..... berulang kali jugak membrowse nak dapatkan resepi yang berkenan dihati..... akhirnya kuih bakar lemak manis ni yang jadi pilihan..... mmg lemak n manis..... tapi a bit too sweet for me so maybe next time boleh kurangkan sikit gula tu.....(just for my reference)

resepi dari fida di Myresipi..... terimakasih ya, kak rose nak share kat sini pulak...

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (a bit too sweet for me, maybe next time kena kurangkan sikit)
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sb susu manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
kak rose bakar 1 jam dengan api atas bawah dan lima minit terakhir guna api atas jer..... lihat lah hasilnya...... sebelum tu nampak kuning rata cantik je masaknya tp bila dah bunyi toing..... mak ai.... gulapnya kuih bakar kak rose! hitam pun hitamlah asalkan sedap.... x sabar2 masih hangat lagi dah kena potong. pada kak rose kuih ni sedap dimakan masa masih hangat2 gitu....

last sekali nak gantung One Lovely Blog Award dari Love ni..... mekasih banyak2 ya Love ingat kat kak rose! Lovely ke blog kak rose ni?..... malu lak ai

Terima kasih & gulai cendawan weird!

salam dan selamat petang.... kak rose nak ucapkan bebanyak terima kasih pada kawan2 yang sudi bagi idea camner nak masak cendawan wierd aka cendawan busut nih.... untungnya ada intenetkan.... boleh mendapatkan feedback dari kawan2 dengan x yah keluar rumah.... feedback semua ada di alam maya je..... bermacam suggestion yang semua enak2 belaka.... sekali lagi terima kasih kak rose ucapkan.
dan pagi ni kak rose mintak cik google carikan resepi nya..... banyak masak gulai je... so kak rose pun buat masak lemak cili api style negeri sembilan punya.... cuma x la letak cili api banyak2... kang x terdaya nak nanggung asik ke bilik air je kang... jadi ikut tahap kepedasan kak rose je le....

masak lemak cili api cendawan busut yang sedia untuk dingap...

kak rose letak sedikit udang kering yang ditumbuk kasar dalam gulai tu.... mmmg sedap cendawan nih.... kenapalah selama ni x tau yang cendawan ni begitu sedap... tp kalau jumpa dikebun pun mesti takut nak kutip... takut lain lak kang jadinya..... baru teringat cendawan inoki kak rose dalam fridge.... bila tengok dah lebam abes! x sempat nak masak dan yang mendapat habuan ialah cik tong je! selamat menjamu selera ya cik tong!

Award dari Izah

salam dan selamat pagi semua..... wah! pagi hari yang ceria ni dah dapat award blog SO CANTIK.... hmmmm malu lak nak terima award cenggini......, maklumlah blog suker2 jer... untuk penuhi masa lapang yang saaaaangat banyak... tapi kekadang tu bz gak... tp bz of doing nothing! caya ke? apa pun terima kasih pada Izah Muffin Lover kerana bagi kak rose award ni yang datang dengan a few questionnaires.... nasib baik sikit jer... kalau panjang macam yg dari TTM semalam tu mau nya sempat tido n bagun semula nak nyambung jawap soklan tu.....

Nick name tuan empunya Blog:
seripayaku.... nama kg kak rose.... tempat asal jangan dilupakan! he he he....

Ucapan untuk pemberi award:
Izah!!!! mekasih banyak2 bagi kak rose award ni... wpun malu2 nak ngaku blog is so cantik. dan yang penting, ajar kak rose camner nak buat muffin yang cantik2 gebus tu!!!!

6 fav artist / singer / group
P Ramlee - yg ni ttp no satu sampai bila2....
morning musume
maher zain
ga in
secret garden
marc anthony

Tag 10 bloggers:
ha... yg ni kak rose x pandai nak tag sapa..... sbb semua adalah top bagi kak rose, suma jadi sifu2 yang mengajar selama ini, jadi pada sapa yang rajin nak jawap tag ni sila la ambil ya, jangan malu2... dipersilakan... muga dengan ini tali persahabatan kita di alam maya ini akan berpanjangan....

Izah, sekian jawapan dari kak rose... he he he macam jawap soklan pepereksaan SPM tahun 1995 lagi kan!.... dua hari berturut2 jawap kertas bahasa SPM ni! harap lulus dengan jayanya!
k, nak g masak cendawan weird semalam nih.... bye.

Tuesday, November 23, 2010

Kuih kaswi

salam dan selamat malam semuanya..... dari semalam lagi terliur tengok kuih ni kat rumah Yatie tu..... pas tu tadi nampak jugak kat rumah izah..... bertambahlah terancam jiwa dan raga kak rose.... biarpun kelapa putih x de tetap buat jugak dan makan dengan kelapa yang tuek yang penoh dengan itam2 ni.... ah.... sungguh mengurangkan kesedapan kuih ku ini!.... apa pun janji dapat makan dan x delah kempunan x dapat makan kuih kaswi ni kan...

resepinya kak rose copy dari rumah yatie, tp kak rose buat 1/2 adunan je.... maklumlah rakyat x ramai. timakasih daun keladi ya, len kali nanti kak rose kopi lagi.... meh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
hilang dah ayaq liur yang menjejeh dapat makan ni.....

Cendawan weird?

salam semua..... cendawan weird? ke kak rose yang kampung sangat x tau adanya cendawan cenggini? nak mintak pendapat kawan2 diluar sana yang tahu cendawan apakah ini?.... x pernah tengok pun apalagi masak n makan. cendawan ni neighbour sebelah rumah bagi... katanya sedap buat sup..... any suggestion dari kawan2 plzzzzz.....

close-up sikit..... ni la ropa dia... a bit weird kan.... tu yang kak rose kasi nama kat dia cam tu! tp kalau ada kawan2 yang tahu cara nak masaknya... mai share ngan kak rose ya..... didahulukan terima kasih bebanyak.

Nak jawap ke tak tag dari TTM ni?

Adoi...... murid tua ni tak reti le nak buat jawapan pada soklan SPM tahun 1995 nih.... otak suma dah berkarat! .... taraf kelas dewasa punya jawapan ok tak? korang tau ke, dulu2 kat kg ada kelas dewasa tau.... orang dewasa belajar a b c dan alif ba ta macam citer P Ramlee tu! cikgu2 disana sila lah beri markah yang sepatutnya ya....... ini dia soklan tag dari TTM....

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
soklan senang nak jawap ni.... mestilah makanan kan... suma jenis tolak batu ngan kayu jer.... eh eh tak tak.... ada benda yg x makan.... belacan, cencalok, budu, petai dan yg sewaktu dengan nya!
dan akhirnya bila semalam dapat keputusan ujian darah ari tu.... mak ai! kolesterol tinggi.... camner ni? ada petua nak kasi hilang kolesterol?

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
dah lama sangat x guna duit sendirik.... x ingat dah. maklumlah dah 5 taun dok menggangur... no income..... x kan nak guna duit simpanan sendiri kan? x aci la!

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah langsung lama dulu dan x de tema pun nak kena jawap ke soklan ni?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
mestilah. tinggal pun berdua jer... kang kalau gaduh x de kawan lak kan!

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi hayat dikandung badan.... Insyaallah!

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
dimana ya? cinta jarak jauh.... penang - kl... tepon n snail mail je. masa tu mana ada e-mail, fb bagai kan?

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Do they hear you when you cry.... sangat sedih baca kisah dia ni.... dah lama beli tp asik baca berulang kali..... majalah Her World bulan August.... Revamp your life! be the best you can be.

8. apakan nama penuh korang?
sebab tanya dah separuh jalan, jadi kak rose bagi nama setengah je ek!

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
eh... x baik pilih kasih kan... dua2 pun mesra. tp duit tap2 bulan masuk dlm akaun mak jer... nnti derang share la kan.... x pilih kasih kan?

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Tun Dr. Mahathir Mohamad.... dapat jumpa secara kebetulan di jetty kuah langkawi... siap mintak nak bergambar lagi.... sempat kabo kat dia that I do read his Che Det blog. Oh yea jawapnya.... best! tp bila tengok gambo tu malu lak... kak rose lebih beso dari Tun M! ha ha ha

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Oh sudah tentu..... cik panasonic tu kita kena operate baru dia jalan kan....tu bukan ke basuh sendiri namanya!

huh.... banyaknya soklan..... bila nak abes ni? ada time frame ke nak pass-up kertas jawapan ni.... masa dah habis?.... ttm, cikgu kata letak pen segala x leh nak jawap lagi dah. aci tak cam ni? x pe ni kan sekolah dewasa.... pk pun lambat jadi cikgu bagi peluang lagi tuk teruskan......

12. manakan tempat yang betul2 korang nak pergi?
masa ni betul2 nak kedapur....nak minum dah!

13. pilih salah satu, peluk atau cium
nak dua2. boleh?


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
mak goges kepada Adnan, Akmal dan Amjah
punya bayang2 badan macam penari ballet
geng kawasang lapang?

15. lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
banyak.... kalau tulis suma kang x larat nak baca kang!

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
ga in.... irrevesible

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut?
setiap pagi... atas katil jer... Syukur Alhamdullilah dipanjangkan usia.

18. lima rakan blogger yang korang nak tag?
ada sapa2 rajin nak jawap soklan ni sila lah ambil.... jangan malu2 ya....

at last.... abes jugak jawap soklan SPM kertas bahasa tahun 1995 ni.... setelah berkali2 g toilet n dapur...... tp perlu diingatkan bahawa ini adalah standard jawapan kelas dewasa ya, cikgu2. harap maklum!

Monday, November 22, 2010

2 hari berturut2....

after 1 1/2 hour menunggu baru lah keta kita up up in the sky.....

2 hari berturut2 berkemah di service centre...... semalam di Shah Alam dan ari ni pulak di Glenmarie..... complaint for steering yang bergetar pada 120km/h n above speed..... bila check rupanya tayar yang ada wobbling problem..... dah selesai semua di Glenmarie derang soh g ke goodyear service centre untuk tuko tayar... sekali lagi menunggu kat situ.......

dua2 tayar dah tanggalkan...... guna computerised machine untuk check the problem.....

at last tayar yang rear left hand side je yang ada problem and ganti baru.... tp lamanya menunggu masa check tu..... siap semua dah almost 4pm.... huh laponya!

so kita g sini..... penah masuk tv.... antara best eating places kot....

gerai cendol yang fofular di ss15 subang jaya

this is mine, rojak kosong jer....

cendol yang juga berbaris panjang nak dapatkannya.... a bit too sweet for me.

panjang q semasa nak beli rojak tu... jam 15.56

dan ni dah selesai makan... jam 16.22..... tengok tu, q semakin panjang! nasib baik kak rose dah kenyang menikmati rojak dan cendol bawah pokok tepi jalan.... dan nasib baik jugak x de gagak lalu kat atas! ramai2 duk makan kat situ... really 1malaysia....oh! heaven.

Sunday, November 21, 2010

Sunday's pot pet

salam dan selamat berhujung minggu.... dan hari bermalas2an nak masak...gantung piok n koli... lunch pun tapau je tadi..... jadi kak rose hidang buah jer kepada yang datang ziarah kat dapur kak rose ni..... jemput makan.... macam2 buah ada..... US red grapes, sun melon, oranges, buah delima, pisang apa tah beli kat tesco tu juga buah honey murcott mandarin oranges yang sangat manis. stock banyak2 untuk bekalan seminggu ni x yah nak g beli buah dah!....

pagi tadi g service keta ni....111,000 km.... hi hi hi..... dah tua keta ni, 8 tahun lebih.... perjalanan pun dah jauh merata tempat dan sangat bernasib baik tidak pernah membuat kami pening kepala menjaganya... sentiasa ikut service schedulenya..... so far x de masaallah. cuma pernah sekali kena hentam dan tinggal... so kena belanja sendirik... burn our pocket almost 2k gak lah..... dan yang ini juga sudah masa untuk g service... tp hari ni service centre tu tutup lak.... hari minggu kan.... so esok kena pegi jugak for 1st 5k km....dah lebih dah sbb semalam g Pendang to n fro pun dah 1000km!

technician sedang betulkan bumper depan yang tercabut sikit dek penangan busu..... anak anak..... dah bagi bawa keta semacam je dilanyak..... maklumlah semua ayah yang bayar.... ada ke bumper yang tercabut tu dilekat dengan double sided tape jer.... bila ayah tengok nak gelak pun ada..... so, semalam dah hantar dia balik kolej.... hingga nanti dia cuti lagi baru boleh bawak keta semula..... sebab no car nor bike in the kolej! except basikal je yang disediakan oleh pihak kolej!

dan semalam hantar busu ke kolej di Pendang, pas tu belikan dia broadband ni..... ni kali ke dua belikan, yg dulu no coverage at all, x tau kenapa. kali ni nampaknya ok jer dengan package 98/mths..... untuk untuk kurangkan bil tepon dia yg mencecah 881.84 for last month. x daya lah ayah nak bayar bil sebanyak itu just for his phone bill!!!.... disebabkan intenet kat kolej tu banyak blockage so dia prefer guna phone untuk surf the net. akibatnya!!!!! dah banyak bulan bill phone dia sangat tinggi..... so the best thing is to terminate his line and bagi dia guna prepaid! kedekut ke mama ngan ayah?

Friday, November 19, 2010

Apam salju

menu minum petang tadi..... bancuh adunan sebelum g kenduri lagi sbb nak perap lama kan..... 3 jam tu! tapi kak rose perap hanya 2 1/2 jam jer sbb tengok dah kembang elok... tp sebenarnya x sabo nak tengok hasilnya tu yang cepat je nak kukus, nasib baiklah menjadi n gebus, x lah sesal kukus awal tu kan.... cuma kaler tu x ijo macam yatie punya, cantik je.... kak rose ni kedekut kaler tp sebenarnya kak rose suker kala yang mild gitu.... memasing punya citarasalah kan... sangat teruja tengok apam yang Yatie tayang terus teringin nak makan! pelahap ke?

resepinya kak rose amik dari rumah Yatie, dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini ya.... terimakasih daun keladi..... lain kali nak resepi lagi!

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

kak rose buat 1/2 adunan je, tu pun dapat banyak..... 18 biji acuan apam nih... 12 biji kak rose bagi kat jiran dah. makan cicah dengan kelapa parut, hmmm boleh terus wat dinner! k kak rose nak kemas beg esok nak g Alor Star..... bye.

Kuih bakar pisang

buat petang semalam buat cemilan malam sambil main game.... kes nak ngabiskan pisang yang hampir nazak tu daripada terbiar elok jugak buat sesuatu untuk mengenyangkan perut.... bakar sampai hangus berkerak diatasnya.... sedap tambah tang kerak tu... resepinya kak rose amik dari rumah Ummi lagi.... tima kasih ya Ummi dan kak rose mintak izin nak jugak tepek kat sini....

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:- (next time kena guna loyang 7x7 in, baru nmpak tebal sikit)

  • 1 sisir pisang masak (Ummi guna 8 biji pisang berangan)
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair* (Ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. (*Ummi panaskan kejap loyang 2 -3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. (kak rose tambah 5 minit terakhir dengan api atas je... nak kasi kerak2 kat atas tuh!)
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

kuih bakar pisang yg sedap..... k bye... kak rose nak g kenduri jiran setaman nih..... makan lagi!!!!