Tuesday, November 23, 2010

Nak jawap ke tak tag dari TTM ni?

Adoi...... murid tua ni tak reti le nak buat jawapan pada soklan SPM tahun 1995 nih.... otak suma dah berkarat! .... taraf kelas dewasa punya jawapan ok tak? korang tau ke, dulu2 kat kg ada kelas dewasa tau.... orang dewasa belajar a b c dan alif ba ta macam citer P Ramlee tu! cikgu2 disana sila lah beri markah yang sepatutnya ya....... ini dia soklan tag dari TTM....

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
soklan senang nak jawap ni.... mestilah makanan kan... suma jenis tolak batu ngan kayu jer.... eh eh tak tak.... ada benda yg x makan.... belacan, cencalok, budu, petai dan yg sewaktu dengan nya!
dan akhirnya bila semalam dapat keputusan ujian darah ari tu.... mak ai! kolesterol tinggi.... camner ni? ada petua nak kasi hilang kolesterol?

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
dah lama sangat x guna duit sendirik.... x ingat dah. maklumlah dah 5 taun dok menggangur... no income..... x kan nak guna duit simpanan sendiri kan? x aci la!

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah langsung lama dulu dan x de tema pun nak kena jawap ke soklan ni?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
mestilah. tinggal pun berdua jer... kang kalau gaduh x de kawan lak kan!

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi hayat dikandung badan.... Insyaallah!

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
dimana ya? cinta jarak jauh.... penang - kl... tepon n snail mail je. masa tu mana ada e-mail, fb bagai kan?

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Do they hear you when you cry.... sangat sedih baca kisah dia ni.... dah lama beli tp asik baca berulang kali..... majalah Her World bulan August.... Revamp your life! be the best you can be.

8. apakan nama penuh korang?
sebab tanya dah separuh jalan, jadi kak rose bagi nama setengah je ek!

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
eh... x baik pilih kasih kan... dua2 pun mesra. tp duit tap2 bulan masuk dlm akaun mak jer... nnti derang share la kan.... x pilih kasih kan?

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Tun Dr. Mahathir Mohamad.... dapat jumpa secara kebetulan di jetty kuah langkawi... siap mintak nak bergambar lagi.... sempat kabo kat dia that I do read his Che Det blog. Oh yea jawapnya.... best! tp bila tengok gambo tu malu lak... kak rose lebih beso dari Tun M! ha ha ha

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Oh sudah tentu..... cik panasonic tu kita kena operate baru dia jalan kan....tu bukan ke basuh sendiri namanya!

huh.... banyaknya soklan..... bila nak abes ni? ada time frame ke nak pass-up kertas jawapan ni.... masa dah habis?.... ttm, cikgu kata letak pen segala x leh nak jawap lagi dah. aci tak cam ni? x pe ni kan sekolah dewasa.... pk pun lambat jadi cikgu bagi peluang lagi tuk teruskan......

12. manakan tempat yang betul2 korang nak pergi?
masa ni betul2 nak kedapur....nak minum dah!

13. pilih salah satu, peluk atau cium
nak dua2. boleh?


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
mak goges kepada Adnan, Akmal dan Amjah
punya bayang2 badan macam penari ballet
geng kawasang lapang?

15. lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
banyak.... kalau tulis suma kang x larat nak baca kang!

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
ga in.... irrevesible

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut?
setiap pagi... atas katil jer... Syukur Alhamdullilah dipanjangkan usia.

18. lima rakan blogger yang korang nak tag?
ada sapa2 rajin nak jawap soklan ni sila lah ambil.... jangan malu2 ya....

at last.... abes jugak jawap soklan SPM kertas bahasa tahun 1995 ni.... setelah berkali2 g toilet n dapur...... tp perlu diingatkan bahawa ini adalah standard jawapan kelas dewasa ya, cikgu2. harap maklum!

2 comments:

  1. kak rose..beli susu baru tuh..kompem leh kurangkan kolestrol..mak along pon minum yg tuh.. :) n maakn oat....

    ReplyDelete
  2. missalongwani, susu apa ya? n oat, tq ya. nnti kak rose g bli!

    ReplyDelete