salam pagi Jumaat semuanya.... Alhamdullilah, syukur yang teramat kita masih diberi peluang dan kesempatan menghirup udara segar pagi ini.... walaupun dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu... terima kasih Tuhan..... dan ini kak rose nak kongsikan satu artikel yang kak rose baca ari tu dan sangat bagus untuk kita jadikan panduan .... muga kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya.... dari blog
Cute Oven..... terimakasih ya.
1-LALUAN MENUJU KE KUBURBagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)
2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAILBagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIRBagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati
4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGANBagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALANBagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIMBagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKABagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGABagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.WBagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAHBagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya
dari blog terapi-alfatah.blogspot.com
terima kasih untuk Maria Rahman dari Cute Oven.... tazkirah pagi Jumaat untuk renungan bersama......