Friday, October 22, 2010
10 laluan bagi insan
salam pagi Jumaat semuanya.... Alhamdullilah, syukur yang teramat kita masih diberi peluang dan kesempatan menghirup udara segar pagi ini.... walaupun dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu... terima kasih Tuhan..... dan ini kak rose nak kongsikan satu artikel yang kak rose baca ari tu dan sangat bagus untuk kita jadikan panduan .... muga kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya.... dari blog Cute Oven..... terimakasih ya.
1-LALUAN MENUJU KE KUBUR
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)
2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati
4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya
dari blog terapi-alfatah.blogspot.com
terima kasih untuk Maria Rahman dari Cute Oven.... tazkirah pagi Jumaat untuk renungan bersama......
Satu PERKONGSIAN ILMU yang AMAT BAIK.TAHNIAH dan TERIMA KASIH kerana SUDI BERKONGSI ILMU.
ReplyDeletezmah, tima kasih kembali...yang baik eloklah kita kongsi2 kan....
ReplyDeleteSalam....Bagus Untuk Muasabah Diri...Kerana Kita Ni Manusia Biasa Tak Lari Daripada Melakukan Dosa!
ReplyDeleteLin, sama2 lah kita ingat memperingati...
ReplyDeleteTo kak Rose..Masya'allah....suka ayu petikan ni kak...alhamdulillah n terima kasih byk2....syukran wa jazakillah.....moga Allah swt menimbang berat amal kita yang kecil tapi istiqomah ini....ameen.....
ReplyDeleteOnce again tq sbb sudi g dapur Ayu..hik3..jom la exercise kak..tak pun lompat2 kat rumah pun okey...happy kak sudi jenguk ayu di sini..terubat rindu nak blog-walk...kalu dekat2 sini, Ayu boleh g ngajor FOC lagi...tapi nak hadiah makan2 kat rumah kak tau....heeeeeeeeeeeee...samosa kentang pun jadiiiiiiii.......
Ayu, kak rose panjang2kan apa yg boleh kita share...
ReplyDeletewah nak ngajar FOC lagik...macih3...dulu ada gak ikit jane fonda nyer intermidiate exercise tu.... ok gak la x semput sangat...tp sorang2 mmg x best... treadmill pun berbungkus lagi sejak pindah dari langkawi ari tu.... hu hu hu