Sarapan pagi minggu bila anak beranak balik... tukang masak is happyyyyy...
Alhamdulillah, sarapan dan pastinya kak rose akan makan berulang ulang sampai puas!
Sarapan pagi minggu bila anak beranak balik... tukang masak is happyyyyy...
bila anak beranak ada balik during weekend, tukang masak jadi rajin lah...😜
Bahan- bahan:
- 3 cawan beras dicuci
- 1 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 inci halia - dihiris atau dititik
- 1 biji bawang merah - dihiris kasar
- 1 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
- Garam secukup rasa
rendang ayam sedap in de making.. masa ni lambat lagi nak dapat makan... kena lah bersabar kan...
healthy eating sangat lah kononnya...
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air
Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5.
Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan
mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi
Bahan-bahannya:
8 biji pisang emas dilenyek
3/4 cwn tepung gandum
3 sdb gula pasir
1/2 sdt soda bikarbonat
secubit garam
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
2. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.
3. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.
4. Ingat, goreng dengan api sederhan sehingga masak dan siap dihidangkan.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
ikan jeket sumbat sambal kelapa yang kak rose buat masa hujung minggu...masa tukang makan ada kat rumah lah baru boleh nak masak masak kan... makan ramai2 baru lah enjoy kan walaupun hanya dengan ikan cencaru, lauk rakyat marhaen ni kan... apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagikan untuk kami anak beranak... Aamiin.
Cencaru Sumbat Sambal Kelapa
Bagan-bahan
2 ekor ikan cencaru / ikan jeket -dibelah belakang, dicuci bersih.
Gaul sama garam & kunyit, ketepikan dahulu)
Bahan sumbat
1/2 biji kelapa parut
1 cawan cili kisar - nak pedas lebih kan cili
4 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakan
Bahan yg betanda * blend kering - sy tumbuk je
Dalam satu bekas masukan bahan yg di tumbuk tadi campurkan dgn kelapa parut, cili kisar, garam, gula gaul hingga sebati
Kemudian sumbat sambal kelapa pada badan ikan yg di belah dan sumbat juga kat bahagian yg sebelah kepala/perut padat2
Panaskan minyak dlm kuali.. goreng ikan.. hati2 masa tebalikkan ikan jangan sampai sambalnye tekeluar...
* Kalau ada lebihan sambal kelapa bolehlah di goreng dgn minyak yg sedikat...grg garing2 tau sdp cicah sama ikan....