Friday, February 19, 2021

Rendang ayam sedap

sesedap namanya, memang sedap lah resepi rendang yang kak rose amik dari perkongsian difb dan dulu pernah buat banyak untuk pot luck open house, cuma gandakan lah bahan2 sesuai banyak mana ayam yang kita guna. kali ni kak rose buat untuk seekor ayam untuk makan anak beranak jer. puas dapat makan yang kita buat sendiri kan. kak rose gandingkan dengan pulut lemak ni, tak cukup seketul ayam nih. meh tengok resepinya.. nampak macam banyak sangat bahan yang nak kena guna, tapi hasilnya tu yang kita nak kan?

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (kak rose guna asam keping)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai


    1. Cara-cara untuk rendang:
      1. Bersihkan ayam dan toskan.
      2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
      3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
      4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
      5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
      6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

     

rendang ayam sedap in de making.. masa ni lambat lagi nak dapat makan... kena lah bersabar kan...

 

1 comment: