Sunday, May 31, 2015

My Kuali's desktop traffic

betul ker ni?... macam tak caya jer kan?

Kuih kaswi

 salam hujung minggu buat kawan2 semua... ramai yang amik kesempatan bawak keluarga bercuti2 sementelah anak2 pun cuti sekolah kan.... kak rose yang tak de anak yang masih besekolah ni x de la nak gaduh2 nak bercuti... dah hari2 pun cuti kan.... tapi tak de g mana2 pun, cuma dapo jer tak cuti... walaupun cuma masak air n bakar roti, tetap jugak kena g dapo kan. itulah menu kak rose disiang hari sbb malas sangat nak masak...petang2 baru buat something untuk minum petang aka dinner sekali! dan jom tengok resepi kuih kaswi sedap nih!


resepinya...

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi... kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

## batter tu selalunya kak rose kacau dulu atas api sekejap barulah kukuskan##

Saturday, May 30, 2015

Jeruk betik

 jeruk betik yang dah lama tinggal gambar jer... betik fresh bawak dari kampung memang sedap bila buat jeruk ni.... fresh, manis n crunchy. kalau masak bening buah betik yang mengkal ni pun sedap gak... dan kalau rajin buat somtam pun laaaaagi best! since kak rose bawak sebiji jer, so dapatlah buat jeruk n masak gulai dengan udang. glupppp!

 fresh from the pokok kat belakang rumah kampung...tak de sapa nak makan pun kalau kat kampung ni kan, sudahnya menjadi rezeki burung dan ayam jugak. tak pe la kita kongsi rezeki sama sama... resepi jeruk kak rose amik dari CMG nyer blog, mekasih ya kongsikan resepi ni dan dah banyak kali jugak buat jeruk dengan resepi ni...

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
(kak rose nyer betik hampir masak tapi masih keras dan crunchy lagi)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua (kak rose x letak)


 selepas dua hari rendam dalam air garam, dua hari pulak dalam air gula....tadaaaa!!!! siap dah boleh lah dinikmati bersama kawan2...

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
 

PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!...

Friday, May 29, 2015

Puding roti kayu manis

kes menyelamatkan roti yang nak tamat riwayat....

  

Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin yg besar )

  • 3-4 keping roti (kak rose guna 4 keping)
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur (size M)
  • 21/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 2 sudu besar kismis 
  • 1 sudu besar mentega/marjerin - cairkan
  • esen vanilla
  • chocolate syrup Hershey's -optional ( x de la)
  • (kak rose tambah chocolate rice )

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
  2. Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
  3. Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
  4. Masukkan kismis...gaul lagi.
  5. Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
  6. Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
  7. Dah sejuk...bleh curahkan chocolate syrup Hershey's (nih versi my kids yg suka letak)...Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh....

Thursday, May 28, 2015

Crab rangoon versi kak rose

 suka suki buat crab rangoon dengan versi sendiri yang nak makan... dek kerana tengok kejadian crab rangoon ni punya bungkusan lipatan dia, gigih lah kak rose nak mencubanya.... tapi bila tengok resepi intinya macam tak kena dengan tekak jawa ni, so menderhakan resepi adalah pilihan yang paling baik..... so isi crab rangoon yang kak rose buat ni sama dengan isi wanton goreng yang kak rose buat ari tu tapi tukarkan isi ayam tu dengan crab sticks... cuma lipat bungkus tu jer yang sama.... tu pun terkial2 nak melipatnya!

 dah siap siap melipat bungkusan, ready nak goreng deep fried. masa menggoreng baru la tau either the bungkusan tu ok ker tak... ada jugak yang terbukak half way trough dalam koli! so belajar dari pengalaman----> kena pastikan tak de rongga dalam bungkusan tu, kena picit2 kemas bungkusan tu barulah tak kembong dan terbukak dan cantik je bila dah goreng nanti...

apa pun yang nak cuba buat crab rangoon yang ori boleh la ikut resepi  yang kak rose amik dari sini dengan hasil tangan yang sangat cantik lipat bungkusannya.

Crab Rangoon Recipe
Makes 20 | Prep Time: 15 Minutes | Cook Time: 5 Minutes
Ingredients:
1 brick (8 oz) Kraft Philadelphia Regular Cream Cheese, at room temperature
2 oz crab meat or 2 sticks imitation crab meat (finely diced)
1 tablespoon powdered sugar
Pinch of salt
20 wonton wrappers
Oil, for deep frying
Method:
Mix all the cream cheese, crab meat, sugar, and salt in a bowl. Stir to blend well. Place about 1 tablespoon of the cream cheese filling in the middle of a wonton wrapper. Dab some water on the outer edges of the wonton wrapper and fold the two ends of the wrapper together. Fold the other two ends to make a tiny parcel pictured below.  Pinch to seal tight and make sure that there is no leakage.

Wednesday, May 27, 2015

WW: Terima kasih, kawan

murah rezki....

menyeberang jambatan, dari Alor Star

Tuesday, May 26, 2015

Grilled salmon

 lama dah tak makan ikan ni.... sesekali nak jugak merasa ikan salmon, tapi kena berhati2 bila memasaknya kerana ikan ni sangat lah fishy baunya... so kenalah basuh betul2, perap dan basuh dengan air asam untuk hilangkan bau tu... baru lah sedap bila menikmati tanpa bau fishy tu kan... tapi kak rose ni mana nak cukup kalau makan ikan saja, so gandingkan dengan apa yang ada dalam fridge... bende goreng dengan telo pucat pun boleh jadi pelakun tambahan untuk grilled salmon ni... kita yang buat dia, suka suki la apa nak gandingkan!

resepi nya kak rose cnp dari blog E-na, mekasih ya. 

GRILLED SALMON Bahan-bahannya :
  • Ikan Salmon'
  • air asam jawa
  • Serbuk Lada Hitam
  • garam
  • Oregano, basil, parsley (kak rose guna dried oregano jer..)
  • Sedikit butter.

Cara Membuatnya :
  1. Ikan Salmon di cuci dengan air asam jawa. Kemudian bilas bersih dan toskan.
  2. Perap ikan selama lebih kurang 1 jam dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs ( salah satu atau campur semua pun ok juga).
  3. Sapukan sedikit butter di atas ikan sebelum di bakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 220 degree (bergantung pada jenis oven masing masing) selama 25 minit atau sehingga masak. (kak rose bakar atas non-stick koli jer!)

Monday, May 25, 2015

Kerabu mangga muda ala Thai

 Mangga masak, mangga putik everywhere.... ada yang mahal dan ade juga yang murah sbb dah banyak berlambak2... tapi kak rose tak terdaya lah nak beli mangga harum manis yang mencecah rega puluh2 tu... kalau tengok kat website mangga harum manis tu rega dia rm88/3kg termasuk postage. berbaloi kah dengan harga yang sebegitu mahal? tepuk dada tanya selera dan ikut lah kemampuan poket. buat kak rose,  tunggu lah nanti kalau harga dah turun agaknya kot baru boleh merasa... kedekut? mangga lain jugak tak kurang hebat rasanya kan....

mangga yang ni kak rose dapat percuma saja, pakcik tukang kebun kat sini yang bagi... ari tu masa kak rose baru balik dari Thailand dan beli banyak buah mangga, kak rose ada bagi dia sebagai buah tangan dan semalam dia bagi pulak 2 biji mangga putik ni...so meh la kita buat kerabu...resepinya kak rose amik dari dapur CMG, mekasih ya mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.

  mangga putik yg x masam... sedap meratah!

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

Sunday, May 24, 2015

Mee udang sedap

 kini nak makan mee udang kita tak perlu berjalan jauh hingga ke Sepetang untuk merasai mee udang mak jah yang gah tu.... banyak resepi yang dikongsikan oleh sifu masak2 untuk kita mencubanya. rasanya bahan2 nya pun mudah, mostly ada kat dapo kita kan.... dan kali ni kak rose nak mencuba mee udang sedap dari Azie Kitchen.... walaupun tak de mee, tak jadi masaalah, kak rose gantikan dengan spaghetti...kita yang buat dia kan! jom tengok resepinya, mekasih Azie kongsikan resepinya ya... sedap...habis spaghetti, hirup kuah jer pun jadi!

Mee Udang Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka) (kak rose ada udang kecit2 jah)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
bebola ikan, yg ni kak rose tambah

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur (kak rose gantikan dengan spaghetti)

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai

Saturday, May 23, 2015

Projek semalam

hmmmm... nyum nyum

 50 cups of tepung pelita, ready for collection

kuih seri muka pandan, terima kasih kawan.

Pisang goreng + sambal kicap

 hujung minggu kak rose tepek menu minum petang dua hari lepas, so jangan tanya lah ya.... dah jadi bahan kumbahan pun...pisang tanduk yang kak rose beli masa balik JB ari tu, baru ni ada kesempatan nak buat something... ada lagi sebatang beso ingat nak buat pengat pulak... dan yang goreng ni sangat manis, apa lagi cicah sambal kicap jawa masa makan ni mmg mabeles la...

 sebiji pisang, tak terhabis untuk kami berdua makan...besar sungguh, tapi sayang x de amik gambar.... dan masa bergantungan kat kedai tu memang geram sangat, besar2 n gumuk2 ....beli 3 biji pun dah 12++ hengget something. tapi memang puas hati bila pisang ni sedap dan manis!

jawa johor jer ke makan pisang goreng cicih sambal kicap cam ni... tapi mmg lain feel bila makan goreng pisang tanpa kicap....typical jawa johor kan!.

Friday, May 22, 2015

Kuih lopis pulut

 Stok pulut susu yang kak rose bli dari Thailand masih banyak lagi.... sayang jugak kalau terbiar jer kan, tu pun dah simpan dalam peti sejuk takut sang bubuk datang menumpang nak betapa kat dalam tu buat rugi jer. so selagi ada stok selagi tu lah menu pulut pun banyak kak rose buat... dan kali ni buat kuih lopis pulak.... teringat masa kat shah alam, dalam majlis khafi ade sorang kakak ni suka sangat dengan kuih lopis yang kak rose buat.... kalau ada kuih ni mesti laju jer dia amik buh dalam pinggan dia.... rindu suasana tu.... huhuhu.

 dan kali ni buat untuk makan sendiri jer.... tak de lagi kuih hari Jumaat kak rose... resepinya

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  •  *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Thursday, May 21, 2015

Popia inti jejari ketam

 Buat popia dengan inti jejari ketam yang dok betapa dalam freezer.... mula tu nak isikan dengan udang tapi punyalah malas nak kopek udang tu, so jalan paling senang dah tentunya dah sedia ready jejari ketam ni... belah memanjang dan sagatkan sedikit carrot n sedikit tauge... tumiskan, buh sedikit pati ikan bilis dan toskan sekejap.  dan bungkus lah dengan kulit popia tu...

 dah siap goreng, makan hangat2 dengan home made cili sos yang sedap ni... laju jer jalan, tak sedar dah habis....

buat banyak dan frozenkan... bila datang vitamin m, ada dah menu untuk penyelamat.... tinggal nak goreng jer kan dan sos pun memang dah ready, apa lagi bertambah2 lah vitamin m nak menepek!

Wednesday, May 20, 2015

WW: mmmm sedapnya...

 mangga crunchy + asam kulit limau ---> kecur air liur

fresh from pokok... tq kawan.

Tuesday, May 19, 2015

Gulai betik dengan udang

 gulai betik dengan udang yang kak rose masak beberapa hari lalu... betik fresh amik dari pokok dikampung yang masih mengkal. manis n crunchy. mulanya nask masak bening jer, sekali google nampak lak betik masak lemak denagn udang ni di blog cik manggis... terus lah tukar menu... jom kita kopi resepinya.... mekasih ya kongsikan.

Bahan-bahannya:

3 potong memanjang betik mekal.-hiris kecil-kecil.
8 ekor udang -buang kulitnya.
1 peket serbuk santan.
1 1/2 cawan air. (kak rose guna santan fresh)
5 biji cili padi-jika suka pedas boleh la tambah ya.
3 ulas bawang merah.
1 batang serai ketuk.
1 helai kecil daun kunyit..simpul
1 hirisan kecil lengkuas. (kak rose omit yg ni)
1 hirisan kecil halia.(yg ni pun...)
1 ketul kecil kunyit segar,
1/2 tsp serbuk kunyit..tambah warna kuning.
1/2 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Bawang merah,halia,lengkuas ,kunyit dan cili api di kisar dengan sedikit air hingga halus.
  • Bancuhkan serbuk santan dengan 1 1/2 cawan air hingga larut.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga mendidih atau betik empuk.
  • Siap:)...

Monday, May 18, 2015

Ayam panggang rosemary

 Rosemary chicken grilled untuk lunch semalam.... walaupun dalam resepi hanya guna dried rosemary, tapi kak rose tambahkan dengan fresh daun rosemary yang kak rose bli ari tu... dah ada kan, so kita pun memandai lah menambah2... mmg harum baunya masa membakar ayam ni....

 guna separuh ekor ayam jer.... tapi memang gumuk ayam ni, 2kg ++. perap sekejap dengan bahan2 tumbuk. separuh ni pun jenuh kami berdua nak mengabeskan....

 the pelakun tambahan untuk nak dimasukkan dalam ayam panggan tu... tapi kak rose belasah tabur jer atas ayam tu, kita yang buat dia kan, so pepandai lah membeganya. juga digaul denagn bahan2 tumbuk tadi n perap sekejap.

 cam ni la bila dah ready nak masuk oben.... puas kak rose menyelongkar kotak untuk cari loyang yang sllu kak rose guna untuk panggang ayam, tapi yang jumpa semua yg bulat jer... sudahnya kak rose guna loyang kecik ni, ayam pun jadi bertambah dumpuk dan pendek.... lantak ler labu!!!! asalkan masak elok kira ok la tu kan.

 satu lagi dayang pengiring kat pinggan rosemary chicken grilled ni.... coleslaw bodo2. campuran kubis, carrot sagat n mayonis. tapi ttp sedap gitu

rosemary chicken grilled bersama pelakun tambahannya ready untuk dingap.... resepinya kak rose kopy dari blog hana, mekasih ya...

LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni.

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam/1 ekor ayam
  • 1 biji lemon ( x letak... tu yg jadi rosemary chicken grilled je)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar olive oil
  • Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
  • 2 biji tomato atau lebih
  • Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 sudu serbuk Paprika - ditambah (tak dak, kak rose gantikan dengan cili flake)
  • Kicap Pekat - ditambah (kak rose guna sos tiram)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • hana tambah madu 2 sudu besar.
Cara-cara
  • Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.(kak rose belasah buh sekali dalam loyang terus bako)
  • Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
  • Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.(kak rose omit yg ni)
  • Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
  • Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  • Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
  • Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan..bersama mashed potato dan salad.

Sunday, May 17, 2015

Belimbing madu

 Salam hari minggu buat semua dan semuga kita semua dalam lindungan Allah jua. hari minggu yang malas kak rose hidang buah jer la ya.... macam satu kemestian bila balik johor mesti singgah kat RnR Pagoh untuk dapatkan buah ni.... even RnR Pagoh yang arah utara pun tak de jual buah belimbing madu ni.... so kalau nak beli mesti sinnggah masa on the way to selatan... mmg sedap, manis n crunchy!

beli 2 pack, doploh hengget untuk 8 biji belimbing ni... nothing is cheap sekarang ni kan, nanti kata mentri, nak murah g tanam sendiri! aikkk????

Saturday, May 16, 2015

Kek Pisang

  kek pisang sempoi yang kak rose buat petang semalam...setandan pisang yang bawak dari kampung dah masak serentak dan dah pun bagi2 kat kawan2 kat sini.... bakinya yang masih ada tak terabes lak untuk makan berdua saja... ari tu kak rose dah buat muffin dan kali ni buat kek pulak.... dan masih ada berbaki lagi pisang tu... so akan ada lagi resepi berasaskan pisang la nanti.... cekodok ke, lempeng pisang ker.... kalau ada kerajinan la pulak ya.

 
 resepi kek sempoi ni kak rose amik dari mesra.net, dengan bahan yang sangat basic yet sedap n moist....meh kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam.....

enam potong ini saja untuk kami berdua...

dan yang ni kak rose bawak bergebang2 petang bersama anak2 kawan kat sini.... suka tengok budak2 berebut rebut makan.... sedap katanya. setiap petang ada saja anak2 kecik ni maukan dari kak rose,... yang selalu ada cuma sweets, candy n keropok... so hari ni kira spesial sket la...kek pisang sempoi je pun! sekejap jer abes licin. Alhamdullilah, terima kasih pada anak2 yang tolong perabeskan kek ni.

Friday, May 15, 2015

Jus limau kasturi asam boi

cuaca panas terik dan membahang membuat asik nak minum jer.... so apa kata sediakan jus sempoi yang sedap ni.... no sugar added, just perah asam limau tu, tapiskan, buh air n 3 ketul asam boi... ready untuk dinikmati di hari yang panas ni.... satu jug beso pun tak cukup nanti.

buah asam limau yang kak rose bawak dari kampung, banyak. mekasih mak. tangan dan jari2 mak memang sangat menjadi kalau bertanam... green fingers bak kata omputeh...meh la kita nikmati jus ni.....slurpppp.