Mee Udang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka) (kak rose ada udang kecit2 jah)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
bebola ikan, yg ni kak rose tambah
Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur (kak rose gantikan dengan spaghetti)
Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah
hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan
cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus
sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk
terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
Masukkan air dan masak hingga mendidih
dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam
dan serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
SEDAP NYEEE..SAKIT PERUT DAH ACID BYK KUAR..HEHEHE
ReplyDeletethermomix tm5
ReplyDeletehttp://amazing-tm5.blogspot.com/
TERBAIK