fresh from the pokok kat belakang rumah kampung...tak de sapa nak makan pun kalau kat kampung ni kan, sudahnya menjadi rezeki burung dan ayam jugak. tak pe la kita kongsi rezeki sama sama... resepi jeruk kak rose amik dari CMG nyer blog, mekasih ya kongsikan resepi ni dan dah banyak kali jugak buat jeruk dengan resepi ni...
Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
(kak rose nyer betik hampir masak tapi masih keras dan crunchy lagi)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua (kak rose x letak)
selepas dua hari rendam dalam air garam, dua hari pulak dalam air gula....tadaaaa!!!! siap dah boleh lah dinikmati bersama kawan2...
Cara membuatnya :-)
- PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
- PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.
PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!...
Sedapnya kak rose.. kecur air liur..
ReplyDeleteTeringat masa kecik2 dulu... time raya mak selalu buat jeruk betik, buat halwa betik.... sekarang susah nak jumpa.
ReplyDelete