Sunday, November 30, 2014

kebun kecik kak rose

 kesian daun kesum tidak berpasu...

 subur..

 pokok puding

 pudina yang subur

 daun kari... 

 daun kesum yang subur menjalar...

pudina lagi...

Buat lagi... he he he

 buat lagi meat balls ala ikea ni....tapi kali ni guna meat balls jenama Ramly pulak. tekak ni dah serasi dengan jenama marina tu, bila tukar guna ramly's brand ni rasa kureng pulak... jenama marina tu lebih padat n rasa sangat meaty gitu...anak pun complaint, sos dah ok tapi the meat balls rasa macam tak ngam, lagi pulak saiz dia kecik2 jer compare to marina's.

sauce nya kak rose buat guna resepi yang pernah kak rose buat dan gandingkan dengan spaghetti hari tu.... kali ni gandingkan dengan fries, carrot n brokoli yang diblanch. Alhamdullilah, kenyang sudah tapi sekejap jer dah lapo balik... camner tu agaknya?

SWEDISH IKEA MEATBALL
Bahan-bahan
meatball jenama Ramly secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.

 kentang goreng secukupnya 
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (telupa lak nak letak)

Sauce Gravy 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (kak rose omit this one)
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 



Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

Saturday, November 29, 2014

Samosa inti daging+kentang

 buat untuk minum petang time hujan2 ni memang ngam sangat... kulit yang garing rapuh dan inti daging yang sedap sangat lah heaven, digandingkan pulak dengan secawan nescafe panas2... tak sedar habis sepiring dah.... membuatnya sangatlah bercinta masa nak membungkus tu, maklumlah keras tangan ni....siap tengok kat youtube pun masih terkial2 lagi... so ini lah jadinya, kemet2 jer... apa pun puas ati dapat makan air tangan sendiri kan...

resepi inti kak rose copy dari sini... mekasih ya. izinkan kak rose kongsikan kat sini pulak ya...

Bahan bahan:
  • 1 cawan daging kisar (boleh tambah banyak kalau suka)
  • 500g ubi kentang dan dipotong dadu serta direbus terlebih dahulu
  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • 3 uals bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu rempah kari kegemaran anda
  • garam dan gula secukup rasa
  • beberapa helai daun kari untuk aroma
Cara:
  1. Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk bagi menjimatkan masa anda.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar beserta daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan goreng sehingga agak garing.
  4. Kemudian masukkan kentang dan kacau sehingga sebati.
  5. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum proses menggulung.
  6. Sambil tu, potong kulit popia kepada tiga baris. (gambar lipat samosa segi tiga
  7. Letakkan inti dan gulung kulit popia kepada bentuk segi tiga seperti di bawah.
  8. Sapukan air atau telur putih di penghujng sebagai pelekat.
  9. Goreng di dalam kuali pada suhu sederhana dengan minyak yang penuh.


Friday, November 28, 2014

Kuih talam gula merah

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua kawan2.... buat kuih ni malam semalam untuk buah tangan majlis mengaji Al-Khafi pagi ni...kiranya ni kuih hari jumaat kak rose la ni.. Alhamdullilah sedap dan menepati cita rasa kak rose dan juga ahli jemaah yang datang mengaji tadi.. mesti rasa puas hati bila kuih yang kita bawak tu habis dimakan kan... terima kasih pada yang sudi kongsi resepi sedap ni...

 resepi kuih talam ni kak rose copy dari blog CoratCoret Nina, mekasih ya dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

Talam Gula Merah
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.
3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


***untuk bahaguan atas ni kak rose cuma buat 2/3 adunan sbb cuma ada 2 cawan santan pekat tu... jadi nampak nipis sket lapisan atas tu kan....
 
sempat jugak tuan tanah berposing bersama kawan2 dengan laksa johor, hidangan dari tuan rumah..

Thursday, November 27, 2014

Asik2 apam beras.....

Apam beras yang tak pernah menjemukan.... pada kak rose apam ni dah jadi macam makan nasik jugak.... mengenyangkan. dah banyak kali buat pun memang tak pernah jemu apa lagi dicicah dengan kelapa tu...tapi terlebih kaler merah la pulak... kalau cicah dengan serunding pun ok jer buat kak rose ni... agaknya kalau cicah dengan kari pun boleh kan..

masih guna resepi yang sama, jugak acuan yang sama.... meh nak kongsikan kat sini lagi..

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 
Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Wednesday, November 26, 2014

WW: highway escalator

macam2 idea derang ni nak release tension...  gambar kredit SukanStarTV.  baca komen derang ni mmg boleh hilang akal dibuatnya!

Tuesday, November 25, 2014

Puding roti karamel

puding roti yang kak rose buat hari ahad lepas.... buat pun special for anak kawan yang request mintak tolong buatkan... boleh jer buat sendiri tapi nak jugak mama rose yang buat!...sebelum tu  sempat jugak amik sepotong untuk nak rasa...

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)







Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Monday, November 24, 2014

Popia nestum

 masa menyelongkar dapo rumah hana mencari resepi meatballs tu ternampak pulak popia nestum ni...mata yang jahat ni memang tak boleh nampak tayangan amal dari kawan2... apalagi molot dan tekak yang sentiasa nak mengunyahhhhh jer ni... so petang tu mulakan projek menggulung popia ni....menggulung sambil malas2... so amik masa sket nak ngabeskan kulit popia yang sepeket tu....tapi sebelum tu, goreng sket dulu untuk lepaskan kempunan...

 dan hari ni goreng baki yang dah digulung tu.... mengunyah sampai kenyang sambil mengupdate rumah maya ni. tak sedar sepiring tu sekejap je dah abes.... nak menggulungnya makan berhari2 tapi bila dah goreng, sekejappppppp je nak habes dah!



resepi mudah dari blog hanamemories, kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan-bahan
  • Kulit popia
  • Nestum kisar
  • Gula halus @ aising
  • Susu tepung sedikit
Cara-cara
  • Gulung kulit popia. (Untuk mudah gulung, gunakan chopstick@lidi sate yg panjang). Lekatkan bahagian hujung dengan air (bleh juga lekatkan dengan bancuhan tepung gandum+air atau telur).Kemudian gunting menyerong.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat, toskan dan sejukkan.
  • Campurkan nestum, gula dan susutepung. Gaul rata. Masukkan popia. Gaul semua.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, November 23, 2014

Meatballs ala ikea.

 lunch semalam.... dah sekali buat meatballs ni rasa nak lagi jer.... tapi yang ari tu buat gandingkan dengan spaghetti dan kali ni bertukar dayang2nya pulak....  suka suki taruk apa yang ade dalam fridge... fries, carrot n timun. tengok kat blog hana, ade digandingkan dengan brokoli yang direbus tapi kak rose  x de...timun pun bole la kan.... lagi mudah sbb tak payah nak celur bagai, potong2 terus buh dalam pinggan! dasar pemalas sungguh kan!

 resepi kali ni cnp dari blog hana yang telah lama menyepi... cikgu yg bz! mekasih ya nduk, kak rose kongsikan kat sini lak.... dan tq for the tips nak bagi bebola daging tu tetap lembut n  juicy...

RESEPI MEATBALLS ala IKEA
Bahan-bahan
Bahan Meatballs
  • 1 peket meatballs (hana guna jenama Marina)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar air
  • sedikit minyak masak
 Bahan Sos
  • 1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki (terhitam la pulokkk!!!)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional (kak rose x de)
  • gula secukupnya
 Bahan sampingan
  •  kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.



Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  • Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  • Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.

dah jatuh centa denagn marina beef  balls ni...besar2 portionnya. mmg puas hati. dan lupa la sudah tentang LDL kolesterol yang tinggi tu..

Saturday, November 22, 2014

The result: dapat 2 bintang!

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua... buat SAHM macam kak rose ni hujung dan awal minggu tu sama jer.... maklumlah opis pun kat dapo je, dan siang malam 24/7 opis bukak...cuma rajin ke tidak jer nak beroperasi.... yang selalunya vitamin m tu tetap banyak jer....makan nak yang nak cepat dimasak dan sedap dimakan.... dan akhirnya...... tu yang dapat 2 bintang bila buat saringan kesihatan!

 buat blood test ni awal bulan ari tu, tapi baru semalam berkesempatan nak amik resultnya... memang concern sangat dengan cholesterol tu... ade sikit penurunan dari last year's LDL result... even cuma 0.1 tapi itu sudah cukup baik la kan... tapi yang tak berapa nak suka tu HDL tu semakin menurun pulak....back to square one!  nampaknya nak kena rajin2 minum susu omega n makan oats yang sangat uweeeekkkk tu!

 kadar glucose sudah bertambah 0.3 dari last year's 4.5 mol/L... so sendiri mau ingat la kan...masa dapat result ni la berazam sangat nak kurangkan pengambilan makanan yang manis2....tapinya camner nak elak kalau tekak dan molot sentiasa nak makan yang sedap2 jer. balik dari amik result ni dah menghadap semangkuk ice cream bersama tok nenek toppingnya!

 yang ni encik asben punya result.... sangat jeles dengan dia.... doktor tak bagi satu pun bintang! padahal x pernah nya nak g berjogging dan bereksesais pun! smoker some more!. tapi syukur Alhamdullilah sangat2 sebab diberi kesihatan yang baik untuk terus menjaga kami sekeluarga. terima kasih Allah atas rahmat Mu yang tak terhingga.

dengan keputusan ujian kesihatan ni semuga kami sekeluarga akan terus diberikan kesihatan jasmani dan rohani yang baik supaya kami dapat terus menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan, Insya Allah.

Kuih Jumaat ku....

 kuih serimuka batik yang kak rose buat untuk buah tangan mengaji semalam... weekly event setiap pagi jumaat kami kat sini, gader2 ramai ramai buat majlis bacaan surah Al-Kafi. bacanya sekejap jer tapi gebang2 dan makan2 tu yang buat majlis cam ni sangat seronok.... dan kak rose pun merajinkan diri buat kuih untuk pot luck majlis tu...

 serimuka batik merah yang telah kak rose derhakakan dari resepi asal yang guna pulut hitam dan kak rose gantikan dengan pulut kaler merah yang dah terlebih kaler la pulak.... dan ade kisah disebalik bancuhan kuih ni.... masa nak sediakan lapisan atas tu, kak rose tak semuakan santan sbb nak bancuh hingga hilang ketul2 tepung tu barulah nak masukkan semua santan.... tapi bila dah tapiskan terus jer jerang atas dapur, perasan jugak bancuhan tu pekat semacam... tapi langsung tak terpikir yang ada lagi baki 1 cawan santan yang belum dimasukkan.... lepas curah atas pulut dan terus mengemas segala mangkuk tu lah baru terpandang santan yang berbaki tadi..... adoyai laaaa!!!! tak kan nak keluarkan balik kan. tawakal Allah jer la dengan harapan lapisan atas tu tak la pejal sangat! dan bila dah masak tu mmg x sabar nak tau... keras ker idok kuih kak rose ni? Alahmdullilah, masih boleh diterima kejadiannya....cuma manis sikit sbb kurang santan tu kan...

habis jugak kuih tersalah adun kak rose ni.... resepi nya kak rose guna  resepi pulut seri warna dari Yatie@Sinar Kehidupanku. mekasih tapi maaflah sudah jadi kuih derhaka tanpa lapis seri warnanya...

Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (kak rose buat satu kaler jer)
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Thursday, November 20, 2014

Asik nak makan jer!!!!!

 Salam dan selamat petang... asik la mengadap dapur maya kak rose ni.... tauhu sumbat buat kudapan petang2 yang mendung.... memang bila hari mendung dan hujan membuatkan perut pun sentiasa berlagu keroncong mintak diisi.... walaupun duk sorang2 kat rumah tapi nak jugak melayan perut sendiri.... buat tauhu sumbat dengan kuah pecal yang readymade pasar tani mari punya... asalkan terlayan tekak yang asik nak makan ni pun dah ok la kan...

tauhu goreng sumbat dengan timun n carrot yang disagat n tauge, curakan kuah pecal ready made.... bersama nescafe o panas dihari hujan.... heaven sangat untuk tekak jawa kak rose! kalau nak makan dengan kuah yg istimewa boleh la tengok kat sini ya....

Asam pedas sadin

 Asalamualaikum dan selamat pagi.... nak jugak buat entry pasal sadin masak asam yang dah lama jadi bahan kumbahan ni.... dek kerana tergoda dengan tayangan amal dari sifu masak2 CMG, kak rose pun nak buat jugak....petang tu jugak terus masak dan menikmatinya dengan nasik panas2... cuma digandingkan dengan ulam timun pun boleh bertambah2 nasik! sedap jugak sadin masak asam pedas ni rupanya....

meh kak rose kongsikan resepinya, mekasih ya Mat. kak rose cnp jer ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine pilihan anda (che mat guna sardine cap AYAM)
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis (kak rose gantikan dengan cherry tomatoes)
1 kuntum bunga kantan, belah 2 (ilek, tak dak...)
2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis. 
  3. Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

*****pssstttt.... kenapa bila publish ade menda ni kat bawah 2nd gambar tu?  a-penyembuhan-dan-perlindungan-dari-segala-macam-penyakit.html#sthash.k9Lw8G2P.dpuf ... dalam draft x nampak lak. apa dah kena dengan dapo kak rose ni????? dah la buta it, bila jadi camni tak tau nak buat camner!!!!!

Wednesday, November 19, 2014

WW: berjimba2 di Sunway Lagoon

 gelang 90 hengget!

sapa2 nak g, ni dia harga gelang tu....

 walaupun kaki terasa macam melekat tak dapat nak melangkah.... akhirnya berjaya jugak sampai ke seberang! bangga gitu!

Tuesday, November 18, 2014

Bila anak sakit...

 Alhamdullilah, terima kasih Allah, masih diberi kesihatan yang baik setelah mengalami sakit kepala yang teramat sangat....stress sangat sebab study dan dengan assignments yang macam beyond reach, katanya. setelah dua hari berkampung di sdmc, akhirnya gelang ditangan pun dah boleh potong.....

 tengah malam sabtu, actually dah awal pagi ahad pun, kena jugak bawak dia g sepital sebab dah makan ubat tahan sakit pun masih tak berkurangan dan masa tengah malam tu bertambah pulak sakitnya... so by 12.30am berbondonglah kami tiga beranak ke sepital... dan bila dah tengah malam cam tu memang doctor pun tak ramai jadi kena tunggu giliran dengan sakit yang amat... mama cuma dapat urutkan celah jari kiri... itu yang dapat baca petua nak kurangkan sakit kepala tu...

 
baru lepas attended by doctor kat admission, dah kena satu jab baru dapat lelapkan mata sementara menunggu nak ditolak ke wad.... lega sikit mamanya bila dia boleh tido dengan selesa...

 berehat selepas mendapat treatment.... alhamdullilah masa ni dah kurang sakit kepala tu... tapi memang dua kali kejap kena kejut untuk rawatan dan makan ubat.... susah nak dapat complete rest la kalau kat sepital ni kan....tapi tak pe la untuk kebaikan diri sendiri jugak.

 lunch untuk orang sakit.... berselera jer dia makan selepas hilang sakit kepalanya... Alhamdullilah.

 nurse tengah check kadar oksigen ke apa entahnya... nurse kat rumah ni kurang pasti pulak...

next morning, melangut tengok tv sambil mengadap breakfast pagi sebelum discharge... whole meal bread, scramble egg, sausages n baked beans bersama dengan hot chocolate..

 getting ready nak discharge... dengan harapan sembuh sepenuhnya dan tak berulang lagi sakit tu, Insya Allah. "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit" Aamiin Ya Rabbal Alamin....

 and the bill....

“Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit.” - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2012/11/09/24619-doa-penyembuhan-dan-perlindungan-dari-segala-macam-penyakit.html#sthash.k9Lw8G2P.dpuf
“Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit.” - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2012/11/09/24619-doa-penyembuhan-dan-perlindungan-dari-segala-macam-penyakit.html#sthash.k9Lw8G2P.dpuf

 view dari bilik busu.... out patient center diseberang jalan.... dan akan buat follow-up kat sini in two weeks time. mama yang boring selepas seharian mengadap internet, mula lah teropong sana sini.....

pokok bunga kertas ditepi tingkap bilik busu... terbiar hampir kering dibuatnya. kesian pokok bunga kat sepital ni, kering kurang air. tak taukah pihak hospital ni yang bunga juga perlukan perhatian?...