puding roti yang kak rose buat hari ahad lepas.... buat pun special for anak kawan yang request mintak tolong buatkan... boleh jer buat sendiri tapi nak jugak mama rose yang buat!...sebelum tu sempat jugak amik sepotong untuk nak rasa...
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara
membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula
jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar
air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang
terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas
itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus
dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Salam kak rose.. tun suka resepi ni, senang dan sedap. masa bln puasa aritu byk kali buat utk iftar.
ReplyDeleteCik abang kak rose pun suka sangat dengan puding ni....
ReplyDeletesedapnyaa :)
ReplyDeleteSelalu jumpa & selalu makan..
ReplyDeleteTapi asyik ada jer yang tak kena ditekak..
Mama Rose tlg buatkan utk Ibu Sham.. boleh ke?
(sambil buat muka seposen)