Thursday, November 20, 2014

Asam pedas sadin

 Asalamualaikum dan selamat pagi.... nak jugak buat entry pasal sadin masak asam yang dah lama jadi bahan kumbahan ni.... dek kerana tergoda dengan tayangan amal dari sifu masak2 CMG, kak rose pun nak buat jugak....petang tu jugak terus masak dan menikmatinya dengan nasik panas2... cuma digandingkan dengan ulam timun pun boleh bertambah2 nasik! sedap jugak sadin masak asam pedas ni rupanya....

meh kak rose kongsikan resepinya, mekasih ya Mat. kak rose cnp jer ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine pilihan anda (che mat guna sardine cap AYAM)
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis (kak rose gantikan dengan cherry tomatoes)
1 kuntum bunga kantan, belah 2 (ilek, tak dak...)
2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis. 
  3. Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

*****pssstttt.... kenapa bila publish ade menda ni kat bawah 2nd gambar tu?  a-penyembuhan-dan-perlindungan-dari-segala-macam-penyakit.html#sthash.k9Lw8G2P.dpuf ... dalam draft x nampak lak. apa dah kena dengan dapo kak rose ni????? dah la buta it, bila jadi camni tak tau nak buat camner!!!!!

1 comment:

  1. Good idea kak rose.. selalu sardin saya buat sambal jer.. nanti nak cuba pulak buat asam pedas... emmm dapnya :)

    ReplyDelete