Thursday, July 31, 2014

My syawal ke3 1435H

 Asalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri buat semua....

selepas berhari raya dikampung bersama keluarga, petang raya kedua kami balik ke Shah Alam memandangkan husband dan anak yang tidak dapat bercuti.... bermakna raya ketiga kena lah memulakan tugas. dan kak rose yang dirumah mula lah beroperasi dengan kain baju kotor yang bertimbun berbakul2.... masa pagi tu ok jer buat kerja memang x de rasa sakit pun....sambil vacuum karpet juga mesin kain tapi bila dah about 9.30 pagi tu rasa macam sakit kat belakang pinggang... ingatkan sbb buat kerja lebih kot, sapu yoko yoko, segala minyak panas dan makan pain killer, makin sakit lak... rasa tak daya nak berdiri dah! mula tu tahan jer tak nak bagi tau husband tentang sakit ni... menjelang tengahri tu mmg tak boleh tahan dah. kena lah bagi tau kan.... rushing balik... terus g klinik berdekatan..

tiga buah klinik kami pergi semuanya tutup berhari raya, last resort terus jer ke sdmc...redah je kat emergency tu sbb dah tak tahan sangat.... sakit ya amat2...hari raya, doktor pun x ramai dan yang ade pulak tengah attend to emergency case, so terpaksa tunggu, nurse bagi bed asked me to lie down n rest...tapi masih sakit yang amat sangat....asked for pin killer tapi nurse kata kena tunggu doctor. sabar je la. sampai kat emergency at 1pm, dapat jumpa doctor at 2.30pm...bayangkan sakit yang terpaksa kak rose tahan...bila kak rose bagi tau the type of pain, doc kata "macam batu karang jer" and asked me to go for scanning....and to take the urine for sample after the scanning. tapi nurse yang attended to me earlier tu asked me to go n amik urine sample first...kita pun ikut jer la sbb dia kata procedure dan lepas tu baru dia hantar ke imaging dept.

sampai kat imaging dept ni kena tunggu giliran pulak sambil tahan sakit. tapi bila sampai my turn dia tanya ade rasa nak buang air tak? so kata tak de la sbb baru jer amik sample tu, dia kata x boleh buat scanning bila bladder tak penuh....adoiiiiii kena minum air banyak2 dan tunggu sampai rasa nak buang air baru lah dia akan attend to me....Ya Allah permudahkan lah.... tunggu sampai tak tahan sakit dia pun bawak buat scanning, mmg tak boleh buat bila bladder tak penuh, so keluar semula n tunggu lagi....dan at last at 4.30 baru boleh buat scanning tu. tunggu result pun lambat gak...


at last at 5.30 baru doc datang n bagi tau mmg ade batu karang di saluran kencing menghampiri to bladder and baru lah bagi pain killer, tapi after half and hour pun tak kurang sakitnya dia bagi satu lagi jab pain killer yang power.... then only baru ade rasa kurang sakit...tapi ubat ni mmg sangat drowsy n dizzy.... neng nong rasa kepala!  masa ni lah rasa nak buang air berkali2 sbb tadi minum air yang banyak tu...terpaksalah berpimpin tangan berulang ketoilet!

nak amik ubat pun punyalah lambat... anak yang baru balik keja pun singgah kat sepital dan tolong amik ubat n mamanya masih lie down sambil tunggu... melayan dizzy n drowsy tu. and at last at 7.15pm baru lah boleh keluar...

the ubat untuk lawas buang air n pain killer...tp sebenarnya kak rose de pun masaalah dengan buang air tu... harap2 hari ni tak de lah berulang lagi sakit macam semalam tu... separuh hari habis kat sepital jer dengan kesakitan yang amat! doctor kata kalau the stone tu dah berada di bladder tak kan ade rasa sakit, tapi kalau masih sakit kena datang balik for next action...Ya Allah bagi lah kesihatan jasmani yang baik buat diri ini dan seluruh keluarga kami....Amin.


Friday, July 25, 2014

Ramadhan 1435 - moreh

sebelum Ramadhan mengundurkan diri, kak rose nak jugak tepekkan bubur kacang durian yang kak rose buat untuk moreh kat mesjid hari tu untuk tatapan masa akan datang. setiap kali Ramadhan memang ade giliran bawak moreh kemesjid, tapi masa giliran pada minggu pertama kak rose berada dikampung, mengambil peluang berbuka puasa bersama emak ayah tersayang. so memang tak dapat nak sediakan juadah untuk moreh...

 bila sekali lagi tiba giliran jalan rumah kak rose pada minggu ketiga, dan bubur kacang durian ni la juadahnya...seperiuk beso kak rose buat dengan guna durian yang kak rose bawak balik dari kampung. masa tengah perisikan tu memang emak yang pesan soh buat bubur kacang ngan durian ni untuk moreh tu, so dah tunaikan lah hajat mak tu.

 seperiuk besar bubur kacang durian untuk moreh...

isikan dalam cawan kecik2 cam ni siap dengan sudu plastik, biar senang nanti derang nak makan, tak yah nak kena sediakan bekas dan kena senduk bagai...

2 wheel barrow penuh kak rose perisikan dan bawak balik shah alam, dapatlah jiran2 kak rose merasa.... dan yang hari2 selebihnya mak bagi kat surau dan jugak bagi kat jiran2 yang memang selalu menunggu jer durian tepi jalan ni gugur.... buah banyak tapi mak n bapak pun tak makan sangat durian, so memang rezeki jiran2 mak kat kampung la kan... cuma yang gugur pada hujung minggu jer mak simpan untuk anak2 yang balik kampung. kak rose punya ada lagi satu tupperware besar duduk kejung dalam freezer....fikir menu apa lah nak buat lepas raya nanti ni? tempoyak? such a no no untuk kak rose dan keluarga. x pandai nak makan!


Salam Aidilfitri 1435

Asalamualaikum dan selamat pagi. bulan Ramadhan yang penuh keberkatan menghampiri kepenghujungnya dan Syawal bakal menjelma. semuga ibadah kita sepanjang bulan mulia ini akan mendapat keberkatan oleh Nya. Insya Allah dan bergembira dan bersederhanalah dalam menyambut kedatangan Syawal ini. dalam kesempatan ini kak rose memohon ampun maaf zahir dan batin kepada semua yang cuma kak rose kenali didapur maya ini. terima kasih dan selamat hari raya.

dan kak rose nak kongsikan tazkirah Syawal - adab-adab menyambut Aidilfitri yang kak rose copy dari sini dan mintak izin nak kongsikan ya... semuga boleh menjadi panduan dan Aidilfiri kita akan lebih bermakna, Insya Allah.

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah


Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Aidilfiri.

Thursday, July 24, 2014

Biskut dahlia..... kembang sepanjang zaman

name sekut kan main lagi kan.... ni sebenarnya ikut tuan punya resepi yang bagi nama cam tu, so kak rose pun ikut jer la....tapi kejadian bunga dahlia kak rose tak lah secantik cmg punya tu! kalau nak tengok camner rupa dahlia yang kembang sepanjang zaman tu sila lah jenguk kat sini. pasti menggoda jiwa raga terus nak mencuba buat! mekasih Cik Mat yang kongsikan resepinya.. kalau nak tau kenapa biskut dahlia ni jadi kembang pun boleh tengok kat sini lak.... banyak petua yang boleh dipelajari....


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, July 23, 2014

Mocha crunchy

 my second cookies for this coming hari raya....sangat lah tidak rajinnya nak buatnya, tapi apalah ertinya hari raya kalau tak ade sekut raya kan?nak tunjuk2 tu boleh jer tapi selalunya kak rose lebuh suka buat sendiri... walaupun kejadiannya tak secantik yang dijual dengan packing yang cantik2 tu... buat yang kita suka nak makan jer, biar berulang2 buat tapi tetap suka... mocha crunchy ni kalau tak puasa pun boleh buat.... buat cemilan masa menghadap komputer sambil tangan menyuap. sedap n mmg crunchy, harum bau mocha n nescafe tu.

resepi asal dari Noorma, kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna almond nib)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex

Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap 

Tuesday, July 22, 2014

Biskut bangkit cheese

 presenting my first cookies untuk hari raya nanti.... bila tengok ramai kawan2 dah mengukis, rasa hati nak jugak buat tapi kenapalah vitamin m tu banyak sangat ade dalam diri... so buat ni pun kiranya paksa untuk merajinkan diri, barulah menjadi biskut ni! memang macam x de mood jer nak raya kali ni kan.... dah tua2 ni mmg la tak excited nak raya kan.... apa lagi bila kenangkan ongkosnya yang mengalir laju jer... tp kenalah pandai2 seimbangkan keperluan dengan keinginan kan...

apa pun meh la tengok resepi cookies yang tengah meletop raya kali ni.... biskut bangkit cheese. buat semalam tapi bila dah bukak posa lupa lak nak merasa....balik dari terawih dah letih terus la gedebum zzzzz, sahur pulak x de la nak makan cookies yang manis2 ni...so belum tau la rasa camner....

BISKUT BANGKIT CHEESE

mekasih semua ya, kak rose tepek kat sini jugak..... 
 

Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
 
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.

Monday, July 21, 2014

Satu sos, macam2 boleh cicah!

 Asalamualaikum dan salam hari isnin yang muga2 tiadalah monday blues ya... harap semua baik2 belaka dalam menjalani ibadah puasa didalam sepuluh hari terakhir ramadhan ini. malam2 selepas solat terawih pun tazkirah berkenaan dengan 10 hari terakhir ramadhan, muga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan semuga doa2 kita semua diperkenankan oleh Allah swt. dalam kita berpuasa, cabaran tukang dapo ni ialah apa juadah nak disediakan untuk keluarga, kalau ada request tu mudahlah kan, tapi kalau tidak kita buat jer apa yang family suka nak makan. ya tak?

 petang semalam sorang mintak nak makan tauhu sumbat dan sorang lagi nak kan popia. senanglah kerja bila ade menu yg derang request. sos pencicah ni kak rose siapkan awal2 dan sentiasa ada dalam stok, so bila2 nak mencicah semua dah tersedia... resepinya dari Lizachomel, tapi kak rose dah derhaka kan dengan menambah sedikit sos cili n sos tomato n kiub pati ikan bilis dan tak yah tumiskan... memandai jer kan, tapi kita yang buat dia, so pepandai2 lah nak ejas ikut citarasa kita kan.. kira resepi ni sebagai panduan....

  • bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili giling
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  1. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat

 selain boleh dicicah dengan tauhu sumbat, boleh jugak dicicah dengan popia ni.... suka mamanya masak bile tengok anak makan cicah kuah ni sampai kering sos dimangkuk. sedap la tu. sebakul popia kak rose goreng habis sekali ngadap jer.... maka nasi ayam yang kak rose masak pun banyak lah berbaki. agaknya menu hari ialah nasi goreng ayam baki semalam. boleh gitu?

sebakul vegetables+udang popia ready untuk disantap... sebenarnya popia ni kak rose gulung dua kali sbb kali pertama guna kulit popia brand spring home tu bila goreng jer dia pecah dan minyak jadi kotor pada 1st gorengan...memang nipis sangat kulit dia.... dan pas tu kak rose salut lagi sekali dengan kulit popia brand kg pastry, elok jer jadi popia ni...rangup krup krap kulit dia! barulah puas hati nak makan kan. kalau bli pun dah singgit sebiji, buat sendiri, jimat dan dijamin kebersihannya kan....

Saturday, July 19, 2014

Udang tiga rasa

Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua... selamat berhujung minggu jugak ya. sedar tak sedar kita dah berada diminggu terakhir bulan ramadhan dan seminggu jer lagi dah nak raya... cepat sungguh masa berjalan kan. bagaimana dengan persiapan hari raya kawan2? kak rose ni macam x de rasa nak raya pulak.... satu cookies pun tak buat lagi! bila tengok kawan2 post cookies, ade rasa nak buat jugak tapi vitamin r belum mari,dan entah bila nak datang nya! cuma masak untuk berbuka yang hari2 kak rose buat... belum sekali pun jengah pasar ramadhan, takut pulak dengan param yang ade berbagai2 kes... lebih selamat masak sendiri jer kan!

 udang masak tiga rasa ni kak rose buat tiga hari lepas tapi nak jugak post kat sini... bulan puasa ni punyalah mahal harga ikan, udang dan yang sewaktu dengannya... dapat yang ni @rm33/kg, ade separuh lagi kejung dalam freezer.... nak masak apa pulak ya...rasanya goreng jer dengan tepung kepci, ok kot....kalau rajin boleh buat petang nnti kan... ok, kak rose kongsikan resepi udang tiga rasa ni, resepi asal dari CMG  .boleh la kawan2 mencuba masak untuk juadah petang nanti. mekasih ya mat tapi kak rose x de la pulaj capsicum traffic light tu!

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 udang sederhana besar (mat guna udang kaki merah)
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji (kak rose x de ni)
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji (yg ni pun x de!)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos (mat guna sos cili thai)*
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
  3. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....

Friday, July 18, 2014

Terung goreng bercili+udang kering

sayur simple petang semalam digandingkan dengan nasik panas2 memang ngam sangat....walaupun makan dah lewat malam tapi masih boleh jer ngap dengan lajunya.... kalau hari2 biasa kak rose memang jarang sangat makan nasik tapi bila bulan puasa ni hari2 kena makan jugak takut nanti tak larat kan.... dan bila tiap2 hari masak, pening jugak pikir menu apa untuk hidangan keluarga... nasib baik ade intenet, bila ada bahan, google jer.... berderet resepi, pilih jer mana yang berkenan dihati!. itu lah sumber resepi kak rose nak masak. mudahkan.

yang ni resepi dari AlongRoz, mekasih Along.

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam





Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi. dah siap.

Roti jala kala mala untuk bukak puasa...

 Asalamualaikum dan selamat pagi Jumaat penghulu segala hari..... dan pagi ni kita dikejutkan sekali lagi dengan tragedi mas MH17, bertimpa2 nasib malang penerbangan kita ni...nyawa macam dah tak de nilainya. kalau benarlah ianya ditembak jatuh kerana memasuki ruang udara negara yang sedang berkonflik. Al-Fatihah dan takziah untuk keluarga semua penumpang dan anak kapal. bagaimanalah perasaan orang2 yang tersayang menerima ketentuan ini....semuga mereka tabah dan tenang dengan dugaan dibulan Ramadhan ini. Sayu hati ni bila tiap2 malam jumpa ibu kepada salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang, rasanya kesedihan itu baru nak hilang dah ditambah pulak dengan dugaan yang begini... Allahuakbar!
  
 semalam ade sedikit rajin melayan permintaan nak makan roti jala kaler maler dengan kuah kari ayam pekat kaw kaw punya.... so bersaunalah sekejap didapo menjala untuk juadah berbuka puasa...kari ayam kak rose dah siapkan sebelah paginya, jadi tak lah kelam kabut nak masak semua at one go... resepi kak rose masih guna yang sama, cuma kaler kaler tu suka suki nak taruk warna apa la kan... yg ni cuma kak rose tambahkan warna merah jer..

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur (kak rose bubuh 2 biji)
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna merah n biar kale asal je )

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

gulai kari ayam yang pekat kaw kaw baru sedap la makan dengan roti jala kan..... berbaloi bersauna didapo bila tengok derang makan sampai habis... baru la rajin mamanya nak masak!

Thursday, July 17, 2014

Ayam percik malas....

 ayam percik malas berposing dalam loyang yang hangus!

ayam percik malas? ayam percik yang malas atau tuan yang buat tu yang malas?.... sudah pasti la tuan yang nak makan ni tapi malas nak buat yang betul2 asli punya ayam percik! ya la dapur pemanggang tu pun tak ade camner nak buat macam yang asli kan, lagi pun kat kawasan perumahan camni mana boleh berasap2 kan... silap2 nanti bandaraya datang saman sbb buat open burning.... pollution lah. dari nak makan ayam percik, terus kena bayar saman pulak! haissshhhhh!!!! so kita buat yang mudah2 jer! kalau tanya cik google, macam2 resepi ayam percik malas. ari tu pernah buat dalam pemanggang ajaib, tp kali ni try resepi yang lain pulak..


meh kak rose kongsikan resepi ayam percik malas kak rose ni....resepi asal dari Laman Dapur Helen, mekasih ya kongsikan resepi yang memudahlan bila tak de dapur pemanggang!

3 bahagian peha ayam-bersihkan di buangkan kulit serta dikelarkan isinyer
2 ulas bwg putih
3 cm halia muda

cara;
tumbuk lumat kedua bahan ni perapkan dengan ayam tadi ..ketepikan buat seketika.

cara merebus ayam;
ambil satu periuk..masukkan semua pehan ayam tadi...masukkan sedikit santan bersama air..rebuslah ayam sampai masak....
apabila dah masak ayam ketepikan.

UTK KUAHNYA;

2 pekat santan kotak kara@ 2 plastik kecik santan fresh.
3 biji bawang merah}
2 biji bwg  putih}semua di lumatkan.
2 cm halia}
2 sudu besar cili giling- kalau tak letak jadilah kuah putih pun sedap
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa
1 sudu kecil gula-optinal..tak letak pun ok.
1 sudu makan tepung beras @ gandum_ utk pekatkan kuah percik.(kak rose omit this)

cara memasak.
masukkan semua bahan dalam satu periuk...panaskan sampai santan mengelegak..masukkan
garam,gula serta perasa..
kemudian..masukkan 1 sudu makan tepung di atas sekiranye santan tadi masih cair...biarkan mendidih seketika dan terus angkat.



cara membakar ayam;

letak ayam atas dulang pembakar.
panaskan oven dulu dalam suhu 180-200 c ...bakarlah ayam tadi seketika tanpa kuah dalam 10 minit..
angkat ayam curah kuah percik..bakar lagi selama 20 minit..
angkat lagi gaullah lebih banyak kuah percik..bakarlah lagi dalm 10 minit...
apabila ayam kelihatan garing angkat dan curahkan sisa kuah percik yag masih ader..hidangkan bersama nasi putih..

Kuih lopes

 menu berbuka petang semalam.... makan sekeping jer pun dah kenyang sbb kak rose buat beso2 gedabak. tapi tang anak sampai empat keping dibantainya....pas tu nasik pun x lalu nak makan. kak rose cuma makan sekeping dan yang banyak ialah minum air dan makan buah betik+anggur. lepas terawih baru makan nasik lauk ayam percik n sayur kubis+kailan... menambah tenaga dan menternak lemak dimalam hari, gitu kekdahnya!

 banyak kali dah buat kuih lopes ni, rasanya tiap kali puasa mesti ade juadah ni.... kak rose ni masak ikut apa yang keluarga nak makan, berbaloi rasanya kalau apa yang kita masak tu dinikmati dengan seleranya...nasib baik anak dan en. somi jenis tak kisah sangat dengan menu yang kak rose sediakan, Alhamdullilah. walaupun kadang2 ade special request, tapi masih dapat jugak memenuhi permintaan derang.

resepi kuih lopes kak rose cnp dari tulip77@Myr, terima kasih ya..

Bahan-bahan


  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
*** cara kak rose buat bulat2 tu.... alaskan mug dengan plastik, masukkan pulut n tekan2 biar padat. pas tu simpan dalam fridge bagi set supaya nanti mudah dipotong n gaul dengan kelapa.

Wednesday, July 16, 2014

Asam pedas ikan+terung

 asam pedas ikan kerisi + terung panjang berposing dalam piok, atas dapo lagi tu!

gulai asam pedas lauk semalam yang sangat sedap... sendiri masak sendiri puji sedap. he he he... tp mmg sedap pun, hingga bertambah2 nasik. jangan tak percaya, makan lewat, balik dari terawih baru mengadap nasi, tapi tetap bertambah2. kak rose cuma makan nasi n asam pedas ni semata2 walaupun ade ayam goreng n sayur. betul2 menikmati ikan kerisi masak asam pedas campu terung panjang ni. tapi yang sebeno nya mmg perut lapo kot, tu yg beria makan!

masa nak masak ni rasa lain pulak bila terung dicampur dalam masak asam pedas, cer try google, rupanya ada banyak pun resepi asam pedas yang guna terung ni.... tp ada banyak jugak yang guna terung dayak sarawak yang masam tu... kira memang tak rugi kak rose masak ni semalam, habis at one go untuk kami tiga beranak. Alhamdullilah kenyang. resepi kak rose cnp dari sini, mekasih ya....

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
30 tangkai cili kering
1 sudu kecil belacan bakar (kak rose ganti dengan pati ikan bilis)
BAHAN-BAHAN LAIN :

1 genggam asam jawa ~ jadikan air sebanyak 4 cawan
1 biji bawang merah *saiz kecil ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji terung ~ belah 4
3 ekor ikan kembung *saiz besar ~ potong dua menyerong 
(kak rose guna 2 ekor ikan kerisi yg gemok2 dan tambahkan daun kesum) 
CARA MEMASAK :

Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang di hiris halus sehingga naik bau
masukkan bahan-bahan yang *di kisar halus sehingga naik bau atau pecah minyak
masukkan terung dan gaul rata
masukkan air asam jawa dan renehkan
sesuaikan rasa, masukkan ikan kembung dan renehkan sehingga ikan masak
hidangkan ketika panas!!!

Tuesday, July 15, 2014

Puding roti karamel

 Salam 17 puasa dan salam Nuzul Quran dan selamat bercuti kepada yang bercuti... terutamanya yang di KL, untuk pertama kalinya bercuti pada hari Nuzul Quran ni. pasti KL sesak seperti masa2 lalu kalau cuti nuzul Quran ni.... orang ramai mengambil peluang untuk bershopping raya sakan....maklumlah cuti kan. kawan2 semua dah siap dengan persediaan raya? yang penting tunaikan ibadat yang wajib dulu kan....

sebenarnya nak menepekkan puding roti yang kak rose buat petang semalam, tapi dah melalut banyak pulak. permintaan incek asben yang nak makan puding ni, so buatkan je la, bukan susah mana pun asalkan bahan semua ade kan..jom tengok resepi mudah ni...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk) (terlupa lah nak bubuh, nasib baik tak hanyir!)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Monday, July 14, 2014

Bendi+ayam fillet bercili

 hari ke 15 berpuasa, lagu raya dah mula kedengaran dicorong2 radio... tapi camner pun lagu raya yang lama2 jugak yang masih sedap menjadi halwa telinga, masih sedap didengar.... itu pada kak rose ler.... lain orang, lain citarasa pada lagu2 raya cam ni kan.. so sambil2 mengadap komputer dan mendengar radio online, meh kita masak untuk juadah berbuka petang nanti...

sayur kacang bendi dan ayam fillet ni kiranya lauk dan sayur jugak.... 2 in one gitu! memang x rajin la nak masak beria2, tapi makan pun ciput jer kan...pada kak rose biar masak sedikit tapi habis at one go, senang keja nak mengemasnya. tak ade resepi untuk sayur ni, kak rose main belash jer goreng ni..tak de sukatan yang betul, so pandai2 nak menasjust ikut selera ya.  nak pedas kaw kaw boleh tambah cili api. biar pedas berapi!

kacang bendi, celur dan toskan, potong dua
ayam fillet, perap sekejap bersama garam kunyit n goreng half cook
bawang merah*
bawang putih*
cili merah*
udang kering*
garam gula secukup rasa

blend semua bahan bertanda *, tumiskan hingga garing dan perasakan dengan garam n gula
masukkan ayam dan bendi, gaul rata..... taraaaaaa dah siap. mudah kan?


Kuih bakar

hmmmm.... kuih bakar pandan yang enak dan wangi. semerbak harum bau pandan satu rumah semasa membakar  kuih ni....menggoda jiwa time puasa2 ni! buat kuih ni untuk juadah berbuka puasa hari yang ke 15. cepat sungguh masa berlalu kan... sekarang tengah fikir nak buat cookies pulak.... butter dan bahan lain dah ade, cumanya vitamin r n seru tu belum datang lagi nak mengukis... tengok lah nanti2 kalau rajin akan buat juga sejenis dua untuk raya.

sebelum tu meh kak rose kongsikan resepi kuih bakar yang wangi, lemak manis ni... dan berebut2 jugak lah lemak yang sama2 nak menempek dibadan yang telah sedia bolat ni... bulan puasa macam bulan menternak lemak pulak kak rose ni kan... haissshhhh!!!


Resepi dari joayee@myresipi.com. mekasih kongsikan resepi ya.

Bahan-bahan

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )(kak rose guna 2 paket santan serbuk + 450ml air)
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan 

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

Sunday, July 13, 2014

iftar 14, home made murtabak

 menu untuk iftar semalam.... home made murtabak. buat sendiri barulah puas hati nak makan ikut selera sendiri kan. setakat ini belum lagi menjejak kaki ke mana2 pasar ramadhan pun. memag menakutkan bila baca kisah2 makanan yang dijual kat param.... yg basi, yg berulat, yang buat sampai masuk hospital, yang dilabelkan macam sampah and the list go on.... baik lah kita buat sendiri mana yang termampu kan.

tapi kesian pada yang berkerja dan balik pun dah lewat, apalah pilihan yang mereka ade kan? dan kak rose sendiri pernah terkena keadaan cam ni.... beli 2 lauk dan dua2 pun tak boleh pakai! satu gulai lemak cili api pucuk paku, bila tuang dalam mangkuk, tertenggek ulat membulat masak atas gulai tu dan satu lagi ikan tenggiri goreng bercili yang dah basi! akhirnya berbuka dengan nasi dan goreng telo n kicap jer la. peringatan kepada para peniaga bazar ramadhan, janganlah kejar sangat keuntungan, dimanakan niat mencari rezeki yang halal kalau cam tu kan. kesian lah pada pembeli yang betul2 harapkan belian itu untuk berbuka puasa.

so daripada terkena lagi macam tu, baiklah kita buat sendiri apa yang temampu. hangus pun x per sendiri yg buat! semalam kak rose buat murtabak segera ni, masa buat tu rasa nak makan banyak....maklumlah orang tamak, tapi bila dah minum air, sekeping jer yang terdaya makan. lepas terawih pulak baru makan nasi, so memang ade berbaki dan masuk dalam zipper bag n off to the freezer. lain kali just reheat jer.

meh kak rose kongsikan resepinya.. tq minami133@Myr

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. 

untuk kuah cuka bawang.... dari sini, pandai2 la nak ejas rasa ya....

  • *1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis2
  • *cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
  • campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

Saturday, July 12, 2014

Candle light iftar

 Asalamualaikum dan selamat berhujing minggu kepada semua kawan2 maya... agaknya cuti hujung minggu ni dipenuhkan dengan bershopping ataupun bz menyediakan biskut raya...kak rose betul2 x de mood lagi nak mengukis, entah terbuat atau pun tidak.... macam x de mood nak raya jer kan. tap le yang penting kita tunaikan dulu ibadah ramadhan ini dengan sebaiknya, Insya Allah

buat kuih seri muka ni atas permintaan anak yang nak makan, ayah pulak selalu nak makan kuih yang savoury dan emak yang tak berapa rajin nak melayan ni, buat lah kuih ni untuk anak dan gorengkan frozen popia yang kak rose mmg simpan stok. siap memask semua sambil tunggu waktu berbuka, tetiba saja blubbbb.... gelap gelita semua. bekalan api terpadam seluruh seksyen 19 ni.... berkali2 called tnb, line semua jammed, mesin jer yang jawap! sudahnya kami berbuka dengan candle light saja....nasib baik ade simpan lilin, romantik gitu! nasib baik menjelang waktu terawih bekalan dah pulih semula. Alhamdullilah.

resepi kuih seri muka ni kak rose kopi dari blog Yatie, actually resepi untuk pulut seri warna tapi kak rose x rajin nak melapis kaler2 tu.... so jadilah seri muka saja tanpa seri warnanya.... kak rose kongsikan sekali lagi resepinya ya.... kak rose buat separuh dari adunan ni.

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Friday, July 11, 2014

Cendawan goreng berempah cajun

 Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 13.  cepatnya masa berlalu, dah hampir separuh perjalanan kita menjalani ibadah puasa ni...semuga kita diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dan malam2 nya dengan sempurna, Insya Allah. malah dalam solat witir malam tadi pun sempat dibacakan Doa Qunut Nazilah untuk umat Islam di Gaza yg sedang dizalimi dengan kejam oleh  rejim zionis.  dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. semuga Allah yang maha Mendengar akan memperkenan kan doa dari kita semua..Amin Ya Rabul Alamin.....

 tinggalkan kisah sedih di Gaza dan kita yang disini perlu go on with life kan.... nak kongsikan menu cendawan yang sedap ni untuk juadah malam tadi... bila ternampak tresepi ni gigihlah g mencari cendawan n capsicum yg mahal@rm2.50/sebiji! kecik jer pun. apalah yang murah sekarang kan....

meh kak rose kongsikan resepinya dari Nor Secubit Garam.... mekasih ya Nor.

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.


Edited: untuk Batik_Pink, ni la rupa rempah cajun tu. harap dapat membantu ya...