sebenarnya nak menepekkan puding roti yang kak rose buat petang semalam, tapi dah melalut banyak pulak. permintaan incek asben yang nak makan puding ni, so buatkan je la, bukan susah mana pun asalkan bahan semua ade kan..jom tengok resepi mudah ni...
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk) (terlupa lah nak bubuh, nasib baik tak hanyir!)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
salam kenalan sis,,sedapnye puding tu,,1st time jumpa puding yg guna roti,,nak try juga,,tq resepinya,,anyway singgah2 la blog i...tq.
ReplyDeletesalam kak rose, selalu buat yg version guna telur saja..lain kali boleh ah cuba yg ini..mesti jadi ni, hari tu try buat resepi apam balik yg kak rose share tu...Alhamdulillah menjadi. tq kak rose.
ReplyDeleteNor Dila, salam kenal jugak... boleh la mencuba, baru boleh tau kelainannya kan..
ReplyDeletenasa mulia, cubalah. insya Allah menjadi macam apam balik tu... kak rose pun cuma panjangkan resepi kawan2...
ReplyDeleteSalam. Interesting, betul ni pertama kali dapat resipi buat puding dengan roti. Saya akan cuba.
ReplyDeleteSaya suka. Tapi nak buat tak pandai. Mohon nak kongsi resepi. Nak cuba buat.
ReplyDeleteNak cuba yg ni pulak .. ada roti saya suka..
ReplyDeleteKak Rose, macam mana nak tapis telor? Sori lah saya tanya macam orang bodoh. Bagian telor tu saya tak paham betol tapi saya nak coba sekali.
ReplyDeleteTrima kasih Kak.....