Monday, July 14, 2014

Kuih bakar

hmmmm.... kuih bakar pandan yang enak dan wangi. semerbak harum bau pandan satu rumah semasa membakar  kuih ni....menggoda jiwa time puasa2 ni! buat kuih ni untuk juadah berbuka puasa hari yang ke 15. cepat sungguh masa berlalu kan... sekarang tengah fikir nak buat cookies pulak.... butter dan bahan lain dah ade, cumanya vitamin r n seru tu belum datang lagi nak mengukis... tengok lah nanti2 kalau rajin akan buat juga sejenis dua untuk raya.

sebelum tu meh kak rose kongsikan resepi kuih bakar yang wangi, lemak manis ni... dan berebut2 jugak lah lemak yang sama2 nak menempek dibadan yang telah sedia bolat ni... bulan puasa macam bulan menternak lemak pulak kak rose ni kan... haissshhhh!!!


Resepi dari joayee@myresipi.com. mekasih kongsikan resepi ya.

Bahan-bahan

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )(kak rose guna 2 paket santan serbuk + 450ml air)
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan 

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

4 comments:

  1. saya pun suka makan... tp malas nak buat sebab makan sorang aja

    ReplyDelete
  2. thank for sharing the recipe, nak kena try ni, husband suka sgt makan kuih ni =)

    ReplyDelete
  3. Rizziela, boleh cuba separuh adunan dulu...

    ReplyDelete
  4. ninie, sama dan selamat mencuba ya.

    ReplyDelete