petang semalam sorang mintak nak makan tauhu sumbat dan sorang lagi nak kan popia. senanglah kerja bila ade menu yg derang request. sos pencicah ni kak rose siapkan awal2 dan sentiasa ada dalam stok, so bila2 nak mencicah semua dah tersedia... resepinya dari Lizachomel, tapi kak rose dah derhaka kan dengan menambah sedikit sos cili n sos tomato n kiub pati ikan bilis dan tak yah tumiskan... memandai jer kan, tapi kita yang buat dia, so pepandai2 lah nak ejas ikut citarasa kita kan.. kira resepi ni sebagai panduan....
- bahan kuah istimewa*
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 - 5 sudu makan cili giling
- 4 senduk gula pasir
- 1/2 cawan air asam jawa
- garam secukup rasa
- untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
- panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat
selain boleh dicicah dengan tauhu sumbat, boleh jugak dicicah dengan popia ni.... suka mamanya masak bile tengok anak makan cicah kuah ni sampai kering sos dimangkuk. sedap la tu. sebakul popia kak rose goreng habis sekali ngadap jer.... maka nasi ayam yang kak rose masak pun banyak lah berbaki. agaknya menu hari ialah nasi goreng ayam baki semalam. boleh gitu?
sebakul vegetables+udang popia ready untuk disantap... sebenarnya popia ni kak rose gulung dua kali sbb kali pertama guna kulit popia brand spring home tu bila goreng jer dia pecah dan minyak jadi kotor pada 1st gorengan...memang nipis sangat kulit dia.... dan pas tu kak rose salut lagi sekali dengan kulit popia brand kg pastry, elok jer jadi popia ni...rangup krup krap kulit dia! barulah puas hati nak makan kan. kalau bli pun dah singgit sebiji, buat sendiri, jimat dan dijamin kebersihannya kan....
Sedap tu kak rose.. uat lebih sikit sos tu , boleh saya dtg mintak semangkuk ehe :)
ReplyDeleteRizziela, cuba la buat. mana tau sesuai dengan selera nanti...
ReplyDeleteYati.... he he he
ReplyDelete