Friday, May 4, 2012

Jeruk betik


ha.... ni la hasilnya. betik yang kak rose bawak balik dari kampung hari tu. sebiji telah kak rose korbankan menjadi jeruk ni... jeruk asli tanpa bahan pengawet dan makan pun tanpa was2 la kan.... nak ngadap semangkuk pun x rasa bersalah sbb sedap.... ya la kan sendiri buat kang kata x sedap kecik ati tukang buat kan kan... tp resepi dari CMG ni mmg terbaik lah... dulu pun kak rose pernah try resepi ni kat sini... mekasih ya Mat dan kak rose nak sharekan resepinya kat sini lak...

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
(kak rose nyer betik hampir masak tapi masih keras dan crunchy lagi)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua (kak rose x letak)

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.
  2. PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.


  1. PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan sambil gebang2 bawah pokok ceri!!!!...

2 hari dalam air gula cuka....

dan hasilnya....setelah direndam dalam air garam dan pas tu air gula cuka, masih rangup krup krap crunchy jeruk betik ni. dan dapat jugak jiran2 kak rose merasa homemade jeruk betik ni sambil pot pet petang....

18 comments:

  1. Sedap jeruk begini. Bonda kita suka buat mcam-macam buah bila tiba raya... tetamu lebih suka makan jeruk berbanding kuih!

    ReplyDelete
  2. salam k.rose, kecur liur tengok jeruk betik nie..fov ni tp da lm xmkn coz bhn pengawet yg memeritkan tekak..mmg sedap jeruk buatan sndr tak la sakit tekak..nk buat jg..

    ReplyDelete
  3. mmg betul tu Amie, tp kalau mak kak rose lebih suka buat halwa yg manis2 tu... len kali boleh buat cenggini tu raya pulak!

    ReplyDelete
  4. ain, yg mmg ori... tanpa apa2 bahan pengawet. boleh makan banyak2 tanpa sakit tekak!

    kalau yg bli tu mmg rasa lain kan... perit kat tekak!

    ReplyDelete
  5. x pernah kita terpikir ada orang buat kak.. selalu beli g penang je.. terer akak..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Rose,

    ya ampun... berjeruk-jeruk buah betik dari kampong halaman... kalu homemade boleh di makan tanpa keraguan tapi yang datang dari kedai... keraguan yang tidak pasti boleh terencat membelinya.

    Tapi Ratna tidak makan apa juga namanya jeruk kecuali tapai, ada kah tapai dianggap sebagai keluarga jeruk wahai Kak Rose?

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  7. asslm kak Rose...wajh sukanya ade resepi ni...lepas ni bleh la buat sdri jugak...tq

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ....wah sedapnya jeruk betik buatan sendiri tu terliur tengok...:)

    ReplyDelete
  9. sedapnye! homemade jerukkk,.. =)

    ReplyDelete
  10. kengkawan, sllu bli gak penang mari punya... since ada betik ni cubalah buat sendiri... lagi umphhh taw... x dak pengawet segala!

    ReplyDelete
  11. Ratna, homemade jeruk yg best... x macam yg beli tu mmg terasa bahan pengawetnya!

    ReplyDelete
  12. QH, nnti ada betik muda bolehlah mencuba ya...

    ReplyDelete
  13. maszull, meh join kak rose sambil pot pet petang2 gini....

    ReplyDelete
  14. cikwan, mmg sedap... makan x leh berenti lak!

    ReplyDelete
  15. kecur air liur tgk nii... tun suka yg pedas2.

    ReplyDelete
  16. kakrose... nk tnya nih.. adakah kkrose rendam air garam tuh selama dua hari? klu rendam kejap2 dlm beberapa jam ajer bolehkah? rasa mcm tk sabar nak terus mkn drpd menghitung hari yg kedua seterusnyer yg keempat.. kikikikiki..

    benonyer tgh mikir mana nk carik betik muda gtu kat daerah ini.. verangan nk tanam betik sampai skrg benih betik pon tak nmpk rupa lagi.. hahahaha.. en.somi suker jeruk betik nih igt nk buatkan utk dier.. verangan lagik.. hihihi

    ReplyDelete
  17. ish terliur tgk jeruk betik!!

    ReplyDelete