pagi tadi masa ronda rumah orang ternampak ayam sedap ni berposing bersama2 pelakun2tambahannya yang cantik2 kat rumah Tun Telani, makan mata dan tekak yang jahat ni pun nak gak merasa.... tp kak rose buat setengah ekor je... sbb yang nak makan pun sorang jer.... dan bila dah masak dan meratah rasa rugi lak buat separuh je sbb sedap sangat... kak rose makan ayam ni dengan homemade coleslaw je, tp x amik gambo... malas la pulak! tun, kak rose nak cnp resepinya ya dan mintak izin nak tepek kat sini pulak.... terima kasih jugak pada Ummi dan tuan punya resepi asal Chef Hanieliza. mekasih semua share resepi ayam yg sedap nih.
Ayam panggang/bakar halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Utama:-
- 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
- 4 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
- 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
- 3 tangkai cili merah
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
- Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
- Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
- Hidangkan bersama salad dan timun.
akak...
ReplyDeletesama la kita...
mas baru jerk lepas makan ayam panggang halia nie..
memang sedapp...
tengok esok2 baru nak entrykan...he3
Mas, sama menu kita ari ni ya...
ReplyDeleterasa rugi buat separuh jer tadi..
nmpak gayanya Liza pun kena try jugak la ni...hihihihihi
ReplyDeleteterlepas pulak yg n3 nih.. hihi.. menggoda je ayam tu..
ReplyDelete