Saturday, February 27, 2010

Puding roti

Selamat petang semua..... ari ni kak rose nak ngabiskan roti yang dah nak tamat riwayatnya.... sayang kalau terbuang begitu sajakan.... eeehhh x baik membazir.... maka godek2 dapur orang cari resepi yang berasaskan roti..... mak ai banyaknya pilihan.... amik saja satu yang berkenan dihati dan bahan yang mecukupi.... dan akhirnya... resepi dari Rempah.com jadi pilihan.... inilah hasilnya.... x mengecewakan.... cumanya kak rose x letak choc chip instead gantikan dengan choc rice.... hmmmm sedap.... meh kita kopi resepinya..... minta izin kak rose cnp kat sini ya....

Puding Roti

7-8 keping roti

2 cawan susu segar

1 sudu butter

1 biji telur

5-6 sudu gula

sedikit vanilla esen, serbuk koko, coklat chips (kak rose gantikan dengan chocolate rice)

Cara : Campurkan susu, butter, gula, telur, vanilla esen, serbuk koko dan gaul hingga kembang gitu-gitu je. Masukkan roti dan lenyek hingga hancur. taburkan coklat chips diatasnya. Bakar pada gas mark 4 atau 180′C selama 45 min atau sampai masak. (kak rose bako lama sikit sbb nakkan kerak2 tu.....

Friday, February 26, 2010

Makan2

Salam Maulidur Rasul semua..... ari cuti lah orang g jenjalan.... dan ari ni kak rose ada jemputan untuk bacaan Yasin dan Selawat sempena hari Keputeraan Nabi Junjungan kita dan juga majlis cukur jambul anak jiran kak rose.... tapi tak sangka adik pulak yang datang rumah.... jadi kak rose tak dapat hadirkan diri untuk majils tu.... minta maaf ya siti.... (siti jati?).... dan kak rose masak untuk dia orang sekeluarga makan malam.... masak sempoi je.... maklumlah datang mengejut je.... jadi apa yang ada je lah ya... petang tu kak rose gorengkan karipap yang buat semalam tu dan juga tempura untuk anak2nya.....

sayur campur dengan udang....

ikan tenggiri goreng .... untuk anak2

ikan tenggiri goreng bercili.... untuk mak dan ayah

sup ayam dengan kentang.....

harap ijon dan liza jangan lupa datang lagi ke Shah Alam walaupun pertama kali datang terpaksa pusing2 sebab tak tau jalan.....

Thursday, February 25, 2010

Karipap inti sadin

selamat petang semua..... dalam malas2 tu terjadilah karipap ni.... dok teringin nak makan tapi tak rajin nak wat... terutama intinyer tu..... bahan suma dah lama beli dan hari ni kuatkan diri buat jugak.... sebab sangat nak makan la tu..... kalau beli inti sadin tu ciput je kan.... bila buat sendiri ni buh lah banyak mana sadin yang ada.... baru puas atikan.... jom jemput minum.... panas2 nih.... baru angkat dari kuoli.....goreng sambil main game... tu yang geseng tu.....

buat banyak2 dan frozenkan.... nnti laen kali nak makan terus goreng je.... memang pemalas sungguh kan....

6 Soalan Penting Dalam Hidup

Salam semua..... kenapalah malas sangat sekarang ni.... seharian mengadap komputer ni tapi sangat lah tak rajin nyer nak mengupdate kan blog ni.... x tau kenapa.... bukan setakat penyakit malas nak buat entry je yang melanda.... serba serbi malas.... ada ubat ke????.... asik jenjalan ke rumah orang je... dan ni sesuatu yang sangat baik untuk kita renungkan bersama.... terutama untuk peringatkan diri sendiri .... artikel ni kak rose copy dari blog Nora, Unique of Islam dan kak rose nak minta izin nak kongsikan disini ya.....

6 Soalan Penting Dalam Hidup

Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?


JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Muga kita semua mendapat pengajaran dari artikel ini......

Monday, February 22, 2010

Soto Ayam


Selamat tengahari semua..... dah lunch ke?.... jom kita makan soto ayam ni untuk lunch.... soto ayam.... ajak2 ayam.... eeehhh.... kalau nak mai la.... huh berpeluh2 kak rose bersilat kat dapur nak siapkan semua bahan ni..... nampak senang tapi renyah.... tapi sebab nak makan kan... kuatkan semangat buat jugak..... resepi kuah soto tu kopi sana sini.... sebab guna bahan yang ada dalam fridge je.... jadi kena pandai2 suaikan lah ya tak..... tapi resepi pegedil ayam ni kak rose amik dari blog Rinn Chan tima kasih ya Rinn kak rose minta halal amik resepi nyer tu.... tapi ada yang kak rose tambah untuk suaikan dengan selera sendirik....

PERGEDIL
Bahan-bahan:
4 biji kentang, direbus dan dilecek
200gm daging cincang (kak rose guan daging ayam)
1 camca besar serbuk lada putih
1 camca teh garam
10 biji bawang merah, dicincang halus
1 sudu besar tepung gandum
(kak rose tambah bawang goreng dan daun sup dalam pegedil ni)

Bahan celup:
Gaul sebati 3 biji telur dan 1 camca teh tepung gandum.

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Kepal adunan menjadi bulat dan leperkan.
3. Celup ke dalam adunan telur dan tepung dan goreng hingga masak.


jom jemput semua.....

Kuih bakar

Selamat pagi semua.... wah hari ni pagi2 lagi kak rose dah masukkan entry..... sebenarnya kuih bakar ni masak malam tadi untuk sarapan pagi ni..... ehhh ada ke orang sarapan dengan kuih bakar macam ni?.... buat ni pun sebab ada banyak santan dan lagipun ada kawan busu nak datang dari Alor Star dan bermalam kat sini.... jadi kak rose pun buatlah kuih ni.... resepi amik kat rumah hana... tapi dia nyer cantik je..... uwaaaa ngapa kak rose buat tak cantik macam tu???? tak pe kan tak cantik asalkan rasanya hmmmm... mabeles. hana kak rose kopipes resepinya ya... tima kasih juga pada joayee tuan punya resepi asal. minta halal resepinyer ya....

Bahan-bahan
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing. *lepas 20minit baru hana taburkan bijan! supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit sbb hana gune bijan yg dh sangai.Jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.

uwaaaaa..... dah sejam dalam oben baru kak rose teingat nak guna api atas bawah.... malas lah da dah nak panaskan oben yang satu lagi tu.... jadilah kuih bakar ku yang cuma garing dibawah dan tepi2 je.....

Sunday, February 21, 2010

Lempeng

Salam semua..... ni sarapan kami anak beranak pagi tadi.... lempeng cicah dengan sambal tumis lebihan makan ngan lontong semalam..... asik makan roti bakar je.... sesekali tuko ngan lempeng ni.... sungguh menyelerakan kan..... tak lah heavy sangat tuk bekpes kan..... tapi kalau makan sampai empat keping sorang..... jadi heavylah jugak kan..... buat lempeng ni guna non-stik pan.... x guna minyak pun.... tapi masih sedap dan resepi sendiri2 main belasah je.... apa pun abesss.... licin.

kak rose makan dua keping je.... tak heavy kan?????

Saturday, February 20, 2010

Lontong

Selamat pagi semua..... dek semalam terliur sesangat nengok lontong di blog Che Mat Gebu tu.... dan dengan rajinnya malam semalam kak rose mulakan projek dengan merebus nasi impit dan buat sambal tumis... sambal tumis resepi kak rose sendiri.... bubuh udang kering banyak2..... maklumlah kak rose ni x makan belacan.... tapi udang kering.... apa2 pun lah kan asalkan sedap ditekak dan x ngences lagi tengok lontong CMG tu.... pagi ni sambung pulak masak kuah lodeh tu..... tapi kan kak rose x de tahu kering jadi bubuh je tahu biasa tu.... dan tempe yang paling penting.... maklum jawa kan.... ni pun resepi yang kak rose selalu buat semasa raya atau pun open house...... kak rose suka letak udang basah dan juga kering.... tapi x de lengkuas .... masak banyak hingga lunch nanti dan jiran juga dapat merasa lontong kak rose ni.....

jom bekpes dengan lontong ni.... lupa pasal nak diet tu ... salah ke CMG tayang lontong ????

Friday, February 19, 2010

Gulai nangka dengan daging

salam semua..... ari ni buat masakan kampung yang sangat ku idamkan.... ada sesapa suka makan gulai nangka ni.... kak rose ni dah lama sangat nak buat tapi tak jumpa nangka yang elok.... kebetulan semalam g paso jumpa nangka muda ni... fresh sangat.... jenuh nak buang getahnya.... habis satu dapur berkecah disebabkan getah nangka... ada sesapa yang ada petua nak ilangkan getah nangka muda ni mai la habaq kat kak rose ya.... apa pun dah hilang lah rasa teringin nak makan gulai nangka ni....pueh ati buat dapat wat sendiri..... dan dapat juga hulur kat jiran sebelah..... harap depa sukalah ya.... sedaplah pada tekak kak rose ni..... orang lain x tau la pulak.... asalkan anak dan abang kata sedap sudah.... dan buat jugak goreng udang bersalut tepung dengan lada hitan ni..... selamat dah lunch kami sekeluarga untuk ari ni....


ha.... udang goreng satu pinggan beso..... meratah je la sudahnya.... ada sesapa nak resepi untuk udang ni ke..... ni kak rose tepek kat sini... resepi lama yang x ingat amik dari mana.... simple dan sedap.... tu yang selalu guna resepi ni kalau nak wat udang goreng.....

Batter (Untuk 4-5 ekor udang besar)

50gm plain flour
1/2 table spoon rice flour
1/2 tea spoon baking powder
1/8 tea spoon soda
pepper and salt to taste
water.

Mix all ingredients, masukkan air dan sebatikan macam nak goreng pisang tu ya..... celupkan udang dan sedia untuk digoreng.....

Thursday, February 18, 2010

Aduhai kereta ku

Salam Khamis semuanya...... beginilah keadaan kereta kami pada ketika ini..... sedihkan..... sungguh pemandu yang x bertanggung jawap... dihentamnya keta kita pas tu tinggal cam tu je.... maklumlah kat parking, sapa pun x nampak siapa yang langgar..... tau2 bila kita balik dah begini keadaan keta kita..... nak jerit marah pun kat sapa..... selama lapan tahun kita belai dia tanpa ada masaalah (eh... ada juga .... power window selalu buat hal.... ) tetiba orang hentam cenggitu je..... dan lagi sedih bukan kita yang bawa masa tu.....apa nak buatkan.... tengahari tadi g bengkel..... tanyakan..... mekanik tu kata roughly about rm1800..... ganti lampu yang pecah tu.... x leh satu, kena sepasang gak, pas tu bumper yang dah pecah tu, ketuk lagi dengan cat sekali..... aduiiii... poning palo den.... apa pun nak kena wat gak..... ada sapa2 nak sponsor tak??????


Wednesday, February 17, 2010

Daging blackpepper ... lagi

Malas nya nak masak..... tapi makan x pernah lak nak malas2.... tu yang susahnya.... jadi kenalah merajinkan diri tengok apa yang ada dalam fridge tu.... ari tu dan buat dah daging blackpepper nih.... resepi yang senang dan sedap pulak tu.... tapi sayur2 pun mana yang ada je lah kan.... asalkan sedap ditekak udahlah... tapi kali ni kak rose letak kuah lebih sikit.... resepi asal dari leen hussain dan kalau nak tengok resepinyer boleh klik kat sini ya.... lauk yang simple dan sedap .... tima kasih leen dan nnti lain kali nak wat lagi dan lagi dan lagi.......

Anak2 dan award

Salam tengahari semua.... saje nak tayang gambo anak buah masa kenduri di JB ari tu.... sarah dan tita... dua2 sama keletah dan x reti duk diam.... ada saja yang nak di kejakannya.... bila nak amik gambo bukan main pandai lagi posing.... lagu kegemaran.... london bridge is falling down.... falling down.... x renti2 nyanyi dak 2 orang ni.... sooo cute....

dan ini bersama kakak mereka.... syira yang pemalu pada mulanya.... tapi bila dah lama-lama sama sekepala pulak.... hiruk jadi nya kenduri ari tu dengan telatah mereka.....

dan.... kak rose nak gantung awards dari Love yang pandai masak dan punya anak2 yang sangat kiut miut tu.... Thanks for the awards ya.....


Love, kak rose dah accept dan gantung kat dinding umah kak rose ni.....

Tuesday, February 16, 2010

kuih kaswi

Salam Gong Xi Fa Chai semua.... tentunya ramai yang dah balik dari bercutikan.... maklumlah esok dah nak stat keja.... apa pun ari ni kak rose buat kuih kaswi untuk minum petang setelah beberapa hari cui dari memasak.... resepi yang senang ni kak rose copy dari mesra.net.... lembut dan sedap, x manis sangat dan yang penting goyang2 gitu.....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi... kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap.... salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

yang ni off to rumah ibu sharifah....

Monday, February 15, 2010

Selamat bertunang, Imah


Selamat bertunang kepada Imah, yang kak rose katakan akan ke JB semalam adalah kerana majlis ini.... anak kepada kakak yang no.2..... selamat tiba diJB pada jam 1145pm.... woooo... lewat sungguh sebab flight delay selama hampir 2 jam... terpaksalah tunggu dan bila sampai di JB dah tengah malam dan bermalam di rumah adik.... esok paginyer baru pergi kerumah kakak di kawasan perumahan awam larkin untuk majlis ni.....

bakal mak mentua sedang menyarungkan cincin pertunangan....

dah selamat... dan tempoh pertunangan selama 1 1/2 tahun (lama tu.... jaga diri baik2 ya... darah manis kata orang) dengan hantaran 15k

antara barang hantaran..... dari pihak pompuan


antara balasan dari pihak lelaki....






kepada Imah dan Fendi, congratulations dan selamat bertunang. tahniah juga pada kak siros dan bang mat .... bertambah berkembang keluarga kita dan harap yang terbaik untuk anak2 kita ya..... (pssstttt... kak cik dan laily .... jangan tunggu lama2 ya.... nnti kita gader2 di Shah Alam ya....)

Saturday, February 13, 2010

Ayam goreng bercili

Salam tengahari semua.... mungkin ramai yang bercadang nak berjalan2 atau balik kampung sempena Chinese New Year ni kan... maklumlah cuti panjang.... begitu juga dengan kak rose petang ni akan fly ke JB.... ada majlis anak buah akan bertunang esok hari... muga kak rose akan selamat sampai dan kembali.... pergi pun ngan busu je sbb abang kena keja.... kesian dia kan kena tinggal.... tapi x pe dua hari je..... dan ari ni kak rose sangat malas nyer nak masak.... buat ayam goreng bercili sempoi ni je... pas tu goreng sayur campur tuk makan tengahari....ok dulu ya... kak rose nak kemas kain baju.... hingga jumpa lagi.... Xong Xi Fai Chai untuk yang semua rakyat Mesia terutama pada Christine, Christie, Ann, Cherine, Chan Che, Dr Khoo, Diane dan kawan2 lama yang kak rose x sebut..... (did uols miss my laksa johor?)..... sekali lagi Xong Xi Fa Chai dan yang penting sekali angpow mana?...

Friday, February 12, 2010

Apam pelangi

Eeeee camna lah kak rose nak kurus kan.... asik nak makan je.... bila jenjalan rumah orang asik terliur nengok segala menu..... tercabarlah keimanan yang kata x nak makan tu.... dah buat tentulah nak rasa gak ya tak?.... bukan setakat rasa malah yang banyak makanlah tu.... apam ni buat lepas masak tengahari tadi.... dulu selalu buat gak tapi terus dum dalam loyang je... kali ni try buat guna mangkuk kecit2 .... nampak comel je kan....(eehh masuk bakul la tu kan....) dulu kak rose dah pernah tepek resepinyer boleh tengok sini ya..... resepi asal oleh dyna dari MyResipi

masa dalam pengukus nampak rekahan diatas nyer tu.....

bila dah sejuk hilang semua senyuman yang manis itewwww.... malu kot...

Udang blackpepper

Alhamdullilah kenyang..... sedap sangat.... lunch tadi dengan lauk ni yang kak rose ciplak dari rumah nor67 yang pandai masak tu..... posing pun sebijik macam nor punya.... maklumlah kak rose ni x pandai nak posing2kan udang tu.... jadi kopi je la... jangan marah ya nor dan kak rose juga nak mintak izin cnp resepinyer kat sini

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x letak sbb yang ada ijo je so tuko ngan cili merah)

Cara
Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

* kalau sesiapa maless nak kukus brokoli boleh aje masukkan brokoli bersama2 udang dlm kuali.
**K.Nor tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam
sbb bila guna guna sos blackpepper dlm botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..


Thursday, February 11, 2010

Puding jagung

mari semua kita minum petang dengan puding jagung yang simple ni..... wat tengahari tadi lepas masak.... masuk dalam fridge dan petang ni.... nyam nyam... sejuk je..... resepi yang simple dan senang sangat nak buat.... tu yang rajin nak cuba tu.... alhamdullilah menjadi.... dapatlah bagi kat jiran sikit....resepi oleh iezamel78 dari MyResipi ... terimakasih kongsi resepi ni dan kak rose tak izin nak tepek kat sini ya.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.

jemput semua.....

Kari daging dengan kentang

Salam semua..... ni lauk lunch tadi.... masak yang sempoi je tapi masih ada berlemak jugaklah.... nak cuba masak kari tanpa santan takut nanti x sedap lak.... nak salahkan sapa.... baiklah buat yang kita biasa buat tu... taruk santan pekat2..... uuuhhhh.... sedap lemak2 gitu.... masak guna pressure cooker.... sekejap je dah siap dan daging pun lembut sesangat.....senang keja kan....so sapa yang ada pc tu tapi simpan je.... bolehlah guna untuk masak gulai ni......

kacan rebus ni wat pagi tadi.... saja nak perabeskan kacang yang dah lama tersimpan ni.... rendam semalaman dan rebus guna pc about 10 minits dah siap.... dah boleh ngap...... cepatkan.... jimat gas dan senang keja kak rose.....

Wednesday, February 10, 2010

Kuih lompang

Salam semua..... kueh lompang ni buat untuk minum petang..... tapi kaler tu x berapa cantik.... x pandai nak ejas bila buh kaler nya.... jadi semacam je.... merah menyala, kuning sangat.... eee entahlah..... apa pun rasa ok je.... resepi amik kat rumah Nor Hayati yang duk nun kat US tu... tima kasih ya.... dan kak rose nak kopipes dan tepek kat sini.....

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan
  • (kak rose buat 1/2 adunan je)

Cara-cara

  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

jemput semua..... mari minum sambil pot pet dan makan kuih orang lama nih....

Tuesday, February 9, 2010

Sup ayam special

ni menu untuk makan malam..... nasi lagi.... tapi masak yang sempoi nyer... sup ayam special, resepi oleh tulip77 dari MyResipi....special sebab penyediaan nya yang agak lain dari selalu yang kak rose dok buat tu.... jom mari kita tengok resepinyer.... tima kasih tulip dan minta halal kak rose cnp kat sini ya.... buat jugak udang goreng dengan peria.... selalu buat ni sebab abang suka dengan masakan yang sempoi begini.....

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16(kak rose wat 1/2 portion je)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

dan sup tu bertambah special lagi sebab kak rose guna daun sup yang tanam sendiri.... (psssttt... ini kak rose bawa balik dari kampung, emak yang tanam. terima kasih bebanyak mak, jasamu tak terbalas.....bawa juga halia, serai dan kunyit.... harap hidup subur hendaknya seperti yang mak dok jaga selama ni...) x yah beli dah lepas ni....