Wednesday, February 10, 2010

Kuih lompang

Salam semua..... kueh lompang ni buat untuk minum petang..... tapi kaler tu x berapa cantik.... x pandai nak ejas bila buh kaler nya.... jadi semacam je.... merah menyala, kuning sangat.... eee entahlah..... apa pun rasa ok je.... resepi amik kat rumah Nor Hayati yang duk nun kat US tu... tima kasih ya.... dan kak rose nak kopipes dan tepek kat sini.....

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan
  • (kak rose buat 1/2 adunan je)

Cara-cara

  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

jemput semua..... mari minum sambil pot pet dan makan kuih orang lama nih....

2 comments:

  1. saya tak pernah buat kuih lompang...main beli aje!!! pas tu mintak kelapa lebih2!!hehe

    ReplyDelete
  2. Ya ain, makan dengan kelapa banyak2 memang sedap... lemak masin gitu.....

    ReplyDelete