Asalamualaikum dan salam isnin buat semua..
Fuh fuh!!! tiup dulu habuk yang banyak dah bertepek kat dapo maya kak rose ni.. makin lama makin tak ada kerajinan nak mengupdate kannya... 10th bloggersary pun tak dapat nak buat entry untuk dapo kesayangan ni... huhu. tak tahu lah sibukkan apa, tapi yang pasti kerajinan tu tak tau g mana dah. hidup segan mati tak mahu jer dapo ni... semuga tak lah terus terkubur dan hilang dari pandangan dialam maya ini... jom update dengan tat nenas kerang yang kak rose buat masa cuti hari deepavali ari tu...
pack dalam botol kecik2 cam ni, nampak cantik la pulak kan. hihi, zaman sekarang kan naik lift dan tekan sendiri mana nak g... so ni la ak rose.... jangan jatuh gedebuk, udah ler kan...
gigih cari reben dan tepek kat tudung botol tu.... tapi kak rose ni memang jenis keras tangan, tak berseni langsung nak cantikkan botol tu...
dan..... banyak lagi nak kena sediakan cookies ni untuk upcoming event... semuga dipermudahkan dan semuga adalah kerajinan nak menyiapkannya...Insya Allah. resepi tat nenas kerang ni boleh tengok kat sini ya... dah banyak kali kak rose tepek resepinya. terima kasih pada yang kongsikannya.
Lanai Kijang
Monday, November 4, 2019
Wednesday, October 30, 2019
Tom yam ayam
dua jjjeluk tomyam di dua hari yang berbeza...
lebih suka yang banyak sayur cenggini...😋😋
terlebih tomato sudah!..😍
Friday, October 25, 2019
Ayat Munjiyat untuk pelindung diri
Amalkanlah Ayat 7 Pagi Dan Petang Agar Selamat Dari Fitnah Dan Dengki. Inshaallah
Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari
Ayat Tujuh juga dipanggil ‘Ayat Munjiyat’ adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.
Ayat Pelindung Diri
Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah antum akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.
Ayat Tujuh
1. Surah At Taubah ayat 51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”
2. Surah Yunus ayat 107

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
3. Surah Hud ayat 6

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Surah Hud ayat 56

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”
5. Surah Al Ankabut ayat 60

“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
6. Surah Al fathir ayat 2

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”
7. Surah Az Zumar ayat 38

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”
Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh
Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
- Penangkal Sihir
- Menyerikan wajah
- Ditunaikan segala hajat
- Membawa keberkatan
- Dicatat pahala yang banyak
- Dijauhkan dari gangguan iblis
- Terpelihara dari tipu daya musuh
- Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
- Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
- Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
- Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
- Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
- Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
## terima kasih perkongsian dari wall Fb... semuga bermanafaat buat semua.
Wednesday, October 23, 2019
Thursday, October 17, 2019
Jom cuba GM diet ni..
Semuga diberikan kekuatan dan kesungguhan nak mencuba cara ni..
dan semuga juga lemat yang menempek tu hilang jatuh berguguran...
tapi.... tapi bila nak stat tu yang belum tahu lagi 😜
Asalamualikum dan salam Khamis buat semua kawan2... terjumpa cara diet yang macam senang jer nak buatnya ni (eh! betulke mudah nak buatnya?), so meh la tepek kat sini. semuga ada kesungguhan nak buatnya memandangkan dah sebulan lebih tak berbriskwalk dan lepas tu pulak asik makan nasik jer setiap hari. terima kasih pada yang kongsikan GM diet ni. doa kan lah kak rose kuat semangat nak buat ni.AamiinApa itu GM DIET ?
✅ GM = General Motor
Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.
Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.
Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.
Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.
.
.
🍻 HARI PERTAMA 🍽
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KEDUA 🍽
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KETIGA 🍽
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.
.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
.

.
🍻 HARI KEEMPAT 🍽
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 - 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini.
Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
.

🍻 HARI KELIMA 🍽
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato
Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
.
.

🍻 HARI KEENAM 🍽
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KETUJUH 🍽
• Nasi beras perang
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet.
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
.
.

NOTA TAMBAHAN :
✅ GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
✅ GM diet juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes.
✅ Ibu yang menyusu dan mempunyai berat badan berlebihan juga boleh mengikuti GM diet.
Wednesday, October 16, 2019
Tuesday, October 15, 2019
Mee hoon goreng sedap
Asalamualaikum dan salam selasa...
bila dirumah ada tetamu, maka breakfast pun tidaklah asik toast n nescafe o kosong jer la kan... dan pepagi hari kak rose merajinkan diri buat mee hoon goreng sedap ni untuk derang yang biasa breakfast dengan makanan berat... ada buat nasik lemak dan lain hari pulak nasi goreng, mee goreng... dan kak rose pun tumpang sekaki lah dengan heavy breakfast ni. dan yang paling bestnya tak kan nak tinggalkan tetamu g berlenggang mak limah pulak kan... so it has been two weeks kak rose tak berbriskwalk lah... harap tak lah sampai lupa jalan nak g kepadang tu kan... hihi
jom layan resepi mee hoon goreng sedap ni, terima kasih tuan punya resepi asal ya.
Mee Hoon Goreng Sedap Oleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan:
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang (kak rose tambahkan dengan dengan fillet ayam)
1 mangkuk karot - hiris memanjang 1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak
Fish cake dan sawi hijau - yg ni kak rose tambah
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)
Bahan Hiasan: bawang goreng daun sup cili merah dan telur dadar
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake dan udang, biar mendidih dan ayam masak.
Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)











