Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 2, 2025

Nasi ayam penyet

 Asalamualaikum dan selamat berumpa lagi kat dapo kak rose ni..

Jangan terpedaya, ni gamba lama yang kak rose masak lama dulu... yg ni cuma sempat amik gamba dayang2 pengiring nasi ayam penyet yang tak sempat nak penyetkan pun! 
 jom la masak dulu ya..
 
 Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam 
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

tauhu dan tempe goreng dengan garam kunyit je

 


  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kak rose goreng tempe dengan garam kunyit je. .
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

potong timin jepun cara orang tak rajin dan nak cepat je!

 

Untuk sambal 
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose gantikan dengan kiub ikan bilis)
  • 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. (kak rose makan terus jer)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
 

sup dari lebihan air rebusan ayam tadi, cuma tambahkan daun sup dan daun bawang

 

Jom lah makan ramai2 sambil gebang gebang kat luar rumah...


Monday, December 1, 2025

Ikan cencaru sumbat sambal kelapa

 Salam Disember kawan2 semua.... ade ke lagi yang sudi nak bertandang kat dapo kak rose ni? Asik tenggelam timbul, sebab vitamin malas tu dah bertepek banyak sangat. susah dah nak buangnya.. kali ni meh lah nak tepek ikan yang kak roe masak dikala ade kerajinan tu...


 

  • 6 ekor ikan | saiz sederhana besar
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi (terpulang pada kepedasan memasing ya)
  • 1 labu bawang besar hiris
  • Garam
  • Gula sikit
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit 
  • 1 helai daun kunyit dihiris nipis
  • 1 biji telur


 CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.

2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.

3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi

4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.

5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)

6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.

Saturday, November 29, 2025

Green house gardening di kampung

 Asalamualaikum dan salam akhir November..


 Alhamdulillah rezeki berbudi pada tanah di kampung..2500 biji golden nectar melon cara hydroponic gardening telah selamat terjual. terima kasih pada semua yang datang memberi sokongan dengan membeli buah melon ini.

Ramai pembeli  yang excited sebab dapat masuk dalam green house, pilih dan petik sendiri buah yang ingin dibeli... pengalaman yang sangat jarang mereka dapat bila nak beli buah kan.. 

 

kawan zaman persekolahan yang datang support usaha kecil kami, terima kasih kak tif dan cik faridah. ramai lagi kawan kawan jauh dan dekat yang datang untuk merasa sendiri memetik buah melon yang sangat manis dan crunchy ini. terima kasih sekali lagi ya

 

buah yang ready untuk di harvest setelah dibelai dengan penuh kasih sayang selama lebih kurang 65 hari sejak dari mula masukkan benih dalam green house.. penjagaan yang sangat rapi dan hetic, tapi Alhamdulillah dengan hasilnya.
sebahagian dari buah yang dikeluarkan dari green house, ready untuk jualan... dan selepas ini sedang memulakan next project yang dijangka akan dapat harvest dalam masa dua bulan lagi. Insya Allah. Doakan usaha kecil kami ya kawan2..
 

 

Friday, October 24, 2025

Sambal bilis petai

 

saya tukang masak jer, sebab saya tak makan petai.

 

Thursday, October 23, 2025

Ayam goreng kunyit

 


BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
boleh tambah carrot jika suka.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan. Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Sunday, October 19, 2025

Pulut serunding



Pulut serunding untuk pot luck yassinan di surau kat kampung. sorang bawak sikit , bila dah letak semua atas meja tu diahhhh.... banyaknya macam nak kenduri je gamaknya. Tapi Alhamdulillah, lepas yasinan sambil makan dan gebang gebang ramai ramai, dapat lah memasing bungkus bawak balik untuk yang tersayang dirumah..

Bahan pulut:-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

 Cara membuatnya :-)

  1.  Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan

 


Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan


 

Saturday, October 18, 2025

Kuih puteri ayu

 Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk perisa pandan
  • 2 sk pewarna hijau

Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.

Bahan-bahan B:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1 sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi




Cara-cara:

1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Pastikan adunan cair. 

3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.

 4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.

 5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.

 6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.

 7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag

 8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati 

9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam. 

10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa 

11. Ambil acuan kosong dan tekan kelapa tadi supaya menjadi padat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.

 12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.



13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.

 14. Kukus selama 10 minit.

 15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan

sedap dinikmati bersama teh o pada petang2 cenggini...