Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 17, 2024

Bila tutup dapo...

Kita cari lah dapo dikedai pulak kan...

try nasi ayam kedai baru bukak disubang parade ni. 

So so jer lah pada kak rose

so no more next time lah gamaknya... mulanya nak makan kedai yang selalu g makan tu, tapi nak jugak lah mencuba kat tempat yang baru ni... ok lah dah tau ni.. thats it lah!
 

Thursday, May 16, 2024

Mee udang sedap

Bila buat masa raya hari tu memang tak dapat nak merasa, so kita buat lagi lah untuk keluarga kecil kami bila dah balik ke sarang ni... makan lah sampai puassss!
Resepi boleh tengok kat sini, cuma kalau baut banyak tu pandai2 lah gandakan bahan dalam resepi tu kan.. dan ikut lah citarasa sendiri. resepi sebagai panduan untuk kita memasak dan terima kasih pada penyumbang resepi asalnya. tq sekali lagi.
 

Wednesday, May 15, 2024

Tetamu raya ke lima

 Baraan marhaban terakhir sebelum kami balik ke sarang.

Grup baraan tetamu ke tujuh pada hari ke lima raya.. dan masaalahnya satu pun kak rose tak kenal orang kampung ni... dalam banyak grup yang datang tu ada dua tiga orang jer yang kak rose kenal, jiran terdekat tu kenal lah yang lain tu memang tidak lah... nnti lah bila dah duk kampung betul2 agaknya boleh lah berkenalan dengan semua orang kan...
dan bila dah raya hari ke lima, juadah pa nak disediakan untuk tetamu pun dah buntu jadinya..cookie tu ada lah tapi tentunya derang tak jamah lah kuih raya kan.. so kak rose gorengkan keledek mani cicah sambal kicap stail jawa johor makan gorengan lah.. laju jer lakunya juadah macam ni bila dah jemu dengan juadah raya kan..
buat juga kuih apam gebus ni dan potongkan buah yellow melon dari green house kami

yellow melon fresh from our green house garden. sweet n crunchy. rezeki tetamu yang datang dapat merasa buah yang fresh dari garden kami.

Tuesday, May 14, 2024

Raya dikampung

Asalamualaikum bertemu lagi dalam dapo kak rose yang segan sangat nak hidup dah ni.. entah kenapa banyak sangat vit m yang menepek kat tuan tanah ni... dan ni kak rose nak tepek kat sini kenangan raya hari tu masa kat kampung.. masa ni dah raya ke 4 dan baraan marhaban yang ke 7 yang berkunjung kat rumah kak rose ni..

 

untuk baraan yang ke tujuh ni baru lah kak rose dapat nak amik gambo juadah yang kak rose sediakan... memang tak menang tangan dibuatnya. kali ni kak rose sediakan spaghetti bolognese menggunakan dua pack 800gm daging kisar ramly   dan 4 bungkus san remo spaghetti. pagi2 lagi dah bersilat kat dapo siapkan ni..

Ngam2 siap hidang tetamu pun dah sampai...

1.6kg daging kisar dan 6 tin sos prego dan sedikit carrot, tomato dadu dan bawang holland. sekuali jadinya

masa untuk menjamu juadah raya..

tak cukup kerusi meja, so duduk bawah je la..

macam2 gaya derang ni makan...

grup yang sama tapi makan cookies jer.. raya dah abesss tapi nak jugak tepek kat sini buat kenangan nanti2 sebab kiranya ni lah raya pertama yang kak rose betul2 raya dikampung...selalunya raya kedua macam tu kami dah balik ke sarang di kl semula. memang penat dengan tetamu yang tak putus berkunjung, tapi itu lah raya dikampung yang sebenarnya... satu kampung sama2 berkunjungan dalam beberapa grup. so memang sentiasa open house lah...







 





Monday, May 13, 2024

Tetamu raya

tetamu pertama dihari raya pertama... kami sedang bersiap nak berkunjung kerumah abang di Kluang sampai pulak baraan pertama ni.. hidangan pagi ni pulut lemang dan rendang daging, tapi tak sempat pun amik gambo..
salam raya, duit raya pun tak sempat nak masuk dalam angpow packet..


dah selesai... ramai ramai bergerak ke rumah yang lain pulak...

raya ke dua... baraan pertama oarng lelaki, x dapat nak amik gambo marhaban dalam rumah, cuma kasut jer jadi lah ya...setiap kali baraan ada bawak tabung kutipan..

raya ke dua, baraan kedua orang lelaki juga... ramai pulak orang kampung ni bila hari raya. selalunya kalau balik kampung tu sunyi jerrr... macam tak ada orang kat kampung pun. juadah untuk tetamu dihari raya kedua nasi impit dan kuah lodeh, rendang daging dan gorengkan 2 paket tempura

raya ke tiga, baraan pertama perempuan pulak.. baraan yang kedua grup perempuan ni dah tak dan nak amik gambo... hujan lebat pun derang teruskan kunjungan dari rumah ke rumah ni. gigih kan.

juadah untuk raya ketiga kak rose buat mee udang, tempura goreng dan bubur pulut hitam. Kuah mee udang ni kak rose siapkan awal2 dan fozenkan. pagi tu cuma tambahkan santan dan segala mak nenek bahan2 kasarnya. dan lepas tu siapkan segala dayang2 untuk mee udang dan rebus 3 paket spaghetti. juga gorengkan tempura.bubur pulut hitam pun kak rose dah siapkan malam sebelum tu

Wednesday, May 1, 2024

Untukmu shayang

 Salam hari buruh buat semua... jom sama2 amalkan...


 Anak Dari Tak Dengar Kata Berubah Jadi Lembut Hati, 13 Perkara Ibu Ayah Kena Belajar Amalkan!

 13 cara ni mak ayah patut cuba amalkan.

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al Fatuhah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam. 

terima kasih dengan perkongsian ini dan mohon nak share kat dapo maya kak rose ini

Sumber: Ahmad Mhd Mhd Muhayadi